Monday, April 30, 2012

Baju Raye (^o^)

Hai readers..
Mood kerja down.. Maybe ramai kawan2 cuti coz sambung dengan cuti Hari Pekerja esok. Esok cuti. Bestnye..

Kalau tengok pada tajuk ni awalnye nak raya kan? kan?. Puasa dah abis ganti ke belum?? (Soalan cepu emas) Huhu. Alhamdulillah puasa tahun lepas Mimie sudah ganti dengan jayanya.. (^_^)

Bila tengok balik kalender kat atas meja ni, kita dah nak masuk pertengahan bulan Jamadilakhir. Maknanya dah tak lama bulan Rejab, kemudian Syaaban then Ramadhan menjelang. Cepatnya masa berlalu. Baju raya tak cari lagi. Patut la dah ada kawan2 yang busy nak cari kain untuk baju raya (takut tempahan menjahit baju tutup). Mimie pulak macam mana..???

Alhamdulillah Mama Mimie pandai jahit baju. So takde la risau sangat nak hantar tempahan baju raya ni. Cuma Encik Hubby la nak kena hantar kain kat tukang jahit baju melayu (Mama Mimie takde skill nak jahit baju melayu.. hehe). Nampaknya kena sibuk2 cari baju raya la ni..

Tahun lepas tema purple. Sedondon kami tiga beranak (Excited sebab 1st time beraya bersama anak). Tahun ni tak tau la warna apa. Encik Hubby sangat2 cerewet dalam pemilihan kain. Keluar masuk kedai la nak cari kain yang memenuhi citarasa suami tercinta ni.. Tahun lepas kain sekayu dengan hubby. Cuma baju Mimie dan Batrisyia buat jahitan manik by my mum and Kak Long. So takde la kosong macam baju melayu. Hehehe. Tahun ni tak tau la nak sama kosong or nak cari warna and corak seakan-akan warna kain baju melayu Encik Hubby. Mood raya tu tak sampai lagi. Tapi harus beli kain raya dalam masa terdekat supaya takde last minute preparation..

Esok pulak Encik Hubby dah rancang agenda untuk memenuhi hari cuti kami. Encik Hubby nak ajak pergi Nilai 3. Lama betul tak datang sini. Agenda esok nak cari aksesori hiasan rumah. Tambahan pulak nak siapkan mini library untuk anak kami. Dah lama tertangguh untuk deco mini library si kecil ni. Bahan2 buku cukup lengkap. Termasuk la kerusi meja yang kami beli dari IKEA. Cuma takde rak buku yang sesuai untuk letak buku2 si manja ni. Ok la readers.. Papai (^_^)


Friday, April 27, 2012

Bila Si Kecil ke Pejabat

Hai all my readers..

Tengah hari semalam Mimie terima call dari nursery Batrisyia. Suhu badan Batrisyia 40.1 darjah celcius. Memang cuak giler2.. Mimie mintak tolong Cikgu Eka hantarkan Batrisyia ke Klinik dulu sementara Mimie dalam perjalanan pulang untuk ambil Batrisyia. Pagi2 semalam ok je sebelum hantar ke nursery. Tak tahu kenapa tiba2 demam panas macam tu.

So semalam half day la kerja. Demi menjaga anakanda yang tercinta ni. Alhamdulillah Batrisyia nak jugak makan nasi yang disuap ke mulutnya. Walaupun 2-3 suap je masuk ke mulut janji si kecil ni makan. Mimie belikan yakult untuk si kecil ni (Manalah tau tgk iklan cakap boleh bunuh bakteria tak baik dalam badan). Tapi bila minum terus muntah balik. Sebelum ni minum takde apa.

Hari ni ingat nak hantar nursery balik coz Batrisyia nampak dah sihat. Tapi risau takut2 demam tetiba macam semalam. So Mimie bawa la ke opis hari ni. Nak cuti rasa macam tak berbaloi pulak. Jumaat ni rehat panjang. Pastu Mimie balik 4.30 petang coz Mimie amik WP1 masuk 7.30 pagi balik 4.30 petang.

Sekarang ni si kecil ni dalam bilik Mimie. Alhamdulillah ada bilik sendiri. Kalau tak susah la si kecil ni nak privacy tido or tukar lampin. Lagipun Batrisyia ni takut dengan orang. Kawan masuk bilik Mimie je dah rengek2. Adoi.. Camno la Mama nak keje..

Ok la readers.. Mimie nak bawa si kecil ni lunch pulak. Lepas makan tido la wahai anakandaku..

Thursday, April 26, 2012

It's a Beautiful Morning (^_^)

PERHATIAN: Story love about Mimie and Encik Hubby. Sebarang kesan sampingan terhadap pembaca adalah di bawah tanggungan sendiri. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap gangguan emosi dan jiwa yang dialami oleh pembaca.

Morning everybody..
To mommy2, blogger, frenz, and stalkers...

Today i have wonderful day..! Thank you dear husband for everything in my life. Ehem.. Ehem.. Ingat tak post Mimie tentang lagu Cinta bersatu KLIK DI SINI . Last night Encik Hubby baca blog Mimie. Encik Hubby dengar lagu ni dengan menghayati liriknya sekali. Of coz la masa tu Mimie di samping Encik Hubby tercinta ni. Time ni Batrisyia sibuk dengan cartoon and susunye. So privacy sikit la masa dengar lagu ni dengan Encik Hubby. So Mimie dapat one kiss (opsss... sensor sikit Mimie kan public ni.. keke). Then Encik Hubby said, "Thank you sayang. Nice song".

Bila cerita tentang suami membaca blog ni. Nak tanye readers semua boleh tak? (Tak boleh pun nak tanya jugak.. hehe). Hubby readers semua ada tak baca blog yang u all create and story? Kalau ada boleh share dengan Mimie tentang pendapat hubby u all about ur blog. Kalau hubby yang tak suka baca blog u all tapi still support u all update story about ur family pun boleh share jugak. Amacam...??

Hubby Mimie support Mimie dalam penulisan blog ni. Walaupun Encik Hubby takde his own blog (FB je die ade.. kekeke) tapi kadang2 Encik Hubby mengambil masa yang sesuai untuk membaca blog Mimie. So Mimie just story about advice for me untuk share dengan readers and happy story dalam blog kesayangan keluarga Mimie ni.. Hehehe.



Note: HAVE A NICE DAY TO READERS.. PAPAI (^o^)



Wednesday, April 25, 2012

Thank You Allah for New Salary (^_^)

Assalamulaikum..
Selamat pagi semua..

Pagi yang sangat2 ceria. Alhamdulillah. Happy sangat2 hari ni. Gaji baru dah masuk. Sekali dengan tunggakan dari bulan Januari. (^_^). Kenaikan tahunan je tak dapat lagi. Takpe la. Nanti dapat back dated jugak. Hehe. Masyukkk...! Mak cik kayo.. Hahaha (Excited.. huhu).

Bila tengok gaji baru ni, Alhamdulillah. Sangat2 cukup untuk Mimie. Tambahan pulak income side dari Encik Hubby (Oh.. Encik Hubby pun dengan gaji baru, so kena up sikit pocket money sayang bulan ni ye.. hehehe). Hubby jangan marah tau. Gaji Mimie more higher dari gaji Encik PTD Gred 44 ni.. Opsss.. Kantoi lak terlebih gaji dari Encik Hubby (Beza sikit je sebab Mimie ada elaun khas). Tapi orang kata, bukan Mimie kata la kan>>> PTD ni cepat naik pangkat. Rezeki orang PTD kan. (^_^)

Perancangan Mimie untuk gaji baru ni; Bila gaji dah masuk, pertama2 sekali asingkan duit untuk zakat pendapatan (keberkatan bagi pendapatan sekeluarga). Kedua bagi Mama dan Abah Mimie untuk berkat duit gaji baru ni kepada orang tua kita. Ketiga simpan kat Tabung Haji Mimie dan Tabung Haji Batrisyia. Then nak simpan kat ASB. Baki lagi simpan sebab no planning untuk spend duit ni.(^_^)

Apa2 pun. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan kepada kami sekeluarga. My BFF nak mintak belanja bulan ni boleh je..Especially untuk Cik Piqah and Adik Zameer ye.. (^_^)


Tuesday, April 24, 2012

Cinta Bersatu (-_^)


CINTA BERSATU-LIYANA JASMAY

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuat diriku jatuh cinta padamu

Chinta Hati Saya (^_^)


Lagu yang menambahkan rasa sayang, kasih dan cinta buat suami.(Balik nanti kita nyanyi sama2 ye Encik Hubby.. hehe) Mimie sangat2 berterima kasih kepada Allah kerana kurniakan suami yang amat mencintai Mimie dan menerima segala tentang diri Mimie sama ada yang baik mahupun buruk.

Hubby Mimie adalah doktor yang terbaik dalam menjaga Mimie ketika sakit dan pendamping yang paling memahami hidup Mimie. Terima kasih kerana menerima Mimie dan keluarga Mimie. Semoga kasih sayang kita berpanjangan sehingga akhir hayat.

Bil Utiliti (^_^)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah. Pagi yang penuh rahmat dari Allah SWT. Mimie bangun seawal 5 pagi (hari2 bangun awal mcm ni) dan menyediakan sarapan untuk Encik Hubby dan anakanda tercinta. Menu pagi ni Nasi Goreng Seafood (stok udang XXL banyak lagi... Haha).

Pastu solat subuh berjemaah dengan Encik Hubby.Sebelum pergi kerja tu of coz la kena mintak izin dan kebenaran dari suami. Al-maklum la masing2 dengan kereta masing2 ke tempat kerja yang berlainan tempat. Encik Hubby cakap, die dengar ceramah dari seorang ustaz. Apabila isteri hendak ke tempat kerja, mesti minta IZIN dari suami. Encik Hubby cakap memang la semua suami izinkan. samala dengan Encik Hubby. Tapi lebih manis bila bersalaman dan suami mengucup dahi, si isteri mesti cakap, "Sayang minta izin ke tempat kerja ye abang..". Jom isteri2 praktikkannya.. (^_^)

Opss.. Panjangnye Intro pagi ni.. Hehe. Mimie nak story pasal bil air rumah. Berapa agak2nya bil air readers semua ek? Mimie since pindah ke rumah sendiri start Januari 2012 tak pernah bayar bil air. Bil selalunya RM0.00. Maybe penggunaan kurang dari RM20.00. That's why la free tiap2 bulan. Thank you to SYABAS. (^_^).

Bil Air (^_^)

Bil elektrik rumah tak pernah cecah RM30.00. Bulan ni je rm25.05. Sebelum ni RM22.00-25.00. Takkan lebih. Maybe kami sekeluarga mengamalkan penjimatan elektrik dan air. Selamatkan Bumi Kita.. Ewaaahhh..
(^_^)

Bil Elektrik (^_^)




Papai (>_<)

Monday, April 23, 2012

Upgrade Our Lovely Garden (>_<)

Hello my readers...

Hari sabtu baru2 ni, Encik Hubby bawa Mimie, Batrisyia, My mother in law (Ummie) and my sis in law ke Sungai Buloh. Agenda kali ni adalah untuk upgrade decoration our mini garden. Mak ai.. Sangat2 murah harga kat sini if nak bandingkan dengan harga2 kat lain. Patut la Encik hubby selalu datang beli pokok2 kat sini..

Ummie Mimie of coz la cari pokok2 bunga. Banyak jugak my ummie ni shopping. Ummie cakap harga kat Sg. Buloh ni separuh harga murah dari harga di Terengganu..

Mimie dan suami pulak beli tambahan pokok untuk tepi pagar rumah kami. Selain tu Encik Hubby beli 2 pohon pokok buah. Pokok buah delima merah dan pokok jambu guava. Delima merah ni susah nak dapat kat pasaran. Kebanyakannya pokok delima putih yang ada kat pasaran. Jambu guava pun susah nak dapat kat pasaran. Guava ni buah jambu yang berwarna merah. (Sedapnye kalau dapat buat air.. Hehehe)

Nak ikut saya x?? (^_^)




Hot's Day with Ayah (^_^)



Batrisyia dan Mama



Amoi nak siram bunga hehe (^_^)



My ummie.. (^_^)



Hari Ahad pulak (semalam), kami shopping barang basah untuk dapur. Kalau tak ke giant, kami akan ke tesco. Kali ni kami pilih tesco. Semalam harga udang XXL RM15.99 sekilo. Memang besar betul udang tu. Mimie pun amik lebih dari sekilo. Tak tau la promosi sampai bila.

Si Comel ni shopping jugak.. (^_^)

Ok la.. Mimie nak work dulu. Hari ni ada perhimpunan bulanan. Semoga hari ni diberi rahmat oleh Allah dan semoga dijauhkan dari manusia yang selalu berburuk sangka sesama manusia. Aminnn...

Friday, April 20, 2012

Layan Super Spontan Setelah Penat Bershopping

Hai ols.. Mimie baru sampai rumah.. Kepenatan yang amat.. Aktiviti yang cukup2 padat untuk hari ni.. Balik dari kerja, Mimie bawa Mama Mimie dan Ummie Mimie jalan2 kat Jalan TAR dan Masjid India..

Ummie Mimie nak belikan baju raya kat Jakel. Ummie Mimie shopping baju raya di Jakel dengan my sis in law. Mama Mimie pulak nak shopping baju untuk dipakai ke Istana Pahang hari Khamis ni. Abah Mimie merupakan Pengarah Negeri di salah satu Jabatan di Pahang. So Abah Mimie bawa Mama sekali ke majlis di Istana Khamis ni.. (>_<). Mimie pulak shopping 4 helai baju kasual dan blaus. 4 helai shawl. Kuang.. Kuang.. Kuang.. Shopping tak Ingat dunia.. Hahaha

Encik Hubby balik dari outstation hari ni.. Dah sampai kat rumah pun. Ni tengah syok update blog di samping hubby tercinta sambil layan Super Spontan.. Hehe..

Ok la.. Nak berehat ni.. Papai..



P/s: Seronoknye ade dua mak ni.. Berlebih2 kasih sayang Mimie dapat.. Hehe (^_^)

Thursday, April 19, 2012

Kelulusan Keluar Negara (^_^)

Alhamdulillah.. Next month Encik hubby nak bawa Mimie dan Batrisyia jalan2..Vacation Abroad...!!! Weeeee........

Thank you Encik Hubby tersayang..
Tak sabar nak jalan2 USS Singapore.. (^___^)

Tapi sebelum pergi tu, Mimie kena hantar borang lawatan keluar negara atas urusan persendirian mengikut Surat Pekekliling Am Bil. 1/1984. Sebagai kakitangan kerajaan yang berpendapatan tetap dan berpencen ni, Mimie kena la ikut prosedur. Alhamdulillah. Datuk as my Ketua Jabatan dah sokong form Mimie ni. So hari ni nak hantar kat Admin Department pulak. Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Submit semalam form ni. Hari ni dah disokong oleh Datuk.

Kebetulan pulak dapat gaji baru Bulan ni sekali dengan kenaikan tahunan.. Masyukk bulan ni dengan Encik Hubby.. Kami suami isteri sama-sama dapat kenaikan tahunan dan tunggakan gaji as Government employee. Untungnye kerja kerajaan ni. Alhamdulillah ke atas limpahan rezeki yang Allah SWT berikan kepada kami sekeluarga.

USS Singapore.. Wait for us (^_^)


p/s: Excited sangat2.. Tak sabar nak tunggu bulan MAY 2012 (^_^)

Wednesday, April 18, 2012

Days without you


My dear husband,

It's YOU.. 
You mean everything to me... 
You are the first thought in my head in the morning when I wake up; my last thought before I go to bed. 
You smile at me in my dreams... when you are sad, I fell sad, and when I see your true smile, I feel incredible, like there is no other thing around and all I can see is you.

As my husband was a government employee, he had to go on outstation today... TODAY!!! It's just a few days.. He will back home this Friday.. Friday come quickly..! Please take care of yourself dear.. Mama and Batrisyia miss you always..
 
I’m a fish out of water without you.
Don't you know that you make my days count?
And I'm always happy when you're around

We love Malaysia (^_^)

Tuesday, April 17, 2012

Doakan Adik Azri Irfan Cepat Sembuh

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog..
Minggu lepas Hubby Mimie melawat Adik Azri Irfan bin Shamsuhaime. Ayah adik Azri Irfan (Kami panggil Abg Sham) ni merupakan kenalan kepada Hubby Mimie. Bestfriend Hubby Mimie. Setiap kali balik Terengganu rumah my in law, Kami akan belikan keropok keping dan keropok lekor untuk Abg Sham dan keluarga..

Namun disebalik kegembiraan keluarga Abg Sham, Mereka mengharungi dugaan terhadap anak ke empat mereka. Adik Azri Irfan. Adik Azri Irfan mempunyai komplikasi pada jantung berlubang, paru2 dan usus..

Ya Allah..
Berat sungguh dugaan yang ditanggung oleh adik Azri Irfan sekarang. Lupa nak tanye umur adik Azri Irfan ni. Tapi yang Mimie tahu tak sampai setahun. Beberapa bulan je umur anak kecil ni. Ibu kepada adik Azri ni dikatakan mengambil cuti tanpa gaji bagi memastikan anak kesayangannya mendapat penjagaan rapi. Adik Azri Irfan sekarang ada di Hospital Putrajaya. Dah lebih sebulan kat sini..

Hubby Mimie cakap adik Azri Irfan tak boleh terlalu sedih mahupun gembira sebab keadaannya akan tak stabil sekiranya perkara ni berlaku. Hubby cakap sedih tengok wayar kat anak kecil ni.

Ya Allah,
Sembuhkanlah adik Azri Irfan. Berikanlah anak kecil ni membesar seperti kanak2 sihat yang lain. Aminnn...

Kepada semua pembaca blog Mimie, mommy blogger, Doakanlah semoga adik Azri cepat sembuh. Kepada Abg Sham dan keluarga, Semoga tabah mengharungi dugaan ini. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Semoga adik Azri Irfan cepat sembuh..

Monday, April 16, 2012

BIADAB VS BERADAB

SUMBER: MAJALAH SOLUSI ISU NO.42, m/s 9


BIADAB
Mulutnya lancang, katanya tidak bertapis, pandangannya liar, dan perlakuannya hancur! Itulah selayaknya dinisbahkan kepada pemilik sikap biadab.

Tanpa adab, tiada tertib. Seolah-olah dikuasai syaitan, sifat biadab akan mudah membelenggu. Kawalan hati dan perlakuan itu perlu diiringi dengan rasional akal agar tiada perkara luar adab berlaku.

Apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada diri, bersabar dan bertahanlah, bimbang kalau-kalau akan berlaku perlakuan luar adab. Rasulullah S.A.W menasihatkan, maksudnya:
"Ajarilah, permudahlah dan jangan menyusahkan. Apabila salah seorang daripada kalian marah, hendaklah dia diam." (Riwayat Ahmad).

"Biadap sungguh kata-katanya!"
Hati siapa yang tidak membara apabila ada yang memberi respons sebegitu. Natijahnya, timbul rasa marah lalu terjadinya percakaran dan pertelagahan antara mereka.

Batasi diri dengan meninggalkan larangan Allah dan lazimi diri dengan mempraktikkan segala suruhan Allah serta ajaran Rasulullah, kelak biadap yang buruk itu mampu ditukar menjadi adab yang baik.

BERADAB
Bersyukurlah kita kerana mendapat didikan Islam. Kesantunan ajaran Islam mengajar adab dalam setiap aspek kehidupan seperti adab pergaulan, adab makan, adab berpakaian, adab bertutur dan sebagainya.

Tidak rugi beradab sopan kerana bukan sahaja dapat menenangkan diri sendiri, bahkan orang lain turut sama berlapang dada dengan adab yang ditunjukkan. Lebih daripada itu, Allah menyukai orang yang beradab sopan.

Contoh terbaik yang boleh dicontohi ialah Rasulullah S.A.W. Segala ajaran dan adab Islam telah Baginda praktikkan. Allah S.W.T memuji Baginda dengan firman-Nya yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya, engkau benar-benar mempunyai akhlak yang mulia." (Surah al-Qalam 68:4).

"Beradab sungguh dia, saya senang dengannya."
Pasti timbul rasa ketenangan dan keceriaan kepada seseorang apabila dipuji sebegini. Hati yang senang akan membalasnya dengan senyuman. Bahagia.

Aplikasi diri dengan ajaran yang dianjurkan dalam Islam dan hiasi diri dengan adab sopan, moga-moga sahsiah yang terbentuk dalam diri ialah akhlak mulia yang diredhai Allah.

Wallahualam..


Sunday, April 15, 2012

Jade Bracelet (^_^)

Thank you Encik Hubby!!!
My first word to my sweet husband
(^______^)
Mimie dah lama mengidam nak beli jade bracelet ni..
Hari ni baru tercapai hasrat di hati..
Masa bujang dulu pernah ada satu..
Tapi bila berpindah randah masa anak dara dulu,
Gelang Jade Mimie hilang..
Tapi takpe..
Hari ni dapat gelang jade terbaru dari Encik Hubby..
Weeeeeee........

Petang tadi Encik Hubby bawa jalan2..
Pastu Encik Hubby belikan jade ni..
Alahai.. Sweetnye sayang..
Love you so much dear..

Ingat nak beli untuk amoi cantek Mama ni..
Sape lagi kalau bukan si comel anak dara tersayang..
Batrisyia..
Tapi Batrisyia ni pakai je gelang kejap pastu nak buang..
Tak nak pakai..
Takpe la..
Next time bila tiba masa Mama belikan untuk anak Mama ye..

Kenapa Mimie minat sangat dengan jade ni???
Moyang Mimie adalah Chinese,
Kawin Atok Mama Mimie..
Pastu dapat nenek Mimie..
Nenek kawin dengan Atok Mimie dapat Mama Mimie..
Mama Mimie kahwin dengan Abah dapat Mimie..
(Salasilah famili la pulak.. hehe)
That's why la Mimie ni minat dengan masakan chinese and aksesori chinese ni..
Kawan2 pun ramai chinese..
Hahaha

Nak kongsi sikit la rahsia jade ni..
Mana tau mommy2 and reader berminat dengan jade ni..

Jade dikatakan dapat membantu seseorang untuk relax dan bijaksana.
Disebut sebagai batu dengan keseimbangan yang sangat baik,
 menolong seseorang untuk menyelaraskan fikiran dan tindakan
serta mengatasi kekurangan praktis cara berfikir.

Beberapa khasiat pemakainya adalah untuk membaiki aura diri, kecantikan.
Bagi masyarakat Cina,
batu ini dipercayai ada kuasa Feng Shui iaitu mempunyai kuasa Qi Positif yang baik bagi tubuh badan.
Tubuh badan memerlukan keseimbangan.
Adalah dipercayai Jade ini berupaya memberi keseimbangan positif pada tubuh badan.

Jade adalah intisari dari cinta, dihargai sebagai batu yang istimewa.
Dipercayai bahwa beberapa rahsia kebajikan akan menyerap ke dalam tubuh.

Walaubagaimanapun,
Semua tu datang dari Allah SWT..
Namun tak salah jika kita beriktiar ke arah kebaikan
Tapi jangan sampai terpesong akidah ye kawan2..
(^_^)


My Jade (^_^)
Gift from Encik Hubby (^___^)


P/s: Bulan Mei ni Encik Hubby nak bawa Mimie and Batrisyia ke USS Singapore!!!
I Like! Like! Like!

Thursday, April 12, 2012

PLANNING FOR 2ND CHILDREN

Assalamualaikum my readers and mommy blogger..
Hari ni Mimie nak story about our planning children..

Memandangkan Batrisyia dah berumur 17 bulan sekarang..
My hubby and Mimie tengah planning for our 2nd baby..
Hopefully dipermudahkan..
Aminnnn...
(Nurul Akma, Azlina Zainal and Nik Syahida meh join tambah anak..)
(^________^)

Sebelum ni Mimie menggunakan perancang..
Mimie menggunakan suntikan 3 bulan sekali..
Mimie tak ambil pil sebab Mimie ni culas makan ubat..
Hahahaha

Suntikan ni menambahkan berat badan Mimie jugak..
Tapi nasib baik tak kembang semangkuk.. hehe
Baju2 kurung masa anak dara dulu still boleh pakai..

But i try to reduce my weight lagi..
Bukan ape, bak kata Encik hubby..
"Jaga badan untuk kesihatan sayang, nanti kesian kat baby tak selesa bergerak coz lemak banyak.."
Haahahaha
Tergelak Mimie dengan statement hubby ni..

Actually hubby Mimie tak kisah pun about fizikal ni..
Yang penting isteri die sihat..
Agree with my hubby..
Kalau dah gemuk macam2 penyakit datang..
Mula la ade kencing manis, darah tinggi..
Cegah sebelum kena walaupun Mimie takde keturunan darah tinggi and kencing manis..
Kalau dah kena nak jaga lagi susah..

Lagipun since anak dara lagi Mimie mementingkan kesihatan..
Aktif dengan sukan dan joging..
Kadang2 main badminton dengan Encik Hubby..
Batrisyia jadi pengadil.. hahaha
Kalau dah malas sangat sukan, Mimie akan sauna..
Sauna sendiri kat rumah..
Hubby cakap kalau tak pakai sauna yang beli mahal2 tu,
Encik Hubby nak bungkus simpan kat stor..
Hahaha
No.. No.. No..
Itulah alat pembakar lemak kesayangan Mimie..
Dah nak masuk 2 tahun dah alat sauna ni..
Tapi nampak macam baru coz jarang guna..
Masa awal2 dulu je rajin guna..
Hahahaha

Yang penting cantik untuk suami..
Takde la orang cakap dah kawin tak reti nak jaga badan..
Kesihatan paling diutamakan..
Itu yang penting..

Ok readers.
Jumpa lagi..
(^_^)

Latest Photo from us (^_^)

Wednesday, April 11, 2012

Yeah! Back @ Home

Alhamdulillah...
Sampai sudah @ my home sweet home..
Thank you my sweet hubby..
Bawa Mimie and Batrisyia pulang ke rumah dengan selamat..
Malam ni ayang bagi extra service massage untuk abang k..
Hehehe...

Rindunye kat rumah ni..
Lebih dari seminggu tinggalkan rumah ni..
Thank you to Encik Hubby coz jaga rumah dengan baik..
Lantai rumah bersilau bersih..
Hehehe...

Ok la..
Esok nak keje..
Papai...

Monday, April 9, 2012

TINDIK TELINGA SI COMEL (^___^)

Salam semua..
Hari ni Mimie and famili ade di Dungun..
Balik rumah my mother in law..
Hari ni hari kedua kami di Dungun..
Agenda balik Dungun kali ni ke Kedai Emas..
(Tiap kali balik Dungun mesti nak beli emas.. hahaha)

Actually hari ni kami nak tindik telinga Batrisyia..
So misi untuk hari ini telah berjaya dengan jayanya..
Mimie, Encik Hubby, Ummie and Batrisyia ke kedai emas..

Pegi ke kedai emas pertama..
Akak kedai tanye,
"Manja tak anak ni?"
Hurmm.. manja la jugak..
Anak sorang ni je setakat ni..
So boleh tahu la tahap kemanjaan ni.. hahaha
Akak kedai cakap kedai die tindik sebelah2..
Kalau manja takut anak tindik sebelah je..
sebelah lagi tak nak..
Susah jugak ni..
Takkan nak Batrisyia bertindik sebelah je.. hahaha
So akak tu cakap pegi kedai kat cawangan die satu lagi..
Kat situ boleh tindik dua2 belah serentak..
Kami terima cadangan tu..

Sampai kedai emas kedua Batrisyia merengek2 la pulak..
Taknak orang pegang telinga die..
Adoi.. Anakku sayang..
Dekat 20 minit dalam kedai tu Batrisyia tak nak tindik telinga..
So, kitaorang cakap nanti datang balik..
Encik Hubby pun pandu kereta ke nursery jual kedai bunga..
Ummie nak cari bunga..
Batrisyia pulak boleh tertido..
So bila anak dah tido ni,
Encik Hubby pandu kereta ke kedai emas semula selepas Ummie beli bunga..
Masa ni nak kejut memang tak sampai hati..
Mimie pun panggil orang dalam kedai emas and tanye dieorang..
"Boleh tak kalau saya nak mintak tindik dalam kereta?"
Alhamdulillah orang kat kedai emas ni nak..
So bermula la acara menindik ni..

Macam2 position pekerja kedai ni nak tindik telinga..
Al-Maklumla dalam kereta..
Hahahaha..
So dua orang pekerja kedai emas ni dah amik position masing2..
Dalam kiraan 1,2,3
Tang!!!
Terus subang ditindik serentak ke dua2 belah telinga Batrisyia..
Automatik Batrisyia bangun coz terkejut..
Terus nangis sambil pangil "Ayah.. Ayah..."
Alahai anak Mama..
Terus Mimie peluk..
Pastu tu dah ok..
Pengalaman tak mungkin lupa..
Mimie pun terkejut masa pekerja kedai tembak telinga anak Mama ni..
Alhamdulillah semua selesai..
(^__________^)

Posing dengan Mama (^_^)

Mama, Batrisyia and Nenek

Kenapa Mama dan Ayah bawa saya datang sini ek???

Sebelum kejadian (^_^)

Akak2 amik position untuk menindik (^_^)
Stand by untuk ditindik (^_^)

Telinga merah.. Anak ayah (^_^)
p/s: Kebahagiaan milik kami sekeluarga (^____^)

Saturday, April 7, 2012

MAJLIS DOA SELAMAT @ KUANTAN

Salam to all my readers..
Hari ni Abah dan Mama Mimie mengadakan kenduri kesyukuran..
Abah Mimie dah transfer ke Pahang..
(Dah 2 bulan bertukar.. hehehe)
So Abah buat majlis tahlil dan doa selamat..
Ramai sedara mara yang datang..
Al maklkumlah Abah Mimie orang pahang..
Semua adik beradik Abah datang menghadiri majlis..
Termasuk la sanak saudara..
Best sangat2..
Mana taknye..
Jumpa sepupu sepapat..
Teringat zaman anak dara dulu..
Gosip2 and story mory cerita masing2..
Kalau kitaorang rewang untuk kenduri sampai pagi..
Tak tido..
Kena kupas bawang la, potong lada la
Macam2 aktiviti dapur yang kitaorang kena settlekan..
Menu kenduri hari ni masakan pahang..
Cube teka..???
..........
..........
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK!!!
Best giler..
Semua adik beradik berkumpul hari ni..
Tu yang seronok tu..
MEMANG TERBAEKKK LA..
Anak2 Encik Sabri berkumpul..
Ok la..
Nak pi rehat..
Ponet den..
Hahahaha..
(^_^)


Our happy family (^___^)

With my Kak Long (^__^)

My Mum, Adik, Me and My Little Princess (^__^)

Me and Adik bongsuku, Cik Waniey ?(^___^)

Blissful Family (^_^)

p/s: Mimie nak balik Dungun esok (Rumah my mother in law).. Cuti sampai Rabu.. Jangan jeles k.. hahaha (>___<)


Wednesday, April 4, 2012

Thank You for Ur Support (^____^)

Assalamualaikum..
Hari ni Mimie sangat2 berterima kasih atas sokongan kawan2 dan keluarga..
Masing2 boleh menilai sendiri perkara baik dan buruk dalam kehidupan kita..
Dan masing2 boleh menilai karekter and diri manusia melalui penulisan yang dibuat..
Kepada semua kenalan Mimie terima kasih coz sudi menjadi follower Mimie dalam blog Mimie ni..
Terima kasih atas komen2 dalam post2 Mimie..

Kepada Encik Hubby yang membaca blog Mimie,
Terima kasih ye hubby..
Ur support more important than everything in world..

Hari ni Mimie happy sangat..
Breakfast masakan my mum..
Then,
Agenda hari ni dengan aktiviti tugasan luar daerah..
Hang out with ex-ofismate..
Call my mother in law..

Hari yang penuh rahmat..
Terima kasih Ya Allah kerana permudahkan segala urusan Mimie dan keluarga..

Ok la..
Jam dah pukul 1130 mlm..
Nak pi tido dgn my sweet daughter..
Lusa baru dapat tido dengan Encik Hubby..
Hehehe..
Jangan jeles tau..
Hahahaha

Monday, April 2, 2012

Selamat Sampai (^___^)

Alhamdulillah..Selamat sampai Kuantan..Keje di Kuantan untuk seminggu..Lucky me coz my Batrisyia ikut sama..So tak berjauhan dengan my princess ni..Now tengah rehat2 di rumah Abah and Mama Mimie..Still waiting my team work yang masih lagi dalam perjalanan..Sambil tu update jap my blog..To my hubby..Sorry coz kena tinggal sorang2..Tapi takpe..Hari Jumaat ni kita jumpa..Abang datang Kuantan amik sayang balik hari Ahad nanti..Lagipun ade kenduri kat umah Abah and Mama Mimie..Sebelum tinggal tu,Of coz la dah laksanakan tanggungjawab as ur wife kan hubby?Hehehe..Sayang dah gosokkan baju abang untuk seminggu bekerja..As usual..So,Nak rehat jap..Lagipun tgh lunch hour ni..Nak mamam masakan my Mum..Rindu wei...HahahahaPapai readers..

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG