Thursday, June 14, 2012

Kentang Putar KFC

Salam readers..

Sepanjang cuti ni tak kerja lain dari aktiviti bersama keluarga dan masak memasak. Hehehe. Hari ni nak share resepi yang Mimie amik kat KLIK DI SINI Terima kasih ~~~

RESEPI KENTANG PUTAR
Bahan-bahan
  • 5-6 biji kentang (Mimie guna 5 biji kentang)
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar susu segar
  • sedikit blackpepper
  • garam
Cara-cara
  • Kupas kulit kentang. Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. Ketepikan.
SOS KENTANG PUTAR

Bahan-bahan
  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum- bancuh dgn sedikit air
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam- hana tak letak sbb dah masin 
Cara-cara
  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati.Kemudian masukkan blackpepper.
  3. Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
  4. Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  5. Curahkan ke atas kentang putar.

Ini la rupanya kentang putar Mimie (^_^)

Batrisyia dan Ayah Batrisyia pun sukakannya. Ayah Batrisyia cakap lepas ni boleh buat lagi. (^_^)

2 comments:

  1. saya tak pernah cuba..
    nampak senang.
    insyaAllah one day

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je izla.
      anak mesti suka.
      sesuai untuk baby jgk.

      Delete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG