Thursday, June 28, 2012

Jeng.. Jeng.. Jeng...

Salam blogger..

Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk ape. Hehehe.. Tapi Jeng.. Jeng.. Jeng.. Macam suprise je bunyi dier.. Ni kisahnya..

Semalam balik kerja Mr. Tajul dah sampai rumah awal. Dah dua hari Mr. Tajul sampai rumah awal. Ni sebab Mr. Tajul berkursus selama 3 hari. Area kursus pulak tu tak jauh dari rumah. So petang semalam lepas Mimie balik kerja aktiviti biasa setiap hari adalah memasak.

So, lepas siap masak dan solat maghrib, Mr. Tajul cakap "Sayang, lepas dinner siap2 la. Abang nak bawa sayang dan anak keluar.." Hurmm.. Excited Mimie. Mana taknye. Jarang2 Mr. Tajul ni nak ajak keluar tiba2. So lepas dinner tu Mimie dan Batrisyia pun siap2.

Masa dalam kereta tu tanya la Mr. Tajul, "Abang nak bawa pergi mana..?" Memang penuh pertanyaan la. Mr. Tajul ni boleh tersenyum2. Macam2 teka semua salah. Bajet nak bawa shopping barang ke apa.. Then tiba2 Mr. Tajul ni berenti tepi jalan. Betul2 sebeah kedai buah. Rupa-rupanya suami tercinta ni bawa Mimie dan Batrisyia makan DURIANN..

Hehehe.. Nak tergelak pun ada. La.. Ni rupanya suprise abang tu yek.. Mr. Tajul belanja makan musang king. Sekilo RM30-40. Huh.. Puas hati makan. Tapi tak makan banyak sangat. 2 biji je untuk kami berdua coz dah kenyang makan nasi masa dinner tadi. Batrisyia pulak tak makan durian. Tapi si kecil ni suka buah manggis.

Mr. Tajul yang tercinta (^_^)

Pilih bang.. Pilih..

Musang King

Sedap betul isi yang kuning ini.. (^_^)

Wednesday, June 27, 2012

Batrisyia Mewarna

Salam blogger..

Semalam Batrisyia belajar mewarna di sekolah. Walaupun si kecil ni baru berusia 1 tahun 7 bulan tapi bila duduk kat nursery sudah diberi pendedahan awal kepada pembelajaran.

Seronok sangat Mama tengok hasil karya anak Mama ni. Karya anak Mama yang paling cantik buat Mama dan Ayah. Nanti Mama bagi present pensel warna dan buku warna. Hehehe

Tersenyum Mimie masa mula2 tengok lukisan ni. (^_^)

Sebelum ni Batrisyia suka ambil pen dari pencil case Mama dan conteng buku study Mama. Hahaha.. (^_^). Anak yang pintar. Mama dan Ayah sayang Batrisyia..

P/s: Hobi terbaru Batrisyia semenjak ada library ni adalah membaca. Mama yang bacakan sambil kena buat aksi2 sambil bercerita. Batrisyia sangat seronok dan tiru aksi Mama semula. Anak Pintar..

Tuesday, June 26, 2012

Putrajaya Floria 2012

Hujung minggu ni dah ada aktiviti bersama keluarga.. Pesta Floria kembali lagi. Setiap tahun kami sekeluarga datang sini. Seronok dengan hiasan bunga2 segar ni. Boleh la cari pokok2 untuk tambah koleksi di mini garden kat rumah kami. hehehe

Floria 2012 ni bermula pada 30 June - 8 July 2012 di Presint 2 Putrajaya. Tema tahun ni adalah Bougainvillea - Enduring Beauty. Tak sabar nak tengok macam mana sambutan tahun ni. Hehehe..

Festival Bunga & Taman Putrajaya 2012
Tarikh:
30 Jun - 8 Julai 2012
Tempat:
Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya
Tema:
Bunga Kertas - Tetap Menawan

Batrisyia mesti suka. Sekarang dah makin petah bercakap. Si kecil ni bila nampak bunga dengan comelnya akan sebut "flower.." Wahh..!!! Cute anak mama ni... (^_^)

Anak dara Mama yang pintar (^_^)

Sunday, June 24, 2012

Mini Library @ Home

Salam ahad semua..

Seronoknye berehat bersama keluarga di hujung minggu ni.. Semalam Mimie dan Mr. Tajul cari sebuah almari untuk menyiapkan mini library. Alhamdulillah. Dengan adanya sudut membaca ni, anakanda Batrisyia rajin menyelak2 buku. Hope jadi ulat buku ye sayang. Ilmu untuk dunia akhirat.

Semalam bertungkus lumus mengemas buku2 untuk diletak dalam almari ni. Banyak lagi kosong dalam ruangan rak buku ni. Ada buku, agama, buku2 business, akaun, psikologi, majalah2, Linguaphone, novel dan english education untuk Batrisyia bersama Noddy.

Mini library @ Home Sweet Home

p/s: hope anakanda tercinta menjadi anak solehah dan cemerlang dunia dan akhirat..

Wednesday, June 20, 2012

Pisang Goreng Crispy dan Sambal Kicap

Salam reader semua..

Petang-petang sedapkan makan pisang goreng dengan air teh O panas.. Balik dari Gold Coast Morib hari Isnin baru2 ni, kami sekeluarga singgah kat kedai jual buah-buahan tepi jalan. Tengok pisang tanduk punyer beso tergantung kat depan kedai. Fuhh..! Dapat goreng memang sodap.. (^_^)

Melon ni sedap jugak.. Hehe

Nangka Madu pun sedap. Buat makan dalam kereta (^o^)

Pilih la buah tu ye Puan Mimie

Dah beli.. Jom balik (^_^)

So petang tu sesampai je kat rumah, lepas keluarkan barang dari kereta, Mr. Tajul kepenatan. So tertido la dengan Batrisyia depan TV. Alahai anak dan ayah ni.. sepesen je tido. Mimie jugak tak boleh tido. So merajinkan diri buat minum petang. Mimie buat pisang tanduk goreng dan cicah dengan sambal kicap.

Ni la rupernye pisang tanduk selepas digoreng.. Yum Yum..

Resepinya:
Tepung Pisang Goreng

Bahan-Bahan
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit garam
1 biji pisang tanduk

Cara-Cara:
Masukkan semua bahan di atas dan gaul sehingga sebati.
Masukkan pisang yang telah dipotong nipis-nipis
Panaskan kuali dan goreng pisang sehingga kuning keemasan.

Sambal Kicap

Bahan-bahan
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi
1/2 sudu teh gula
4 sudu kicap pekat manis

Cara-Cara:
Tumbuk bawang putih, cili padi dan gula sehingga lumat
Kemudian masukkan kicap pekat.
Kacau sehingga sebati.
Siap.


Tuesday, June 19, 2012

Water Theme Park Gold Coast Morib

Hai readers..
Ade mommy2 tanye tentang Water Theme Park kat Gold Coast Morib ni. So Mimie sambung story terus la. Hehehe.. Ni hari kedua kami di Gold Coast Morib. Syok sangat. Just enjoy our pics....

Mula2 sekali breakfast dulu sebelum main air.. syoknye....

Breakfast Batrisyia

Air oren syedapp..

Jom Mamam (^_^)

Auummmm...

Mama dan Batrisyia

Mama... Syedaapp

Waffer..

Makan sendiri (^_^)

Entrance Water Theme Park
  
Main air!!!

Naik tangga nak luncur air (^_^)

Batrisyia tak takut pun..

Nak turun ni...

Yeahhh...!!!


Best (^_^)

Luncur lagi

Suke betul si kecil ni

Water team park view dari bilik kami

Mama dan Batrisyia

Main air

Belajar berenang.. hehe

Seronok.. (^_^)

Payung cendawan

Menara luncur (^_^)

Yeah..!!!

Syookknye...

Payung air

Ayah dan Anak

Batrisyia nak luncur dengan ayah

Steady anak Mama

Wahhhh....!!!

Dusshhh...!!!

Seronok betul si kecil ni

Luncur dengan ayah lagi

Yeaahhh!!!

Buussshhhh!!!

Squirrel (^_^)

Memang seronok untuk percutian keluarga.. Tak rugi datang sini dengan family. Sangat2 enjoy. Terima kasih Mr. Tajul bawa Mama dan Batrisyia jalan2.. Happy Father's Day (^_^)


Father's Day Celebration (^_^)

Hari ni baru masuk ofis selepas seminggu bercuti bersama keluarga. Baru dapat update blog. Dah lama tak masuk ofis so sedikit bz menyiapkan kerja2 yang tertunggak pada waktu pagi. Ni dah free sikit. So boleh la update story percutian kami.

Sempena Hari Bapa hari Ahad baru2 ni, Mimie telah beli package percutian di Gold Coast Morib untuk Mr. Tajul tercinta dan anakanda kami. Alhamdulillah. Perjalanan dan program yang dirancang berjalan dengan lancar. So Mimie nak update gambar2 percutian kami. We look red!!!! (^_^)

Selamat sampai (^_^)

Check in~~

Water theme park tickets

Water theme park

Our room (^_^)

Jacuzzi bath

Window in room

Pantai Morib

Mama dan Batrisyia

Ayah dan Batrisyia

Mama

Takut ombak

Berlari2 di tepian pantai.. Cewaah!

Ayah dan Anak

Main pasir (^_^)

My family

3 of us

Mama dan Batrisyia

With red atok (^_^)

Ayah (^_^)

Our dinner @ hotel

Ayah dapat gift

Ayah and his gift

Father's Day Gift

Batrisyia takut dengan gift ayah

Mama pinjam gift ayah jap (^_^)

@ Lobby hotel


p/s: Banyak sangat gambar. Nanti update next day pulak. Kitaorang main air kat water theme park ni. Hehehe. Really enjoy this vacation. (^_^)
WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG