Friday, June 8, 2012

Butter Prawn (^_^)

Salam semua..

Dua hari lepas tong gas kat rumah abis (menunjukkan aktiviti memasak Mimie semakin aktif .. kuang.. kuang.. kuang). So semalam balik dari kerja Encik Hubby belikan tong gas baru. 2 tong gas terus beli. Ni kes emergency tong gas yang duk dalam stor pun dah abis.

Oleh sebab semangat nak memasak sebab dua hari tertunda aktiviti memasak, Mimie pun mencari-cari resepi di internet. Kat rumah ada udang XXL beli kat Tesco.So Mimie belajar buat Butter prawn. Resepi Mimie dapatkan KLIK DI SINI Terima kasih~~~

Ni la rupa butter prawn Mimie masak (^_^)



BAHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor udang bersaiz besar, bersihkan, cuci dan toskan
Sedikit garam dan lada sulah
1 biji telur, dipukul sedikit
1 tangkai daun kari, diasingkan dari tangkainya
5-6 biji cili padi, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar mentega
1 camca besar susu sejat

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/2 cawan), sediakan senduk (guna senduk stainless steel yang bertangkai panjang), kacau perlahan minyak tadi dan tuang telur perlahan sambil terus mengacau hingga telur perang. Guna api kecil, toskan dan letak telur tadi atas paper towel. Ketepikan.
  2. Gaul udang dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah, kemudian goreng hingga kemerahan, angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi, kemudian masukkan mentega dan biar cair. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi. Tambah susu cair dan kacau rata.
Masukkan udang, gaul dan masak hingga kering. Alih dalam bekas sesuai, tabur dengan telur tadi dan hidangkan..

Hubby sangat suka. Semalam pun masak asparagus goreng dengan oyster sauce. 1st time masak asparagus ni. Batrisyia suka asparagus rupanya. Lepas ni Mama masak lagi untuk anak Mama ni. Sekarang Encik Hubby cakap seluar kerja dah banyak tak muat. Ayokk.. Peyut naik la tu. Hahaha.. Tak pe Mimie suka. Bantal peluk dan selimut Mimie setiap malam.. Hehehehe

7 comments:

  1. bagi la skali resepi asparagus tuh... hehe... terliur plak nampak butter prawn ni.... x penah lagi try buat... try makan ada la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh2..
      Senang je.
      Nanti Mimie update..

      Delete
  2. rangupkan asparagus tue..dah lama sangat x makan tue....udang baru beli gak semalam kat tesco so blh cuba la

    ReplyDelete
    Replies
    1. murahkan udang kat tesco.
      Beso pulak tu. hehe
      Mimie rebus dulu asparagus baru goreng.
      So lembut sikit asparagus tu.
      Sebab tu anak suka.
      (^_^)

      Delete
  3. suka nyer mkn nih!feveret nih..

    ReplyDelete
  4. salam kenal...sama menu kita hari ni...tp FnF gaul garam kunyit dan grill je

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..
      next time boleh cuba cara ni pulak.
      Tq..

      Delete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG