Saturday, March 31, 2012

FUN FAIR @ NILAI

Hai ols..!
Hari Jumaat baru2 ni..
Encik Hubby mesej Mimie lepas waktu keje..  
Syg, jom gi fun fair mlm ni
Of coz la agree..
Agenda untuk family kan..

Then, Mama and Batrisyia siap2 sementara menunggu Encik hubby pulang dari keje..

Besar jugak Fun Fair ni..
Berhampiran dengan Tesco Nilai..
Kita orang park kereta kat Tesco..
hehe

Batrisyia naik buai pusing2..
Suke betul..
Tapi last2 nangis..
Maybe pedih mata kot coz laju jugak buai tu..
Hurmm..
Anak Mama ni nak sangat naik buai tu..
Hehe..

Then ade couple suke tgk keletah Batrisyia naik buai ni..
Wife die tgh preggy..
Tapi dieorang suke tgk Batrisyia..
Glamer anak Mama ni..
Hahaha

Ayah dan Anak (^_^)
Mama and Batrisyia (^_^)
(^_^)
Steady je anak Mama ni (^__^)















                                       


Ok..
Next time story lagi..
Nak rehat with my Encik Hubby..
Weeeee......
(^_____^)

Friday, March 30, 2012

HAPPY TODAY (^__^)

Salam semua..
Hari ni Mimie happy sesangat la happy..
Pagi2 Jumaat ni penuh keberkatan..
Tambahan pula hujan rahmat di pagi Jumaat..
Mana tak happynye..
Baru lepas cakap dengan my mum and mother in law..
Banyak gosip2 yang kami bualkan..
Dan yang bestnye ade cerita yang mother in law story yang Mimie sendiri gelak besoo...
Hahaha...
Anyway..
Tak perlu la kongsi kat sini..
(^________^)

Apa yang buat Mimie happy lagi?
Mimie nak outstation Kuantan next week..
Boleh balik rumah Mama dan Abah di Kuantan..
Of coz la Mimie bawa my cute daughter..
Batrisyia ikut Mama ye..
Kita loging umah Tok Abah dan Tok Mama..
Kebetulan pulak minggu depan Abah and Mama Mimie buat Majlis Doa Selamat..

So,
To my hubby..
Nanti datang Kuantan naik bas tau..
Ayang tunggu Abang kat Kuantan..
Nanti kita sama2 balik KL..
Sayang tahu Abang tak dapat cuti since parlimen tengah bersidang sekarang..
Don't worry k.
Ayang akan jaga anak kita ni baik2..

One more thing yang buat Mimie happy..
Nak jumpa ex-ofismate kat private sector kat Kuantan..
Wait2 ye frenz..
I ade best story untuk u all..
Wait for me..!

Lot of love

(^_____^)

Thursday, March 29, 2012

Restu Abah dan Mama (^___^)

Hai ols..
Sampai2 ofis, Mimie buka la schedule Mimie for today..
OMG!
Hari ni merupakan hari penuh kenangan dalam hidup Mimie..
4 tahun yang lalu..
Pada tarikh hari ni..
29 Mac 2008,
Encik Hubby datang ke rumah Mama dan Abah Mimie..
Jumpa dengan Abah dan Mama untuk berkawan dengan serius dengan anaknya..
Gentlemen betul Encik Hubby ku ni..
Of coz la my abah agree.. Huhu..
Tau tak kenapa Mimie cakap Abah Mimie akan agree?
Ini kisahnye..

Encik Hubby Mimie ni anak buah Abah Mimie masa kat kementerian di Putrajaya..
Masa tu Encik Hubby ni Pegawai Tadbir (Kontrak) dan Bos die Abah Mimie la.
Masa tu tahun 2007..
Sekarang Encik Hubby Mimie PTD dan berpendapatan tetap dan berpencen..
Hehehe

Then masa raya tahun 2007 tu, Abah cakap nak beraya rumah kawan die kat Dungun..
So kitaorg adik beradik ingat kawan2 abah ni tua2 la semuanya..
Masa pegi rumah family Encik Hubby kat Dungun terkejut jugak Mimie..
Muda rupanya kawan Abah ni.
Yelah, masa tu umur Hubby baru 25 tahun..
Mimie pulak masa tu 22 tahun..
Masa tu xde apa2 perasaan pun..
Just anggap macam kawan Abah la..
Then masa kitaorg balik tu siap dapat duit raya lagi dari Encik Hubby I ni..
Bila kenang2 balik memang kelakar sangat..
Mana taknye..
Perjumpaan masa raya ni xde apa2 perasaan pun..
Pandang pun tak pada my hubby ni..
Pastu dapat duit raya..
Sedangkan masa tu Mimie dah ada pendapatan sendiri..
Hahaha

Then, masa awal tahun 2008,
Mama Mimie call Mimie..
Masa ni Mimie duk Kuantan coz keje in private sector..
Family Mimie duk Putrajaya..
So Mama cakap "Angah ingat tak kawan abah yang kita gi beraya kat rumah die kat Dungun hari tu..?"
Masa tu terpikir2 Mimie..
Time tu ingat tak ingat je muka die..
Coz tak amik port pun masa jumpa hari tu..
So Mimie tanye Mama semula, "Kenapa.?"
Then, Mama cerita la, yang Encik Hubby ada datang rumah,
Encik Hubby terpandang potret family Mimie..
Mama cakap my Encik Hubby tanye kat Abah,
"Anak En. Sabri yang kat hujung tu dah ade orang ke belum?"
(Aku ler tu.. hehe)
Mama cakap Abah terkejut dengan direct question dari Encik Hubby ni..
Mana taknye..
Abah cakap Tajul ni pendiam orangnye,
Rajin dalam tugasan yang diberikan,
Solat tak tinggal..
Abah cakap lagi, Ade perempuan nak dekat die..
Tapi ramai tak berani coz Encik Hubby I ni tak bercakap sangat dengan perempuan,
That's why la Abah terkejut dengan soalan Encik Hubby ni..
Panjangnye story Mimie ni kan..
Hahhaha

So, kami berkenalan la dengan restu ibu bapa kami..
Terima kasih Encik Hubby..
Datang dalam hidup ini dan memberi sinar kebahagiaan..
Love you a lot!

He is mine.. (^_^)

Monday, March 26, 2012

Gigi Batrisyia Ke 6

Salam semua..
Hari ni nak story mengenai gigi anak kesayangan Mimie..
Nur Batrisyia Zahra binti Tajul Ariffin..
Actually, Batrisyia dah berumur 1 tahun 4 bulan..
Gigi Batrisyia baru nak tumbuh setelah sekian lama..
Gigi yang ke 6..

Masa check up Batrisyia 14 bulan hari tu,
Mimie dan hubby check up gigi Batrisyia..
Cantik gigi Batrisyia..
Masa tu ada 5 batang je..
3 atas kat bahagian depan
dan 2 bawah di bahagian hadapan..

Then nurse tu pun cakap
"Lambat jugak gigi anak awak tumbuh"..
Aku pun terkezut la dengan statement tu..
Then nurse tu cakap,
"Tak pe.. Lambat tumbuh lagi lambat cabut. Gigi lagi kuat..."
Lega la dengar statement tu..
Batrisyia sangat suka berus gigi..
Dan sangat pandai berus gigi sendiri..
Comelnye anak mama ni..
(^____^)

So minggu lepas Batrisyia demam panas sangat..
Yang kesiannye pada Encik Hubby la..
Kena jaga Mimie dan Batrisyia coz
Anak dan Mama sama2 demam that time..
TQ Encik Hubby..


Mamam grapes!

 p/s: Semoga gigi anak Mama cantik, sihat dan kuat..
(^_^)

Friday, March 23, 2012

Menjaga Hati Suami (^_^)


Assalamualaikum semua,
Mimie nak kongsi sedikit nasihat buat semua isteri kat luar sana
 (^_^)

Menjaga hati suami..
Suami adalah pelindung kita..
Kalau kita tak menghormati suami, 
So jangan salahkan suami kalau pada masa akan datang dia berpaling dari kita..
Banyak perkara kita perlu buat untuk jaga hati suami..

JANGAN BUAT APA YANG SUAMI TAK SUKA
dan 
JANGAN MENGUNGKIT ATAU NAK STORY MORY 
TENTANG KISAH LAMA DIE ATAU KAMU SENDIRI..

Apabila kita sudah memilik suami sebagai pasangan hidup kita,
Terima la keburukan dan kebaikannya..
Jangan membebel atau membuat suami bosan dengan kita
Jangan gatal2 nak story mory cerita family ex-boyfriend kita.
Cuba la fikir apa perasan suami bila membacanya..
Sebagai isteri taatilah suami
Renung-renungkan
dan selamat beramal
(^_^)

p/s: Mr Tajul, I love you and TQ for ur support to handle this situation
(^______^)

Thursday, March 22, 2012

4th Anniversary (^_^)

Pejam Celik Pejam Celik
Dah 4 Tahun percintaan kami..
Soooo Sweet..
Mengimbau kembali nostalgia lama..
Ceewaahhh..!

Perkenalan kami bermula 1 Mac 2008..
Our 1st date pada tarikh hari ini pada tahun 2008
Yupp...!!!
22 Mac 2008
Berdebar2 untuk bersua muka..
Abang datang ambil Mimie
Kat rumah Mama dan Abah Mimie di Putrajaya
Tempat pertama 1st date...
Mines!
KFC Mines tempat kami lunch buat pertama kali..
Masa ni Mimie tak perlu berpura2..
Mimie jadi diri Mimie dan Abang menerima seadanya..
Since masa Mimie ketawa dengan jenaka abang ketika tu
takdenye nak cover2..
Ketawa as macam gather2 with friends..
Takde la macam orang gila ketawa..
Sape yang kenal tu boleh la bayangkan macam mana Mimie ketawa..
Yang tak kenal tu jangan nak pandai2 imagine pulak..
Hahaha

Pada tarikh ni
Abang hadiahkan gelang kristal..
Hadiah pertama dari abang. 
Sangat cantik..
Pandai abang pilih..
Sebelum abang pakaikan gelang, abang tanya Mimie satu soalan..
"Sudikah awak jadi kekasih saya?"
Terkejut Mimie coz our 1st date abang berani tanyakan soalan tu..
Mimie pulak terus mengangguk..
Macam tak percaya Mimie menerimanya..
Tapi Mimie terima dengan hati yang ikhlas..
Alhamdulillah..
Kami bukan milik sesiapa ketika itu..
Jadi tak menjadi kesalahan kami bersama..
Kami tak pernah rampas sesiapa dari sesiapa..
Berkat doa Mama dan Abah Mimie, Anakmu bahagia..
Terima kasih Mama, Abah..
Terima kasih Ya Allah..
Semenjak itu hubungan kami berterusan sehingga ke jinjang pelamin..
Kami sangat bahagia sehingga kini..
Terima kasih Ya ALLAH..
Kurniakan lelaki terbaik dalam hidup Mimie..
Tiada kisah silam perlu diungkitkan kembali..
Semuanya telah kami padamkan kenangan masing2..
Dan kami sangat mencintai antara satu sama lain..

Dating Time (^_^)

Sunday, March 18, 2012

GOT A FEVER (-_-)

Hai friends..
Mimie tak berapa sihat hari ni..
Lama dah tak demam..
Hari ni dah 2 hari Mimie demam..
Suhu paling tinggi cecah 40 darjah celcius..
Actually nak menulis pun tak larat..
Tapi Mimie nak share jugak story..
Mimie nak ucapkan terima kasih kat Encik Hubby..
Coz menjaga Mimie dengan sangat rapi..

Terima kasih abang,
Sanggup bangun tengah malam..
Tak tido jaga sayang..
Urut kepala sayang..
Sediakan ubat2 sayang..
Makan pakai sayang sepanjang sayang sakit..
Semoga Allah memberkati abang 
Atas keikhlasan abang menjaga sayang dengan sepenuh hati..


Terima kasih suamiku..

Hope cepat sembuh..

Monday, March 12, 2012

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG (^_^)


Assalamualaikum readers..
Hari ni Mimie nak story about masakan..
Mimie suka share resepi dengan semua orang..
So setiap kali resepi menjadi, Mimie akan upload dalam blog Mimie..
Sayang blog lama dulu dah hilang..
Tak pe..
Nanti Mimie update balik resepi2 lama Mimie okay..??
Hehehe..

Hari ni nak share masak Asam Pedas Ikan Kembung

Resepinye..... (^_^)


Bahan-bahan:
10 tangkai cili kering (rebus sampai lembut)
1 inci halia
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
(Semua bahan di atas dikisar)

Daun kesum
2 sudu besar air asam jawa
2 cawan air
1 kuntum bunga kantan (belah dua)
2 ekor ikan kembung
Sedikit garam dan gula
Minyak masak secukupnya

Cara-caranya:  
Panaskan minyak  
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau  
Masukkan 2 sudu air asam jawa  
Masukkan 2 cawan air  
Then, masukkan daun kesum dan bunga kantan  
Masukkan garam dan sedikit gula.  
Last sekali masukkan ikan kembung..
Agak2 dah cukup rasa and masak boleh hidangkan..

p/s: Masakan isteri buat suami makin sayang..
(^_____^)

Thursday, March 8, 2012

Learn English with Noddy (^_^)


Assalamualaikum mommies and readers..
Mimie nak story about my daughter education..
Dalam blog Mimie yang dulu, Mimie ada cakap beli this set learning..
Masa Pesta Buku 2012 kat PWTC bulan lepas,
Mimie dan Encik Hubby belikan “Learn English with Noddy”..
Kopak duit Mama dan Ayah..
Harganya..???
Boleh tahan la.. (^_^)

Tapi kami sebagai ibu bapa tak kisah tentang duit untuk pendidikan anak2..
Yang penting pendidikan untuk anak-anak adalah paling diutamakan.
Lagipun tak rugi beli set learning ni..
Bukan Batrisyia seorang sahaja boleh gunakannya..
Adik Batrisyia juga boleh gunakan pada masa akan datang..
(InsyaALLAH.. jika ada rezeki untuk Batrisyia dapat adik.. hehehe)

Set ni banyak sangat CD dan Buku2..
Alhamdulilah..
Batrisyia sangat sukakan buku..
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan untuk anak sukakan buku..
Mimie bacakan buku2 cerita untuk Batrisyia
Dan turut perkenalkan watak2 dalam buku..
Batrisyia sangat cepat menangkap watak2 dalam buku..
Keesokkan harinya Batrisyia akan bawa buku untuk Mimie bacakan untuknya..
Cutenye anak Mama ini..
Walaupun Batrisyia baru berusia 1 tahun 4 bulan,
Minat pada buku amat ketara..
Hope terus membesar menjadi anak cemerlang dunia dan akhirat..
Aminn...


NODDY (^_^)


p/s: Alhamdulillah atas rezeki untuk kami sekeluarga..
Encik Hubby Mimie ni suka baca my blog..
I love you so much..!!!

IPHONE 4S VS GALAXY NOTE

Hai readers..!
Mimie sekarang tengah mencari gadget baru..
Sekarang tengah survey2..
Mimie sekarang ada 2 pilihan hati.. huhu
Either nak pilih Iphone 4s or Galaxy Note..
Actually bulan April 2011 Mimie dah beli IPAD..
IPAD tu sebelum IPAD2 keluar lagi..
Mimie beli 64GB. 3G+Wifi..
Hurmm..
Sekarang nak beli nset baru la pulak..
Which one is the best smartphone..???



Wednesday, March 7, 2012

Berbudi Pada Tanah (^_^)

Salam readers..
Hari ni Mimie nak story about Mini Kebun Mimie and family..
Actually kebun ni hasil usaha hubby Mimie..
(^_^)
Mimie ambil hasil untuk masak je..
Hehehe..

Kat Mini Kebun kami ada macam2 sayuran seperti:
1. Kacang bendi (dah petik semalam)
2. Peria Madu (Baru tumbuh sebiji)
3. Daun pandan
4. Kacang botol
5. Serai
6. Lada (tak keluar lagi)
7. Pokok Ubi

Mini kebun ni terletak kat belakang rumah Mimie..
Kat bahagian depan kami tanam pokok2 bunga and tanam rumput karpet..
Alhamdulillah..
Allah berikan kami rezeki rumah sendiri..

Ok..Ni hasil tanaman kami..

Kacang Bendi (^_^)

Amoi Tantek posing @ Mini Kebun
Hasil tanaman (^_^)
Hubby cabut rumpu liar (^_^)
 p/s: Happy
(^_^)

Monday, March 5, 2012

BATRISYIA PETAH BERCAKAP

Assalamulaikum readers..

Sedih nak menulis blog ni..
Rasa lain bila tengok tak banyak post kat blog Mimie..
Takpe la, belajar dari kesilapan..
Sape suruh delete akaun google tu..
(T_T)

Move on Mimie!
So hari ni nak story sikit..
Mimie nak upload story about amoi tantek a.k.a Batrisyia..
Yang mana pernah baca blog Mimie yang dulu
Mesti dah kenal dengan amoi tantek ni..

Amoi tantek adalah anak perempuan Mimie..
Nur Batrisyia Zahra binti Tajul Ariffin.
She looks like chinese..
That’s why la dipanggil amoi tantek.

Video ni masa umur Batrisyia 7 bulan..
Masa ni hubby Mimie happy sangat2..
Sebab Batrisyia dah petah memanggil ayah..
Video ni dirakam 04-06-2011.


Lain2 entry yang dah hilang sebelum ni Mimie akan upload later..
Perlahan2 untuk menceritakan kenangan Mimie semula..
Kenangan perkenalan denga suami tercinta..
Kenangan pertunangan, perkahwinan dan menimang cahaya mata..
Perlahan2 Mimie akan re-story k..
Hope enjoy my blog..

NUR BATRISYIA ZAHRA BINTI TAJUL ARIFFIN

Saturday, March 3, 2012

Welcome My New Blog

Assalamualaikum semua..

Ini bukanlah kali pertama Mimie menulis blog..
Tapi ini adalah entry pertama dalam blog baru..
Inilah hakikatnya...
Blog baru Mimie..
Kisahnya begini.................

Sebelum ni Mimie dah ada blog yang paling Mimie sayangi..
Blog Mimie nama http://lovelymimie.blogspot.com/..
Tapi pada 02.03.2012 Mimie deletekan akaun goole..
Disebabkan Mimie telah memadam akaun google
Secara automatik blog Mimie yang berusia 4 tahun telah hilang...

Uwaaa....
Menangis Mimie..
Mana taknya..
Blog Mimie tu sebelum Mimie kawin lagi..
Banyak kenangan dalam blog tu..
Banyak gambar2 dan cerita yang tak boleh diukir kembali..
Cerita2 perkenalan dengan suami, bertunang, kawin dan menimang cahaya mata...
Yang paling sedih adalah cerita mengenai pengalaman bersalin dan membesarkan anak..
Kini semuanya telah HILANG......!!!

Ya Allah..
Sedihnya hanya Allah yang tahu..
Kenangan bersama anak dan suami dalam blog sebelum ni telah hilang..
Tapi suami cakap bukalah blog baru...
Jangan dikenang barang yang tiada..
Banyak lagi kenangan yang kami ingin rakamkan..
Suami cakap lebih baik blog hilang sekarang dari hilang akan datang..
Kalu hilang akan datang mesti hati lagi sedih..

So, Mimie mulakan blog baru Mimie..
http://lovelymimiee.blogspot.com/..
Mimie just tambah 'e' supaya kenangan blog lalu takkan hilang..

Kepada follower Mimie yang sebelum ni..
Maaf Mimie ucapkan..
Harap kita still boleh connection in my new blog..
As soon as possible Mimie akan follow back..
Thankz all..
Especialy my bestfriends mommies blogger..
Give me a support k..
Thankz a lot...

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG