Tuesday, April 17, 2012

Doakan Adik Azri Irfan Cepat Sembuh

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog..
Minggu lepas Hubby Mimie melawat Adik Azri Irfan bin Shamsuhaime. Ayah adik Azri Irfan (Kami panggil Abg Sham) ni merupakan kenalan kepada Hubby Mimie. Bestfriend Hubby Mimie. Setiap kali balik Terengganu rumah my in law, Kami akan belikan keropok keping dan keropok lekor untuk Abg Sham dan keluarga..

Namun disebalik kegembiraan keluarga Abg Sham, Mereka mengharungi dugaan terhadap anak ke empat mereka. Adik Azri Irfan. Adik Azri Irfan mempunyai komplikasi pada jantung berlubang, paru2 dan usus..

Ya Allah..
Berat sungguh dugaan yang ditanggung oleh adik Azri Irfan sekarang. Lupa nak tanye umur adik Azri Irfan ni. Tapi yang Mimie tahu tak sampai setahun. Beberapa bulan je umur anak kecil ni. Ibu kepada adik Azri ni dikatakan mengambil cuti tanpa gaji bagi memastikan anak kesayangannya mendapat penjagaan rapi. Adik Azri Irfan sekarang ada di Hospital Putrajaya. Dah lebih sebulan kat sini..

Hubby Mimie cakap adik Azri Irfan tak boleh terlalu sedih mahupun gembira sebab keadaannya akan tak stabil sekiranya perkara ni berlaku. Hubby cakap sedih tengok wayar kat anak kecil ni.

Ya Allah,
Sembuhkanlah adik Azri Irfan. Berikanlah anak kecil ni membesar seperti kanak2 sihat yang lain. Aminnn...

Kepada semua pembaca blog Mimie, mommy blogger, Doakanlah semoga adik Azri cepat sembuh. Kepada Abg Sham dan keluarga, Semoga tabah mengharungi dugaan ini. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Semoga adik Azri Irfan cepat sembuh..

10 comments:

  1. moga adik azri cepat sembuh..amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..
      Terima kasih bagi pihak keluarga adik azri..

      Delete
  2. Semoga Adik Azri cpt sembuh, dan parentsnya diberi Allah kekuatan tuk tabah dgn dugaan ni...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn..
      Semoga doa2 mommies semua diperkenan oleh Allah..

      Delete
  3. semoga malaikat kecil ini cepat sembuh..sedih nya tengok...salam dari mommy cha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn..
      TQ mommy cha.
      InsyaAllah bila ada kelapangan,
      Mimie akan melawat adik Azri dan sampaikan salam mommy cha..

      Delete
  4. mmg sedih bila bnyk wayar kt baby... :(
    smoga cepat sihat ye irfan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..
      InsyaAllah..
      Semoga Allah beri kekuatan kepada anak kecil ini..

      Delete
  5. Salam ziarah... MOga2 adik Azri Irfan cepat sembuh.. Kita doa sama2 ya..

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG