Wednesday, June 20, 2012

Pisang Goreng Crispy dan Sambal Kicap

Salam reader semua..

Petang-petang sedapkan makan pisang goreng dengan air teh O panas.. Balik dari Gold Coast Morib hari Isnin baru2 ni, kami sekeluarga singgah kat kedai jual buah-buahan tepi jalan. Tengok pisang tanduk punyer beso tergantung kat depan kedai. Fuhh..! Dapat goreng memang sodap.. (^_^)

Melon ni sedap jugak.. Hehe

Nangka Madu pun sedap. Buat makan dalam kereta (^o^)

Pilih la buah tu ye Puan Mimie

Dah beli.. Jom balik (^_^)

So petang tu sesampai je kat rumah, lepas keluarkan barang dari kereta, Mr. Tajul kepenatan. So tertido la dengan Batrisyia depan TV. Alahai anak dan ayah ni.. sepesen je tido. Mimie jugak tak boleh tido. So merajinkan diri buat minum petang. Mimie buat pisang tanduk goreng dan cicah dengan sambal kicap.

Ni la rupernye pisang tanduk selepas digoreng.. Yum Yum..

Resepinya:
Tepung Pisang Goreng

Bahan-Bahan
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit garam
1 biji pisang tanduk

Cara-Cara:
Masukkan semua bahan di atas dan gaul sehingga sebati.
Masukkan pisang yang telah dipotong nipis-nipis
Panaskan kuali dan goreng pisang sehingga kuning keemasan.

Sambal Kicap

Bahan-bahan
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi
1/2 sudu teh gula
4 sudu kicap pekat manis

Cara-Cara:
Tumbuk bawang putih, cili padi dan gula sehingga lumat
Kemudian masukkan kicap pekat.
Kacau sehingga sebati.
Siap.


12 comments:

  1. salam mimie...memang best makan goreng pisang cicah sambal kicap...style org johor

    ReplyDelete
  2. Mimie 1st time makan masa pergi Negeri Sembilan dulu2..
    Teringat sambal kicap ni memang sedap..
    Hehe

    ReplyDelete
  3. melon yg tergantung2 tuh mmg sedap kan. memula tgk cm pelik je rupanya tp rupanye sedap

    ReplyDelete
  4. Ya Allah...

    goreng pisang & sambal kicap mmg fav... jarang jumpa kat cni selain kat johor kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann...
      Memang sedap.
      Suami Mimie org trg pun cakap sedap.
      tak pernah makan..
      haha

      Delete
  5. salam kenal dikkk

    memang sedap dikk , panas2 cicah kicap lada nie perhhhh selalu org johor selalu buat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap akak..
      nnt buat utk anak2 hehe

      Delete
  6. menggugat iman saya tengah puasa ni tengok pisang goreng. haishh petang nanti kene gi carik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh izla..
      selamat berbuka..
      (^_^)

      Delete
  7. kalau sambal kicap tue, letak limau kasturi lagi mengancam

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..
      next time boleh cuba pulak..
      terima kasih ..

      Delete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG