Thursday, June 7, 2012

Pesanan Suami Tercinta ~~ (^_^)

Salam readers..

Tinggal hari ni dan esok sahaja lagi. Pastu Mimie nak cuti sampai 18hb ni. Nak berehat pulak dengan famili. Hope percutian kali ni lebih menyeronokkan. My hubby tercinta terima kasih banyak2.

Malam tadi sebelum tido, Mimie dan suami berbual2. Bercerita tentang perancangan masa depan dan juga nasihat suami buat isteri.

Alhamdulillah. Banyak sangat ingatan dari suami tercinta. Mimie nak jadi bidadari abang di syurga nanti. InsyaAllah.. Semoga Allah makbulkan. Suami berpesan tentang kehidupan di dunia ni. Pertama hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian Allah. Isteri amat mudah masuk syurga. Pintu syurga akan terbuka dan isteri boleh memilih mana2 pintu syurga yang dikehendakinya. Suami berpesan jangan meninggalkan solat. Berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suami. InsyaAllah Allah akan beri isteri memilih pintu syurga.

Selain itu, suami tercinta berpesan supaya sebelum tidur sentiasa memaafkan semua orang. Barulah hati akan sentiasa dalam ketenangan. Suami cakap kalau kita memaafkan orang lain, InsyaALLAH Allah akan memaafkan kesilapan kita. Yang penting ikhlas. Alhamdulillah. Amalan ini yang akan Mimie amalkan selalu.

Suami juga menyatakan rezeki, ajal, maut, jodoh semua di tangan Allah. Rahsia Allah. Sekelip mata sahaja Allah mampu kayakan hambaNya. Dan sekelip mata juga Allah memiskinkan hambaNya. Jadi tak perlu rasa bangga diri dengan apa yang kita ada sekarang. Semua itu milik Allah.

So readers semua, nasihat ini adalah ingatan buat suami Mimie yang membimbing Mimie ke jalan Allah SWT. Semoga dapat kita berkongsi untuk mendapatkan kehidupan yang diberkati dan dirahmati Allah.

P/s: Saya maafkan kepada semua yang pernah memberi kata2 yang tidak sedap dibaca, dilihat dan didengar kepada saya. Semoga Allah merahmati hidup kita berkeluarga. AMINNNNNN.....

Amanah Allah untuk kami (^_^)

4 comments:

  1. amin ~ semoga perhubungan kamu terus kekal bahagia sehingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mrs.Eady.
      Semoga kita semua berbahagia dengan keluarga masing2 sehingga akhir usia.
      Amiinnn..

      Delete
  2. Bagus ada suami yang sentiasa memberikan ingatan buat kita. Macam suami saya juga ;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    Semoga bahagia selalu
    (^_^)

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG