Thursday, June 7, 2012

Wajarkah Suami Teman Isteri Bersalin?


Bagi Mimie tersangatlah wajar. Pengalaman bersalin akan sentiasa diingatan Mimie dan suami tercinta.

Zaman sekarang ni, sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.


2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.


3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.


4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.


5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.


Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Alhamdulillah. Suami Mimie berada di sisi dari awal kesakitan sehingga Nur Batrisyia Zahra dilahirkan pada 03.11.2010. Usapan dan kata-kata semangat abang di sepanjang kontraksi menenangkan dan berkurangan rasa resah gelisah untuk bersalin anak pertama kita. Ya Allah.. Terima kasih atas kurniaan zuriat kepada kami suami isteri.

SUMBER: Panduan Islam.

10 comments:

  1. Betul! Tp point no. 2 tu sy tak setuju sbb klu skt, takde sape pun ley redakan kecuali - lepas anak kuar. Phewww!

    Kan?

    =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.
      lepas anak keluar tu tak tergambar perasaan lega.
      tapi sedikit sbyk bila suami di sisi boleh ringan jgk sambil dgr suami pujuk2 dan mendoakan keselamatan kita.

      Delete
  2. seyes.... mmg perlukan husband masa melahirkan anak.... harap2 semoga anak ke-2 ni pon d permudahkanNYA supaya husband ada d cc, amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn..
      semoga semuanya selamat.

      Delete
  3. Wajar. Boleh kongsi pengalaman dan saat2 sukar bergelar ibu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup!
      pengalaman melahirkan anak ni susah nk gambarkan.
      hehee

      Delete
  4. sokong tajuk di atas... tapi anis x berpeluang lagi suami temankan sbb sebelum ni anis bersalin melalui pembedahan.... suami mmg x dibenarkan masuk....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe..
      Next baby insyaAllah..
      Wlaupun c-ser suami tetap di sisi jgk kn.. :)

      Delete
  5. Epul xdibenarkan masuk time ak bersalin aritu sbb emergency c-ser...moga2 tuk yg seterusnya nnt my hubby diberi peluang...huhu

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG