Thursday, May 10, 2012

SIZZLING MEE (^_^)

Hai semua..
Lama dah Mimie tak update resepi dalam blog Mimie ni. Blog lama Mimie yang telah hilang dulu banyak koleksi resepi yang Mimie share. Semua masakan yang Mimie cuba buat dan berjaya, Mimie akan upload untuk dikongsi bersama readers semua. Resepi ni Mimie ambil dari TQ SINI

Ni adalah step Mimie mask dan berjaya membuat sizzling mee sama rasa macam kat kedai tu.. So lepas ni tak payah order kat kedai lagi.. Hehehe

BAHAN-BAHANNYA:

Cendawan kering


Cendawan kering ni bayak kat hypermarket
Giant
Tesco





Rendam 6 biji cendawan sehingga lembut




Rendam sampai lembut. Mimie rendam 20minit sebelum masak





Halia, Bawang Putih dan cili kering


Hiris 1/2 inci halia,
5 ulas bawang putih
dan 3 tangkai cili kering (dipotong dua)





Cendawan tadi dipotong 4




Cendawan dipotong 4. Kalau besar sangat tak cantik bila masak.





Ayam bahagian dada



Ayam dipotong dadu. Mimie ambil bahagian isi supaya Batrisyia senang nak makan, Takde tulang. Hehehe





Lada hitam



Mimie guna 1 1/2 sudu teh lada hitam. Kalau suka makan lada hitam banyak2 boleh letak extra. Mimie tak letak banyak sebab Batrisyia nak makan jugak.





Minyak bijan, sos tiram, kicap cair, kicap pekat

2 sudu kicap cair,
1 sudu kicap pekat,
2 sudu sos tiram
3 titik minyak bijan (Mimie guna minyak bijan brand Knife. Kebanyakkan kat pasaran banyak keluaran cina)






CARA-CARA MEMASAK:

Panaskan minyak



3 sudu besar minyak masak dipanaskan






Tumis halia, bawang putih dan cili kering




Tumis bahan2 ni sampai naik bau.





Masukkan ayam



Masukkan ayam dan masak ayam sebentar.






Masukkan 2 cawan air




Masukkan 2 cawan air dan kicap2 tadi. Biar sehingga mendidih.





masukkan cendawan



Masukkan cendawan yang dah lembut.





tepung jagung+air



Selepas cendawan nampak sekata. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk pekatkan kuah sizzling ni.






Ni mee sanggul.. hehehe



Panaskan kuali dan masukkan mee sanggul






Curahkan kuah tadi atas mee




Curahkan kuah atas mee ni. Kuah ni tak perlu garam coz kicap2 ni dah cukup rasa dengan masin





Siap untuk disantap




 Siap dinner kami untuk malam tadi. (^_^)







Encik Hubby sangat suka dan cakap sedap sangat dan mintak next time lebihkan kuah lagi (mee sudah kembang tunggu abang balik dari kerja). Hahaha. Next time sayang extrakan lagi kuah ni ek. Ni just intro. Buat sikit dulu takut tak jadi. Hehehe.

Presentation makanan ni untuk makan biase2 dengan Encik Suami. I'm not a master chef but i'm always a chef to hubby and my kid.


2 comments:

  1. Best2....sizzling sedap mkn panas2....

    ReplyDelete
  2. Mmg sedap Na. Sama rasa macam kedai. Abg tajul and Batrisyia pun suka.

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG