Thursday, March 29, 2012

Restu Abah dan Mama (^___^)

Hai ols..
Sampai2 ofis, Mimie buka la schedule Mimie for today..
OMG!
Hari ni merupakan hari penuh kenangan dalam hidup Mimie..
4 tahun yang lalu..
Pada tarikh hari ni..
29 Mac 2008,
Encik Hubby datang ke rumah Mama dan Abah Mimie..
Jumpa dengan Abah dan Mama untuk berkawan dengan serius dengan anaknya..
Gentlemen betul Encik Hubby ku ni..
Of coz la my abah agree.. Huhu..
Tau tak kenapa Mimie cakap Abah Mimie akan agree?
Ini kisahnye..

Encik Hubby Mimie ni anak buah Abah Mimie masa kat kementerian di Putrajaya..
Masa tu Encik Hubby ni Pegawai Tadbir (Kontrak) dan Bos die Abah Mimie la.
Masa tu tahun 2007..
Sekarang Encik Hubby Mimie PTD dan berpendapatan tetap dan berpencen..
Hehehe

Then masa raya tahun 2007 tu, Abah cakap nak beraya rumah kawan die kat Dungun..
So kitaorg adik beradik ingat kawan2 abah ni tua2 la semuanya..
Masa pegi rumah family Encik Hubby kat Dungun terkejut jugak Mimie..
Muda rupanya kawan Abah ni.
Yelah, masa tu umur Hubby baru 25 tahun..
Mimie pulak masa tu 22 tahun..
Masa tu xde apa2 perasaan pun..
Just anggap macam kawan Abah la..
Then masa kitaorg balik tu siap dapat duit raya lagi dari Encik Hubby I ni..
Bila kenang2 balik memang kelakar sangat..
Mana taknye..
Perjumpaan masa raya ni xde apa2 perasaan pun..
Pandang pun tak pada my hubby ni..
Pastu dapat duit raya..
Sedangkan masa tu Mimie dah ada pendapatan sendiri..
Hahaha

Then, masa awal tahun 2008,
Mama Mimie call Mimie..
Masa ni Mimie duk Kuantan coz keje in private sector..
Family Mimie duk Putrajaya..
So Mama cakap "Angah ingat tak kawan abah yang kita gi beraya kat rumah die kat Dungun hari tu..?"
Masa tu terpikir2 Mimie..
Time tu ingat tak ingat je muka die..
Coz tak amik port pun masa jumpa hari tu..
So Mimie tanye Mama semula, "Kenapa.?"
Then, Mama cerita la, yang Encik Hubby ada datang rumah,
Encik Hubby terpandang potret family Mimie..
Mama cakap my Encik Hubby tanye kat Abah,
"Anak En. Sabri yang kat hujung tu dah ade orang ke belum?"
(Aku ler tu.. hehe)
Mama cakap Abah terkejut dengan direct question dari Encik Hubby ni..
Mana taknye..
Abah cakap Tajul ni pendiam orangnye,
Rajin dalam tugasan yang diberikan,
Solat tak tinggal..
Abah cakap lagi, Ade perempuan nak dekat die..
Tapi ramai tak berani coz Encik Hubby I ni tak bercakap sangat dengan perempuan,
That's why la Abah terkejut dengan soalan Encik Hubby ni..
Panjangnye story Mimie ni kan..
Hahhaha

So, kami berkenalan la dengan restu ibu bapa kami..
Terima kasih Encik Hubby..
Datang dalam hidup ini dan memberi sinar kebahagiaan..
Love you a lot!

He is mine.. (^_^)

6 comments:

  1. waahhh, suwitnye perkenalan korang...mmg gentlemen la en. Hubby Zatun...hehe, semoga bahagia selamanya...=)

    ReplyDelete
  2. Hehe.. TQ ummie..
    Anyway.. Cantik sangat pelamin ummie..
    Hope cepat2 dapat baby..

    ReplyDelete
  3. sgt gentleman la hubby akak....caya la! pikat parents dulu then bru anak dia ye, hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngorat anak bos haha..
      Alhamdulillah..
      Berkat doa dan restu keluarga menjadikan hubungan kami berkekalan..
      Allah sentiasa memudahkan urusan hamba2Nya dengan niat yang ikhlas dalam sesuatu perkara..

      Delete
  4. Zatun...cerita yg best tuk dikongsi bersama dgn anak2 nnt...hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Na..
      Sangat2 touching bila mengimbau kenangan lama ni..
      InsyaAllah..
      Anak2 akan membaca coretan Mama dengan bahasa yang baik dan cantik..
      Anak2 akan tahu kenangan Mama dan Ayahnya selalu..
      Na pun story la cerita perkenalan dengan Epul masa kat Sunway dulu.. (^___^)

      Delete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG