Saturday, June 16, 2012

Nasi Ayam Madu

Salam blogger and readers...

Pagi tadi tertunai hasrat di hati Mimie ke Pasar Borong Selangor. Terima kasih Mr. Tajul coz bawa ur wife ni ke sini. So niat di hati nak masak ketam masak lemak cili api seperti nak dirancang sebelum ni. Tapi Mimie dapat request dari Mr. Tajul nak makan nasi ayam hari ni. So cari la bahan2 nak masak nasi ayam. Next time la Mimie update pasal masak lemak ketam cili api ni.

Team bola Malaysia (^_^)


Anak dan Ayah (^_^)


Nak balik dah (^_^)


Kali ni, Mimie cuba resepi nasi ayam madu. Ala resepi main sukat2 sendiri. Hehehe. Alhamdulillah menjadi. Ni nak kongsi resepi dier...

Bahan-Bahan Sup:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah'
1/2 inci halia
3 biji buah pelaga
1/2 inci kayu manis
3 biji cengkih
2 biji bunga lawang
2 belah ayam (Ayam potong 4 just guna 2 belah je)
Sedikit garam

Cara-caranya masak Sup:
Satukan semua bahan di atas dan reneh sampai mendidih selama 15 minit.
Kemudian keluarkan ayam dan masukkan ayam ke dalam bekas kosong.
Sup kosong tadi baru letak garam,

Bahan-bahan Ayam:
3 sudu kicap pekat
3 sudu kicap cair
1/2 inci halia
2 sudu besar madu

Ayam yang dah siap direneh tadi

Cara-caranya masak Ayam:
Satukan semua bahan di atas dan perap selama 15-30 minit.
Kemudian goreng.
Kicap yang lebih dalam mangkuk ni boleh jadi kicap untuk ayam masa nak makan nanti.

Bahan-bahan Nasi:
2 cawan beras
2 cawan air rebusan ayam (sup kat atas tadi)
1/2 inci halia.
2 sudu besar mentega
3 helai daun pandan
** kalau dah ambil sup kat atas tak payah letak garam lagi.


Cara-caranya masak Nasi:
Basuhkan beras dan toskan.
Masukkan semua bahan di atas.
Kemudian masak nasi sehingga masak.

Bahan-bahan Sos:
3 biji lada merah besar
2 biji cili padi (sape suka pedas boleh tambah lagi)
3 ulas bawang putih
1 sudu teh cuka
1 sudu teh gula
sedikit garam
1/2 cawan air.

Cara-caranya buat sos:
Masukkan semua bahan kat atas dalam blender.
Kisar sampai hancur.
Pastu siap.

Salad:
Daun salad
Tomato
Timun

Ni la ruper nasi ayam madu (^_^)

Siap di hidang.. Kenyang kami makan untuk lunch. Petang ni nak buat kerang rebus pulak untuk hi-tea. huhu.. Seronoknye bercuti dengan keluarga. Hehehe (^_______^)

4 comments:

  1. Asslm...sedapnye makan nasi ayam bersama keluarga tercinta kan...feveret anak2 FnF juga... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.
      Nasi ayam ni senang buat.
      hehe

      Delete
  2. salam ziarah dan ukhwah,
    sedap tu nasi ayam madu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan..
      masak untuk makan2 family boleh la..
      tq..

      Delete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG