Wednesday, May 30, 2012

Kesibukan Yang Melanda (T_T)

Salam semua pembaca blog Mimie..

Fuhh.. Fuhh.. Bersih habuk2 yang melekat kat blog ni. Hehehe.. Hampir seminggu tak update blog. Tak berkesempatan nak menulis. Ke-busy-an melanda semenjak dua menjak ni. Ofis sekarang sunyi. Ramai officer bercuti sempena cuti sekolah ni. So ade yang tanya Mimie tak cuti ker? Jawapannye ringkas, Saya takde anak sekolah. (^o^)

Hari sabtu lepas Mimie pergi kenduri kawen kawan sekolah teknik dulu. Encik Amir dah kawen. Mimie pergi dengan Batrisyia je sebab Encik Hubby duty Hari Belia Negara. So berbekalkan garmin memang amat susah nak meredah Klang berdua dengan Batrisyia. Akhirnya sampai jugak ke rumah pengantin. Niat di hati nak jumpa BFF (Puan Kema dan Puan Na). Tunggu punya tunggu still takde. Rupa2nya, tayar kereta Puan Kema  flat. Puan Na tak dapat dihubungi. So Mimie pun balik la. Sebenarnya sedih tak dapat jumpa BFF. Jeles tengok gambar korang dengan pengantin. Gambar Mimie takde.. Waaa.. Waa..

Balik dari kenduri singgah rumah along kat Putrajaya. Mama dan Abah masih kat rumah along. Seronok dengar cerita Mama yang baru balik dari umrah. Mama cakap dapat cium batu hajar aswad. Alhamdulillah. Mama juga doakan Mimie dan semua ahli keluarga. Bila dengar cerita Mama dan Adik2 Mimie yang dah pergi memang tak sabar nak ke sana. InsyaALLAH semoga diizinkan Allah.

P/s: Vacation for Father's Day next month.. (^_^)


Thursday, May 24, 2012

USS SINGAPORE ~~PART TWO~~

Salam semua,

Sorry lambat sikit update USS Singapore Part 2 ni. Ramai mommy tunggu tips nak bawa anak2 jalan2 sana kan. Sowiee sgt2 coz lewat sikit update. hehe..

Okay.. Kita sambung balik tentang USS Singapore ni. Sebelum ni Mimie update around Hollywood, Madagascar dan Far Far Away (Big castle).

After lunch kami bergerak ke The Lost World. Kat sini Batrisyia la yang paling2 seronok sekali. Mana taknye dapat main air. Semua orang tengok keletah si kecil ni. Sampai ada foreigner yang beriya-iya nak capture gambar Batrisyia. Sampai Batrisyia guling2 taknak gambar die disnap dengan orang yang die tak kenal.

Seronok tengok Batrisyia happy sangat2!!!

Aksi2 si kecil

Gembira sangat2..!!

The Lost World

Lepas puas dengan dinosur2 kat Jurassic Park ni, kami bergerak ke Egypt. Banyak ukiran batu besar2. Surau terletak kat kawasan sini. Cuma yang sedih, sebesar2 tempat ni, surau boleh muat 5 orang je solat dalam satu masa. siap laga2 montot. Memang sedih la. Beratur nak amik tempat untuk solat. Tapi tak kisah la. Janji tanggungjawab sebagai hamba mesti dilaksanakan.

Egypt best..!

Lepas solat kami ke ruang Sci-Fi City. Kat sini ada roller coaster. Huh..! Best giler. Yang paling best kat sini TRANSFORMER..!!! Mesti naik tau. Memang tak boleh nak cakap tahap best die. Tapi if ade anak kecik macam Mimie ni tak boleh bawa masuk. Die ada tahap ketinggian untuk masuk ke dalam ni. So, Mimie dan Encik Hubby bergilir masuk untuk jaga si comel kami. Mula2 Encik Hubby masuk, pastu baru Mimie masuk pulak.

Transformer sangat mengujakan!

Mama, saya tak cukup tinggi nak masuk tgk transformer
Sampai KL pun tak abis minum lagi. Kekeke

Last sekali kami ke New York Town. Masa ni ada perarakan icon2 Universal Studio. Time ni Batrisyia dah tido kali ke berapa ntah. Hehe..

Perarakan icon2 USS Singapore

Amoi Tantek kepenatan

Pastu lebih kurang jam 0830 malam kami naik train ke Beach station. Kat sini bas pick up kitaorang lebih kurang jam 0915 malam. Lepas tu kami tak balik lagi.. huhu

Lepas naik bas, kami terus ke Sky Park Marina Bay.. Cantik betul panorama waktu malam. Tengok Singa keluarkan air dari mulut.. hehe.. Pastu yang nampak kagum, ada satu bangunan yang nampak macam kapal besar terletak atas bangunan tu. Masa ni dah malam sangat. Batrisyia pun dah tido. so tak posing2. Encik Hubby just snap gambar. Lebih kurang 1130 malam baru kami meninggalkan Singapore dan terus pulang ke Kuala Lumpur.

Hubby snap gambar malam tu (^_^)

Memang trip yang memenatkan. Tapi kami semua sangat2 seronok dan enjoy. Next year nak Vacation abroad lagi if ade rezeki. Aminnn...

Wednesday, May 23, 2012

Himpunan Jutaan Belia 2012 ~ 23-27 Mei 2012

Salam all..

Hari ni tak update pasal USS lagi. Nanti Mimie update okay. Hari ni Mimie nak update tentang Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya sempena Hari Belia Negara bermula hari ini 23.05.2012 sehingga 27.05.2012.

Banyak program yang disediakan kepada semua yang hadir. Seperti tahun2 sebelum ni, Jom Heboh juga turut serta dalam Himpunan Jutaan Belia 2012. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Himpunan Jutaan Belia ni, you all just klik kat SINI OKAY

So, Hubby Mimie akan menjadi terlebih2 sibuk sebab ni program Kementerian die. Ayookk..! Mesti lagi lewat balik sepanjang Hari Belia Negara ni berlangsung.

Sape2 yang duk kat Putrajaya, pagi ni ada agihan susu percuma buat semua yang hadir ke Presint 3, Putrajaya (Mimie tak pergi la. sesak and susah nak park kereta kat sana) Sape2 yang ofis dekat dengan kawasan tu boleh la join. hehe


p/s: Seronoknya Mama dan Adik dah nak balik Umrah this week.. (^_^)

Tuesday, May 22, 2012

SELAMAT DATANG BULAN REJAB

Alhamdulillah.. Rejab telah tiba. Ni bermakna lagi 60 hari lagi menjelang bulan Ramadhan. Hari ni Mimie bangun untuk menyediakan sahur untuk Mimie dan suami tercinta. Batrisyia pun bangun menemani Mama dan Ayahnya bersahur. Semoga kami, keluarga kami, guru2 kami, sahabat handai kami sentiasa dirahmati Allah SWT. Aminnn...


Kelebihan lain bulan Rejab

  1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
     
  2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
     
  3. Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
     
  4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
     
  5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
     
  6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
     
  7. Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
     
  8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab

  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir 
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat 
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya 
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab
  1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj) 
  3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Monday, May 21, 2012

USS Singapore ~~Part One~~

Salam semua..

USS Singapore

USS Singapore! Best! Best! Best!

1st sekali Mimie nak ucap terima kasih banyak2 to Encik Hubby coz bawa Mimie dan anakanda ke USS Singapore. Memang enjoy sangat2. Kami bertolak jam 1200 tgh malam. So sampai Gelang Patah lebih kurang jam 0630 pagi. Lepas solat Subuh dan breakfast kat R&R Gelang Patah, kami bertolak ke Imigresen lebih kurang jam 0830 pagi.

Urusan Imigresen di Malaysia memang takde masalah. Tapi nak masuk Singapore leceh sikit. Tak sesempoi masuk Indonesia or Thailand. Nak masuk Singapore memang ketat sikit. Even nasi ayam pun tak boleh masuk. Pelik kan? Tapi nak masuk ke negara orang mesti la ikut rule dieorang. Kalau ade hubby yang merokok (Hubby Mimie tak merokok) make sure rokok tu dah buka dan dah hisap walaupun sebatang sebab kalau rokok tak buka lagi dieorang akan kenakan cukai.

Kami masuk Singapore lebih kurang jam 1000 pagi. Kami naik bas terus ke USS Singapore. Kami stay dalam Universal Studio Singapore ni sampai 0830 malam. Lama kan..?? Sebab best sangat tau. Perkara pertama masa masuk USS, make sure you all amik pamplet dulu. Ia memudahkan perjalanan dan perancangan semasa dalam USS.

We're Far Away~~

OMG...!!! Shrek 4D is the best!

Yang best dalam USS ni, kami tengok Shrek 4D. Memang best giler. Siap ade effect air percik ke muka dan kerusi bergerak seperti menunggang kuda. Sebelum masuk dalam panggung Shrek 4D, Batrisyia nak je pakai cermin mata 4D. Bila masuk dalam tengok pergerakan shrek and ghost, Batrisyia takut dan tak nak pakai cermin mata 4D. Sekejap duk atas riba Mimie, sekejap duk atas riba Encik Hubby. Hai anakanda ku ni..

Our lunch~~
Lepas tonton Shrek 4D, kami lunch kat restoran depan panggung Shrek ni. Make sure tengok restoran dalam pamplet yang ada tanda halal. Memudahkan you all nak makan tanpa ragu2 okay.
 
Aksi si cilik (^_^)


Here we are~~
Hepi~

Ni baru part one. Nanti Mimie update lagi. Banyak lagi nak story. Just wait okay. (^_^)




Thursday, May 17, 2012

Manusia Yang Perasan Bagus

Salam semua,


Hari ni Mimie nak story tentang seorang manusia yang merasa dirinya hebat, perasan bagus, rasa diri sentiasa perfect, memandang pangkat dan status dan sebagainya. Bagi Mimie ni sifat2 jelik. (Huh..! Menyampah betul dengan orang macam ni)

Pernah dengar orang mengomel "Awak tu gred berapa? Belajar tinggi mana? Dah kerja berapa lama?". Menyampah betul Mimie dengar ayat ni. Walaupun ayat ni bukan ditujukan pada Mimie tapi sebagai sesama manusia patut ke ko keluarkan statement macam ni. Apalah sangat pandangan orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?. Yang menilai itu Allah dan bukannya manusia okay? So nak remind sikit la kat mok cik ni (tak tau la mok cik ni nak baca ke tak kan..?),

'Manusia semuanya sama di mata Allah, Tak kira pangkat, kedudukan, pelajaran setinggi gunung. Yang membezakan sesama manusia adalah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah'.

Bagi Mimie orang seperti ni sebenarnya adalah orang yang tak bersyukur dengan kurniaan Allah. Dan terasa dirinya Bajet Bagus. Huh! Alergik sungguh Mimie dengan manusia macam ni. Lagi satu, Mimie paling pantang dengan manusia yang suka membanding2kan diri dengan orang lain. Don’t compare your life to others. You have no idea what their JOURNEY is all about

Alhamdulillah Mimie sudah cukup bersyukur dengan kehidupan sekarang. Semoga Allah jauhkan Mimie dengan sifat2 macam ni. Duhai hati, janganlah terkorban dengan DUNIA. Hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.


Note: Life is too short to waste time hating anyone


~~~USS Singapore.. Mood: happy~~~


Tuesday, May 15, 2012

Flashlight Earpick (^_^)

Salam semua..

Hari Jumaat minggu lepas Mimie shopping online lagi (malas nak menapak ke kedai mencari barang yang dikehendaki.. hehe). Kali ni Mimie beli flashlight earpick. Operasi dimulakan dengan anak sedara Mimie yang datang ke rumah Mimie (Ni kes Batrisyia tak nak dikorek telinga, so Qaseh menjadi mangsa). Habis licin telinga anak sedara (Puteri Qaseh Qaisara).

Bila Encik Hubby tercinta pulang dari kerja, Mimie attack telinga Encik Hubby pulak. haha. Encik Hubby cakap "Shopping online lagi ke sayang?" Tersengih2 la Mimie kat hubby tercinta ni. Hehehe..

Encik Hubby ni bukan main suka la telinga dah bersih. Cuma anakanda tercinta je tak nak jugak dikorek telinga. So malam tadi masa si kecil ni tengah tido baru Mimie korekkan telinga. Lega sangat telinga suami dan anakanda ni bersih. Tapi sape nak bersih telinga Mimie..?? (Encik Hubby tak berani nak korek.. Adoiyai..). Alamatnya kena korek sendiri ye Puan Mimie..

Opsss.. Lupa nak bagi info tentang flashlight earpick ni. Harga die murah je Mimie beli melalui online. RM3/pcs. So Mimie beli sepuluh (Tak agak2 kan..???) Satu nak bagi kak long Mimie, 2 lagi nak bagi kakak ipar Mimie. Yang lain tak tau lagi nak bagi sape (Mommy nak x?). Flashlight earpick ni ade lampu. So boleh suluh sampai dan nampak segala isi telinga. hehehe. Tak tajam dan selamat untuk digunakan untuk anak kita.

Ni la rupanye flashlight earpick..

ade lampu.. (^_^)

Ada banyak warna

Monday, May 14, 2012

UMRAH BUAT MAMA, ACHIK DAN ADIK

Assalamualaikum semua..

Hari ni Mimie cuti dan berada di rumah. Pagi tadi Mimie bangun seperti biasa pada jam 5 pagi dan menyiapkan sarapan. Sarapan buat semua adik beradik Mimie dan Abah serta Mama yang datang bermalam di rumah Mimie.

Selepas semua bersarapan, Kami semua bertolak ke KLIA bagi menghantar Mama dan 2 adik Mimie mengerjakan Umrah. Alhamdulillah. Mama orang yang paling seronok sebab ini kali kedua Mama akan memijakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Sepatutnya Abah pergi sekali. Tetapi atas sebab kekangan kerja yang tidak dapat dielakkan menyebabkan Abah tidak dapat menyertai Umrah bersama Mama dan 2 adik Mimie.

Semoga ibadah Mama, Achik dan Adik diterima dengan Allah. Aminn.. Semoga kami sekeluarga dilindungi Allah dan dijauhkan dari perkara2 buruk. Amiinn..

Papai.. (T_T)

Achik, Mama, Adik and 2 little princess


My Mama and Adik (^_^)


Si kecil yang rajin menarik luggage


Abah semakin chubby semenjak jadi Pengarah State ni.. hehe


My love Mama dan Abah. (^_^)

Selamat menjalani ibadah Umrah Mama, Achik dan Adik. Doakan Angah (Mimie) sentiasa bahagia bersama keluarga dan dilimpahkan rezeki serta kesihatan sekeluarga. Aminn..

Sunday, May 13, 2012

Happy Mother's Day

Mawar Putih Buat Mama

Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku


Happy Mother's Day Mimie ucapkan buat semua Mama, Ibu, Mommy, Ummie, Bonda di luar sana. Terutama sekali kepada semua mommy blogger yang Rajin mengunjungi blog Mimie.

Mimie nak ucapkan selamat hari ibu buat Mama Mimie and Ummie Mimie. Selamat hari ibu buat kalian berdua. Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kedua ibu2 Mimie ni. Malam tadi tepat 12 malam, Encik Hubby wish HAPPY MOTHER'S DAY SAYANG sambil mengucup dahi Mimie.

Ya Allah.. Jadikan hambaMu mama yang terbaik buat anak kami. Semoga kami suami isteri sentiasa menjadi Mama dan Ayah yang terbaik untuk anak-anak kami.. Aminnnn....

Terima kasih buat suamiku kerana menjadikan Mimie Mama kepada anak kita.

Terima kasih buat Mama yang mendidik Mimie dengan akhlak dan nilai yang baik.

Terima kasih Ummie menyayangi Mimie seperti anak Ummie sendiri.

Terima kasih Ya Allah atas anugerah yang Engkau kurniakan kepada diri ini dan keluarga kami..

Alhamdulillah.....

Friday, May 11, 2012

Botol Philips Avent Batrisyia yang ke 4 dan 5

Hello frenz..

Semalam Mimie terima satu bungkusan. Excited yang amat. Huhu. Hari Rabu (2 hari lepas), Mimie order Philips Avent: PES Feeding Bottle (260ml/9oz) - 2 bottles (BPA FREE) dari Nuriz. Aish! Lama betul tak shopping online ni. This year ni la 1st time (jimat masa dan tenaga. Just click mana berkenan and bayar online payment terus..

Last year bukan main lagi shopping online baju2, busha, leging untuk Batrisyia. Bila Batrisyia dah makin membesar ni, shopping kat kedai je (ukur terus pada badan anak). Yang best sangat2 tu Hari Rabu order, semalam (Khamis) barang dah sampai. Memang syok sangat.


Yeah! Sampai barang anak Mama


Batrisyia buka present die (^_^)

Philips Avent: PES Feeding Bottle (260ml/9oz)


Batrisyia masa mula2 lahir, kami suami isteri ni menggunakan botol susu kaca untuk anak kami. Tapi sejak umur Batrisyia 8 bulan kami tukar kepada Philips Avent Bottle ni. Bukan apa, semakin besar ni risau if botol tu dicampaknya kang pecah. That's why la tukar kepada botol BPA free ni.


Selain tu, Mimie order Philips Avent: Thermal Bag. Beg ni boleh tahan kesuaman susu selama 4 jam. So amat sesuai untuk di bawa travel. Beg ni muat 2 botol susu dalam satu masa. 


Philips Avent: Thermal Bag

Nak bawa travel next week to Singapore (^_^)

Puteri mama yang comel ni.. (^_^)


Niat di hati ada satu lagi barang nak amik dengan Nuriz ni. Nak beli Philips Avent 3 in 1 Steriliser or Philips Avent Microwave Steriliser Starter Set. Conpius! Rasa2 macam nak amik Philips Avent 3 in 1 Steriliser.


Philips Avent 3 in 1 Steriliser

Philips Avent Microwave Steriliser Starter Set



Thursday, May 10, 2012

SIZZLING MEE (^_^)

Hai semua..
Lama dah Mimie tak update resepi dalam blog Mimie ni. Blog lama Mimie yang telah hilang dulu banyak koleksi resepi yang Mimie share. Semua masakan yang Mimie cuba buat dan berjaya, Mimie akan upload untuk dikongsi bersama readers semua. Resepi ni Mimie ambil dari TQ SINI

Ni adalah step Mimie mask dan berjaya membuat sizzling mee sama rasa macam kat kedai tu.. So lepas ni tak payah order kat kedai lagi.. Hehehe

BAHAN-BAHANNYA:

Cendawan kering


Cendawan kering ni bayak kat hypermarket
Giant
Tesco





Rendam 6 biji cendawan sehingga lembut




Rendam sampai lembut. Mimie rendam 20minit sebelum masak





Halia, Bawang Putih dan cili kering


Hiris 1/2 inci halia,
5 ulas bawang putih
dan 3 tangkai cili kering (dipotong dua)





Cendawan tadi dipotong 4




Cendawan dipotong 4. Kalau besar sangat tak cantik bila masak.





Ayam bahagian dada



Ayam dipotong dadu. Mimie ambil bahagian isi supaya Batrisyia senang nak makan, Takde tulang. Hehehe





Lada hitam



Mimie guna 1 1/2 sudu teh lada hitam. Kalau suka makan lada hitam banyak2 boleh letak extra. Mimie tak letak banyak sebab Batrisyia nak makan jugak.





Minyak bijan, sos tiram, kicap cair, kicap pekat

2 sudu kicap cair,
1 sudu kicap pekat,
2 sudu sos tiram
3 titik minyak bijan (Mimie guna minyak bijan brand Knife. Kebanyakkan kat pasaran banyak keluaran cina)






CARA-CARA MEMASAK:

Panaskan minyak



3 sudu besar minyak masak dipanaskan






Tumis halia, bawang putih dan cili kering




Tumis bahan2 ni sampai naik bau.





Masukkan ayam



Masukkan ayam dan masak ayam sebentar.






Masukkan 2 cawan air




Masukkan 2 cawan air dan kicap2 tadi. Biar sehingga mendidih.





masukkan cendawan



Masukkan cendawan yang dah lembut.





tepung jagung+air



Selepas cendawan nampak sekata. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk pekatkan kuah sizzling ni.






Ni mee sanggul.. hehehe



Panaskan kuali dan masukkan mee sanggul






Curahkan kuah tadi atas mee




Curahkan kuah atas mee ni. Kuah ni tak perlu garam coz kicap2 ni dah cukup rasa dengan masin





Siap untuk disantap




 Siap dinner kami untuk malam tadi. (^_^)







Encik Hubby sangat suka dan cakap sedap sangat dan mintak next time lebihkan kuah lagi (mee sudah kembang tunggu abang balik dari kerja). Hahaha. Next time sayang extrakan lagi kuah ni ek. Ni just intro. Buat sikit dulu takut tak jadi. Hehehe.

Presentation makanan ni untuk makan biase2 dengan Encik Suami. I'm not a master chef but i'm always a chef to hubby and my kid.


WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG