Thursday, May 3, 2012

Hubby Got A Fever (T_T)


 Salam semua..
Malam tadi Encik Hubby balik kerja lewat. Balik dalam keadaan menggigil kesejukan. Nak kata hujan kat luar malam tadi takde pulak. Bila rasa badan, Ya ALLAH... Panasnya badan suami tercinta. Time ni sibuk cari alat themometer.. Tak jumpa. Adoi.. Ni mesti si kecil main letak kat mana ntah (Time nak semua tak jumpa.. Kalau taknak ade je nampak..)

Malam tadi bukakan stoking suami pulang dari kerja. Kemudian sediakan nasi untuk makan malam (Time sakit ni Encik suami sangat2 manja.. Makan bersuap). Kemudian lepas makan bagi makan ubat demam. Pastu Mimie siapkan barang2 si kecil ni (prepare untuk si kecil mintak susu tengah malam). Semua peralatan susu bawa naik ke master bedroom (Malas nak turun tengah2 malam ke dapur untuk buat susu.. Rumah double story macam ni la)

Pastu Mimie ajak Encik Hubby naik tido di bilik. Selepas Encik Hubby solat Isyak, Mimie letakkan cool fever. Sangat2 panas badannya. Encik Hubby ni bukan nak gi klinik or Hospital. Tengah malam Batrisiya mintak susu. Jam 12 tgh malam. Alang2 dah bangun lepas susukan Batrisyia, Mimie picitkan suami tercinta ni. Badan pun tak surut lagi demam. Then, Mimie terjaga lagi jam 4 pagi. Rasa badan suami tak jugak kebah demam tu. Mimie picit2 lagi badan suami sampai tertido.

Pagi ini Mimie siapkan bubur ayam untuk suami. Lepas makan bubur ayam, Mimie bagi makan ubat. Mimie ajak pergi klinik, Encik Hubby ni taknak. Mimie siap2 untuk pergi kerja. Encik Hubby tanya, "Sayang nak pergi kerja jugak ke?" Alahai.. Sebak sekejap. Mimie cakap "Sayang akan balik awal". Encik Hubby ni sangat2 manja time sakit (Sebab jarang sakit, so bila sakit tersangat2 la manjanya mengalahkan Batrisyia..)

Ni tengah risaukan Encik Hubby di rumah. Mimie hantar batrisyia ke nursery. Hope Encik Hubby dapat berehat sepenuhnya. Cepat sembuh ye sayang..

P/s: Minggu lepas Batrisyia demam. Minggu ni Encik Hubby pulak demam. (T_T)


5 comments:

  1. cuaca skng len mcm... panasssss pastu hujan...

    mimie pon kena jaga kesihatan sementara tunggu husband sihat yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Lia..
      Tu la. Cuaca tak menentu..
      4.30 nak chow balik..
      menghitung masa je ni..

      Delete
  2. jgn akak plak yg dmam lps ni dah la...
    nnti kn nk pgi vacay...
    smoga smuanya sihat2 je nnti...
    take a good care of ur family kak! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sya..
      Akak risau jugak dgn hubby akak sorg2 kat rumah.
      Hope tak berjangkit dgn akak pulak..
      Risau jugak dgn cuaca skrg ni.
      kejap panas, kejap hujan..

      Delete
  3. aah cuaca skrg xmnentu sgt kn..
    tu la, kna bjaga2 la akak lps ni ye..

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG