Friday, September 14, 2018

Goodies Mommies GBSB


Nampak tak goodies kat atas ni. Banyakkan... Murah rezeki kepada semua yang sponsor goodies banyak-banyak di atas ni. Semoga terus dilimpahkan rezeki berpanjangan. Ini di antaranya tau. Ada lagi goodies lain dan sponsor lain kami dapat masa buat family day GBSB. Nak cerita pasal cheese powder ni. Kalau kat KFC sapa suka  makan Wedges minta extra cheese??? Haa.. Kat rumah pun boleh buat tau. Anak-anak Mimie pula suka Mac n Cheese. Sapa pernah makan Mac N Cheese kat Kenny Rogers? Rasanya sama tau. Cara pun mudah. Mimie share sikit resepi;


Resepi Mac n Cheese ala-ala Kenny Rogers

BAHAN-BAHAN:
1. Macaroni
2. Cheeza's Cheese Powder

CARA MEMBUATNYA:
1. Rebus Macaroni sehingga kembang
2. Campurkan cheese powder dengan air panas sampai pekat dan tak berketul menjadi sos.
3. Campur sos cheese dengan macaroni dan gaul sehingga sebati.
Tadaaa.. Dah siap.

 Cheezas Cheese Powder boleh dibeli kat sini;
FB CHEEZA CHEESE HQ
WWW.CHEZAS.COM
Whatsapp : 0135882045



Selain tu ada Crunchy Sweet popcorn. Sedap sangat kudap-kudap depan TV. Yang sekejap je licin makan dengan anak-anak. Kemain lagi sedapnya. Yang nak buat majlis berendoi ke, kenduri kahwin ke, bertunang ke, apa-apa majlis boleh beli popcorn ni sebagai cenderahati. Harganya serendah RM1.20 untuk bekas yang kecil sehingga RM2.50 untuk bekas sederhana (bergantung kepada kuantiti). Harga yang ditawarkan sekali dengan sticker tau. Yang nak menempah boleh hubungi;
IG CRUNCHY SWEET POPCORN
H/P : 018-2020086
H/P : 0163685367



Ponny kecil ku Pony kecil ku.. Haa. Ni Little Pony pin tau. Comel je bila tersemat pada tudung. Oleh sebab Mimie ada 3 anak dara. So Mimie beli sepuluh pin ni. Hahaa. Habis takkan omaknya pakai anak nengok jer.. Kena la beli. Mau koyak tudung Mama direbutnya pin Ponny ni. Hahahaha... Kalau nak beli boleh order dengan Nurul Nabilah CrafterHa'Na;

FB NURUL NABILAH CRAFTERHA'NA
H/P:011-26216226



Beg comel warna pink ni adalah beg yang dapat mengisi barang-barang goodies yang mommies semua dapat. Tahan Lasak tau. Waterproff lagi. Beg comel ni disponsor oleh IG LETS FUN BAG. Comel kan????

Dalam ni ada goodies nasi kerabu tau. Nanti Mimie dah try masak Mimie bagitau apa hasilnya nanti.
Ok semua. Jumpa lagi... 😘😘😘

Thursday, September 13, 2018

Farm in the City 2018

Bersiaran lagi. Kali ni nak cerita tentang Haiwan di ladang. Kat mana..??? Haaa... kat Farm in the city yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Terima kasih YANA: YANA COMEL dapatkan tiket untuk bloggers.

Kat sini ada macam-macam haiwan kebanyakkan jinak dan anak-anak boleh sentuh dan pegang. Kami sampai jam 10.00 pagi. Selesai jam 2.00 petang. Nak balik tu baru hujan. Alhamdulillah awal sampai pagi tu. Kalau tak tergendala la misi melihat haiwan. hihihi.. Jom tengok dan layan gambar-gambar 😘 



Dah sampai jangan lupa dapatkan map/peta bagi memudahkan pencarian haiwan untuk dilihat. Kat sini tak perlu risau kalau tak sempat makan sebab ada kafe menjual makanan dan minuman dalam ni. Di setiap tempat singgahan haiwan akan ditempatkan tempat mencuci tangan. Sanagt-sangat menjaga kebersihan.


Peta ni sebagai guideline sepanjang berada dalam Farm in the City ni. Jangan risau sebab takkan sesat. Kita ibarat membuat pusingan sehingga jumpa semula pintu masuk masa awal-awal sampai. 



Makanan pun ada combo yang lebih jimat. Pekerja pun ramah walaupun ramai pelanggan masa ni. Servis pun cepat tau.



Eh awal betul cerita bab makan. ahahaha.. Sampai awal tu yang lapar kita cerita bab makan dulu.. hihihi. Ok bagi Harga tiket macam-macam harga. Harga biasa, harga apabila gunakan mykad dan harga pakej family. Harga bagi warganegara lebih murah 😘

Harga biasa
Dewasa: RM55.00
Warga Emas: RM45.00
Kanak-Kanak: RM45.00

Harga MyKad
Dewasa: RM37.00
Warga Emas: RM30.00
Kanak-Kanak: RM30.00

***Kanak-kanak bawah 90cm masuk PERCUMA tau..!!!



Selain daripada tu ada pakej keluarga ta dengan potongan harga yang lebih rendah.
Pakej 2 Dewasa + 2 Kanak-kanak = RM125.00
(Boleh dapat beberapa cenderahati dari Farm in The City tau)

 

Selain tu, boleh bagi makan dengan haiwan ternakan. Harga makanan dijual juga sebelum nak masuk berdekatan dengan tangga menuju ke kaunter bayaran tiket. Satu bucket RM10.00 ada macam-macam makanan dalam satu baldi kecil ni seperti lobak merah, rumput kering dan bijirin. Tapi kat dalam ni kalau jumpa staff yang jaga boleh juga dapatkan bijiran untuk makanan burung dan ayam. Kangkung pun ada.






Ada kakitangan yang mesra akan membantu korang beramah mesra dengan haiwan ternakan tau. Jangan risau sebab anak-anak akan selesa sepanjang mengenal haiwan di sini.





Kebanyakkan haiwan di sini berkeliaran dan bukan dalam kurungan. Jadi anak-anak boleh pegang dan bagi makan secara lebih dekat. Yang kelakarnya bila korang ada makanan, haiwan ni akan datang menggesel dan aim makanan korang bawa tu. Jangan risau sebab haiwan kat sini jinak. Petting Zoo kannn... hehehee. 







Ular pun ada tau. Alahai anak-anak ni main pegang-pegang ular 😂😂 Mama geli hahahaha 🤣🤣🤣





Opss lupa nak bagitau. Kat sini ada khidmat jurugambar. Dah nak balik boleh la pilih-pilih gambar dan beli sebagai simpanan dan kenangan. Saat-saat bersama keluarga macam ni sesuai sangat nak diabadikan sebagai kenangan pada masa akan datang. Nanti anak-anak dah besar kenangan macam ni yang akan dikenangkan 😘😘😘



Perjalanan balik anak-anak tak berhenti bercerita jumpa haiwan-haiwan, pegang haiwan, beri makan haiwan. Satu kenangan dan pembelajaran yang baik dan sihat untuk anak-anak. Yang nak datang sini boleh la bawa anak-anak. Sangat sesuai tau..

Farm in the City
Jalan Prima Tropika Barat
Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan
Selangor
Tel: 03-89412009 / 3099
Facebook: FARM IN THE CITY MALAYSIA
Instagram : IG FARM IN THE CITY
Terima kasih Farm in the City! Kami enjoy 🎉

Wednesday, September 12, 2018

Meringue Cookies by Chef Era_Clara


8-9 September 2018 kami blogger mommy mengadakan aktiviti tahunan iaitu Family Day GBSB. Sepanjang Family Day berlangsung memang happening giler. Tambahan dapat spronsor macam-macam seperti makanan, pakaian, tudung, penjagaan rambut, dan macam-macam lagi. 



Ni Mimie nak story sikit pasal meringue cookies. Sedap tau buat kudapan. Rasanya tak manis sangat. Sesedap rasa. Crunchy and soft. Ala-ala pavlova gitu.. tapi ni version kecil comel. Yang berminat boleh hubung Chef Era_Clara di IG, FB dan Whatsapp seperti di bawah:


kalau nak tau apa tu meringue. Haa... meh baca sikit kat bawah..


Bagus tau sebab Chef Era_Clara bagitau cara simpan dengan betul supaya dapat menikmati secara berterusan.



Rugi tak cuba tau 😘

Sunday, September 2, 2018

Sambutan Kemerdekaan 61

Late entry...

31 Ogos tarikh keramat rakyat Malaysia dan semua rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan negara. Semangat kemerdekaan tahun ni lain macam sikit. Semangat berkobar kobar. Tema tahun ni adalah “SayangiMalaysiaku”. Saya sayang Malaysia dan bangga menjadi rakyat Malaysia 🇲🇾 

3 hari sebelum sambutan kemerdekaan encik suami dan ajak nak datang ke perarakan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 61 di Putrajaya. As usual, Mimie menurut sahaja. Sehari sebelum sambutan kemerdekaan balik kerja lambat seperti biasa (hari-hari balik kerja malam 😩). Malam baru sampai rumah. Tu pun encik suami dah mesej “tak balik lagi ke? Esokkan nak pergi tengok sambutan kemerdekaan”. Nampak tak semangat encik suami sebenarnya nak sambut. 😆😆😆

31 Ogos pagi-pagi dah bangun. Lepas solat subuh 6.30 pagi dah bergerak ke Dataran Putrajaya nak meramaikan sambutan hari kemerdekaan Malaysia. Seronok. Cuaca panas. Ramai yang datang. Ramai yang memakaikan anak-anak baju bendera. Mak ayah pun tak kurang juga. Ada ramai pakai tudung bendera malaysia. Meriah sangat. Terima kasih Malaysia.. #SayangiMalaysiaku












Wednesday, August 29, 2018

Happy Birthday Mimie 🎂🎉

29 Ogos adalah ulang tahun kelahiran Mimie setiap tahun. Alhamdulillah membesar dengan sihat dan jayanya 😆

Terima hubby for lunch treat hari ni. Thanks for gift too.. 
Doa Mimie agar diberikan kesihatan dan kebahagiaan buat Mimie dan keluarga. Dipermudahkan segala urusan, merajinkan diri untuk tambahan amalan ibadah kepada Allah dan agama, memperbaiki sikap dan perangai ke arah kebaikan dan disayangi Allah, keluarga dan kenalan.. 

Terima kasih semua atas doa dan ucapan hari lahir untuk hari ini. Semoga Allah merahmati kita semua..












Thursday, August 23, 2018

Salam Aidiladha 1439H







Salam Aidiladha dari Mimie dan keluarga..
Semoga ibadah korban diterima oleh Allah SWT..
Setiap pengorbanan yang ikhlas akan digantikan dengan dengan rahmat dan kasih sayang dari Allah..

Tuesday, August 21, 2018

Ayam Pedas Korea di Daebak Chickeng



Annyeonghaseyo
Feeling korean kejap sambil layan running man 😆 Ok nak review makanan hari ni. Food hunter macam Mimie ni memang suka mencuba makanan apatah lagi yang kena dengan tekak dan selera Mimie 😋

Ayam pedas korea ni memang wajib beli bila Mimie balik rumah in law di Dungun. Masa bulan puasa owner Daebakchickeng ni akan membuka gerai jualan di tapak bazar ramadhan di bandar Dungun.

Kalau hari-hari biasa boleh call or whatsapp owner daebakchickeng ni. Boleh selfpick up dekat dengan hospital Dungun ataupun owner buat COD untuk tempat-tempat tertentu.

Ayam pedas korea ni valid hanya di Dungun dan Kuala Terengganu sahaja. Sebab tu la bila balik KL sampai termimpi-mimpi 😂😂😂

Yang ada di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu boleh la mencuba dan menjamu selera dengan DaebakChickeng ni. Boleh hubungi di nombor di bawah:
+6019-973 9093 (Dungun)

+6011-29492990 (Kuala Terengganu) 

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG

NUR BATRISYIA ZAHRA

Lilypie Kids Birthday tickers

NUR AQILAH HUMAIRA

Lilypie Fourth Birthday tickers

NUR ARISSA DAYANA

Lilypie Second Birthday tickers

TERIMA NIKAHNYA

Daisypath Anniversary tickers
 

LoVe My FaMiLy Template by Ipietoon Cute Blog Design