Monday, April 9, 2012

TINDIK TELINGA SI COMEL (^___^)

Salam semua..
Hari ni Mimie and famili ade di Dungun..
Balik rumah my mother in law..
Hari ni hari kedua kami di Dungun..
Agenda balik Dungun kali ni ke Kedai Emas..
(Tiap kali balik Dungun mesti nak beli emas.. hahaha)

Actually hari ni kami nak tindik telinga Batrisyia..
So misi untuk hari ini telah berjaya dengan jayanya..
Mimie, Encik Hubby, Ummie and Batrisyia ke kedai emas..

Pegi ke kedai emas pertama..
Akak kedai tanye,
"Manja tak anak ni?"
Hurmm.. manja la jugak..
Anak sorang ni je setakat ni..
So boleh tahu la tahap kemanjaan ni.. hahaha
Akak kedai cakap kedai die tindik sebelah2..
Kalau manja takut anak tindik sebelah je..
sebelah lagi tak nak..
Susah jugak ni..
Takkan nak Batrisyia bertindik sebelah je.. hahaha
So akak tu cakap pegi kedai kat cawangan die satu lagi..
Kat situ boleh tindik dua2 belah serentak..
Kami terima cadangan tu..

Sampai kedai emas kedua Batrisyia merengek2 la pulak..
Taknak orang pegang telinga die..
Adoi.. Anakku sayang..
Dekat 20 minit dalam kedai tu Batrisyia tak nak tindik telinga..
So, kitaorang cakap nanti datang balik..
Encik Hubby pun pandu kereta ke nursery jual kedai bunga..
Ummie nak cari bunga..
Batrisyia pulak boleh tertido..
So bila anak dah tido ni,
Encik Hubby pandu kereta ke kedai emas semula selepas Ummie beli bunga..
Masa ni nak kejut memang tak sampai hati..
Mimie pun panggil orang dalam kedai emas and tanye dieorang..
"Boleh tak kalau saya nak mintak tindik dalam kereta?"
Alhamdulillah orang kat kedai emas ni nak..
So bermula la acara menindik ni..

Macam2 position pekerja kedai ni nak tindik telinga..
Al-Maklumla dalam kereta..
Hahahaha..
So dua orang pekerja kedai emas ni dah amik position masing2..
Dalam kiraan 1,2,3
Tang!!!
Terus subang ditindik serentak ke dua2 belah telinga Batrisyia..
Automatik Batrisyia bangun coz terkejut..
Terus nangis sambil pangil "Ayah.. Ayah..."
Alahai anak Mama..
Terus Mimie peluk..
Pastu tu dah ok..
Pengalaman tak mungkin lupa..
Mimie pun terkejut masa pekerja kedai tembak telinga anak Mama ni..
Alhamdulillah semua selesai..
(^__________^)

Posing dengan Mama (^_^)

Mama, Batrisyia and Nenek

Kenapa Mama dan Ayah bawa saya datang sini ek???

Sebelum kejadian (^_^)

Akak2 amik position untuk menindik (^_^)
Stand by untuk ditindik (^_^)

Telinga merah.. Anak ayah (^_^)
p/s: Kebahagiaan milik kami sekeluarga (^____^)

No comments:

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG