Monday, June 4, 2012

Shopping Raya (^_^)

Hai readers..

Semalam genap usia Batrisyia 19 bulan. Semakin besar semakin banyak akalnya. Dah pandai nak itu ini. Dah pandai kata nanak (Tak nak). Dah pandai pergi mall ambil coklat2, biskut letak dalam bakul. Adoi.. Habit shopping Mimie melekat kat anak dara sorang ni. Dah pandai cebik bibir bila kena tegur. (nak tergelak tengok bila buat muka macam ni.. Comel). Dah pandai letak ubat kat Mama, Ayah kalau Mama dan Ayah cakap sakit. Dah pandai picit leher Ayah masa tengah drive (Ayah suka la tu anak manjakan die).

So, semalam Mimie, Hubby and family in law ke Shah Alam. Niat di hati just nak survey je baju raya. Tak merancang untuk membeli. Tapi bila sampai kat Jakel Shah Alam, Encik Hubby dah berkenan material kain serta warna untuk kain baju melayu. So, Mimie pun kelam kelibut coz nak kena cari kain yang sedondon dengan Encik Hubby tercinta.

Bermula la operasi menyepahkan gedung kain kat Jakel ni. Huhu.. Tabiat Mimie bila beli kain setiap pelusuk kedai abis kain2 disepahkan. Nak pilih corak, warna dan material kain ni sedikit cerewet la. Banyak la punyer sedikit. Abis bersepah kain-kain Jakel semalam. Kekekeke...

So, semalam selesai urusan baju raya. Encik Hubby dah boleh hantar kain baju melayu kat tailor yang biasa die hantar. Mimie pulak hantar kat my Mama tersayang. "Mama tolong jahitkan baju Angah (Mimie) dan Batrisyia yer.."

Warna baju raya kami tahun ni warna turquoise. Tahun ni Mimie tak gunakan kain baju melayu untuk buat baju. Malas nak cari orang jahit manik dan sulam kain macam tahun lepas. So, Mimie beli kain cotton siap bersulam. Thank you Encik Hubby coz arrange masa untuk Mimie shopping sakan semalam. Beli RM500++ ke atas, Jakel bagi isi borang penyertaan. Boleh menang barang2 yang Jakel tawarkan. Isi jelah. Tak harap pun nak menang. Dah borong beratus2 hinggit isi jelah form tu.

Next week Mimie cuti pulak. 11 Jun 2012 sehingga 18 Jun 2012. Cuti lepas cuti sekolah. Hehehe. Hope perancangan disepanjang cuti dipermudahkan Allah SWT. Aminnn.. (^_____^)

Buah hati Mama & Ayah

Shopping Raya (^_^)


6 comments:

  1. wah... bestnya.... dah beli baju raya dah... anis belum start lagi beli baju raya.... adooiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnye nak survey je.
      tapi Mr. Hubby dah berkenan dgn kain kat sini.
      Tu yg beli terus. hehe

      Delete
  2. kitorang tak beli lagi nih..haishh risau pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe izla..
      Nanti mesti ade sale giler2 dekat raya.
      hehe..

      Delete
  3. baru belikan mak kain dari jackel tetiba tailor xmau terima... aiyarkkk penin kepala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Mimie pun cakap kat kawasan rumah Mama dah xde orangn amik tempahan.
      Alhamdulillah Mama Mimie pandai jahit baju.
      Hehehe

      Delete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG