Tuesday, July 31, 2012

Kereta Masuk Wad (T_T)


Semalam balik dari kerja singgah la ke bazar ramadhan berhampiran dengan rumah. Bazar dekat dengan stadium dan mahkamah sesyen. Jalan kaki pun boleh kalau nak pergi dari rumah. Tapi dasar malas jalan time pose nak jugak naik kereta. Ingat lepas balik bazar baru nak amik si kecil Batrisyia. Nursery Batrisyia sederet dengan rumah Mimie. Kalau dah masuk area rumah confirm tak jejak bazar punya.

Niat di hati nak beli tauhu bakar dan kepak ayam madu. Sebab dah tau gerai tu je yang sedap. Hehehe. Then beli murtabak dan soya bean untuk bagi cikgu-cikgu kat nursery Batrisyia. Dah abis beli bila nak start kereta tak boleh hidup pulak. Adoi.. Apa masalah ni. Buka la bonet depan kereta. Ceh.. Bajet macam tahu je pasal kereta. Cuba la sentuh itu ini. Then start lagi. Tak boleh jugak. Pastu ada dua orang brother ni berenti kat kereta Mimie. Ayat yang tak boleh blah dari brother ni... "Takkan kereta baru dah rosak kot.." Tersengih je la Mimie.

Alhamdulillah la brother ni tengok-tengokkan kereta. Dia cakap air bateri kering. Dia suruh Mimie telefon ayah suruh datang. Helloooo... Saya dah kahwin okay.. Saya call husband saya dulu.. Terkebil2 brother ni. Then terus blah gi bazar ramadhan dengan kawan dia.. Rasa macam nak ketawa kuat-kuat time tu. Tapi tahan je la ketawa dalam hati.

Pastu call Mr. Tajul. Alhamdulillah Mr. Tajul terus balik bila dapat call Mimie. Kalau tak Mr. Tajul nak tengok bola Manchester City Vs Malaysia. Melepas la tiket Perdana Suite yang Mr. Tajul dapat. Masa Arsenal Vs Malaysia pun Mr. Tajul tak dapat pergi sebab kena jaga Batrisyia. Mimie outstation time ni. Tu pun melepas tiket grandstand harga RM600++. Sorry dear.. Yang buat terharu tu Mr. Tajul sanggup utamakan isteri dia dari tiket bola yang beratus-ratus ringgat tu.. Terima kasih sayang..

So pagi ni, Mimie manja2 dengan suami la. Mr. Tajul hantar dan ambil Mimie dari kerja. Sekali sekala macam ni rasa seronok sangat. Orang lain hari2 suami hantar dan jemput tak heran pun. Selalu masing-masing drive ke tempat kerja masing2. So, bila perkara yang sekali sekala buat bersama terasa kemanisan rumah tangga tu. Hahaha.. Ye keerr???

p/s: Mr. Tajul cakap setiap yang berlaku ada hikmahnya.. (^_______^)

Monday, July 30, 2012

Hikmah Bersyukur

Alhamdulillah.. (^_____^)


Assalamualaikum wbt..

Sempena bulan ramadhan yang mulia ni, Mimie nak kongsi dengan semua tentang hikmah bersyukur. Alhamdulillah.. Mimie sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian Allah kepada diri Mimie dan keluarga Mimie. Bila kita sentiasa bersyukur, sifat hasad dengki dengan kesenangan orang lain dapat kita elakkan.

So, Mimie harap takde yang rasa Mimie ni cemburukan kehidupan mereka sebab Mimie dah cukup bersyukur dengan limpahan rezeki Allah berikan kepada Mimie. So tak perlu la nak judge yang Mimie mampu atau tak mampu. Sebab Mimie tak perlu nak riak atau takbur seandainya Mimie mampu apabila berkehendakkan sesuatu. Mimie tak perlu nak heboh or hebahkan nak itu dan ini sebelum dapatkan sesuatu yang diingini. Apabila ada rezeki yang Allah berikan kepada Mimie, boleh la Mimie kongsikan bersama dengan pembaca semua.

Mimie berasal dari keluarga yang dididik dengan penuh kasih sayang. Abah Mimie seorang yang sangat baik. Tak pernah pukul anak-anak dalam didikannya. Mama Mimie pun sama. Sejak kecil kami adik beradik dibesarkan dalam keluarga yang sangat sempurna bagi kami. Abah selalu berikan kami adik-beradik yang terbaik. Tak pernah kurang pun didikan Mama dan Abah dalam membesarkan kami termasuklah kemewahan buat kami adik beradik. Sebab Abah adalah kakitangan awam yang berpendapatan tetap dan berpencen. Alhamdulillah sekarang Abah menjawat jawatan Pengarah di Pahang iaitu tempat kelahiran Abah. Abah dan Mama sangat sporting dengan anak-anak.

Sekarang Mimie berkahwin dengan suami pilihan hati Mimie sendiri. Suami Mimie juga berikan yang terbaik buat Mimie. Tak pernah kurang pun dari apa yang Mimie pernah dapat semasa kecil dulu. Malahan melimpah kasih sayang yang diberikan oleh suami Mimie dan juga keluarga mertua Mimie.

Kami masing-masing mampu memiliki kenderaan sendiri. Kami mampu beli sebuah rumah bersama iaitu Semi-D double story di Sepang. Sepang tu luas. Bagi yang setakat sampai KLIA or LCCT tu tak perlu la nak judge Sepang ni penuh dengan hutan. Sepang dah banyak bandar membangun. Lagipun rumah kami berhampiran dengan Putrajaya. Jauh sangat nak sampai ke KLIA or LCCT tu. Lebih dekat dengan Putrajaya. Alhamdulillah dapat rumah dalam bandar yang penuh dengan kedai-kedai, masjid, surau sekolah rendah, menengah dan sekolah agama.

Kami juga mempunyai simpanan kewangan sendiri dan anak kami. Kami juga sekarang menabung untuk kami dan anak kami di Tabung Haji supaya suatu hari nanti kami dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah. Kami juga akan pastikan sumber kewangan dan pendapatan kami dari sumber rezeki yang halal untuk kami dan keluarga kami.

Bagi Mimie, sekiranya kita bersyukur dengan kehidupan kita sendiri, Allah akan melimpahkan lagi rezeki buat kita. Dan yang penting tak perlulah kita nak bandingkan apa yang kita ada dengan orang lain. Sebab membandingkan diri kita dengan orang lain menunjukkan kita tak pernah bersyukur dengan limpahan rezeki Allah kepada kita. Ketenangan pun tak akan dapai dicapai.


Wallahualam..

notakakitangan: Bulan Ramadhan sangat mulia. Semoga Allah memperkenankan doa kami. Alhamdulillah kebahagian sentiasa milik kami sekeluarga.

Kalau kita rasa kita hebat, ramai lagi yang hebat dari kita. Kalau kita rasa kita susah, ramai lagi lebih susah dari kita. Apa2 pun bersyukurlah..

10 Ramadhan

Doa hari ke-10 Ramadhan

"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepadaMu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisiMu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisiMu. Dengan ihsanMu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Alhamdulillah.. Atas rahmat Allah dapat kita sampai ke hari 10 Ramadhan.. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Sama-sama la kita memperbanyakkan sedekah dan amal soleh sepanjang Ramdhan. Sesungguh bulan Ramadhan adalah bulan yang dinantikan oleh semua umat islam untuk melipat gandakan pahala.

Jom baca al-quran, sedekah, berzikir, dengar ceramah agama dan perbanyakkan solat sunat.. (^_^)

p/s: weekand baru2 ni hubby bawa pergi KL, Sogo dan Jalan TAR untuk shopping barang raya. Tapi tak beli satu apa pun barang raya. Mr. Tajul dapat 2 helai seluar kerja je sebab sesak dengan manusia. So, kena buat macam tahun lepas>>apply cuti sehari untuk shopping barang raya. Tak suka bersesak2 masa shopping.

Tuesday, July 24, 2012

Travel for Work

Sekarang on the way ke pantai timur.. Urusan kerja di Kemaman, Kuala Terengganu dan Kelantan. Bahagianya outstation tak bawa kereta. My friend Cik Moon yang bawa kereta. Mimie sekarang tengah update blog by ipad kesayangan. Hehe.. Boleh la tido sepanjang perjalanan.

Maybe hari ni stay di Cherating. Dekat sikit untuk urusan kerja di Kemaman esok. Then terus ke Kuala Terengganu dan Kelantan. Ini kes rushing sebelum hari jumaat sebab hari Jumaat negeri Terengganu dan Kelantan cuti. Sape nak keje time cuti. Kami je yang on call time cuti. Huhh..!!!

Apa2 pun rindu kat Mr. Tajul dan Batrisyia. Selamat berbuka puasa ye sayang. Sorry abang kena buka puasa dengan Batrisyia je.. (T_T)

Friday, July 20, 2012

Corelle Dah Sampai.. (^o^)

Semalam Mimie baru terima corelle yang di pesan dari Seattle. Alhamdulillah.. Rezeki Mama dan Ummie Mimie sekali. Terima kasih QISTIN FADZLIN sebab sudi tolong belikan untuk Mimie.

Qistin tak caj apa2 pun atas barang yang Mimie beli ni. Mimie memang beli dengan harga + tax yang dikenakan sahaja. Bertuah kan ada kenalan macam Qistin... (^________^)



Dikesempatan ini jugak Mimie nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita beroleh rahmat di dunia dan di akhirat. Aminnn... Selamat berterawih malam ni..

Thursday, July 19, 2012

Masuk Hospital

Dah hampir seminggu Tuan Punyer Blog tak update story kat sini.. Sebenarnya bukan taknak update.. Tapi takde mood nak update sebab anakanda tercinta masuk wad sejak jumaat lepas..

Batrisyia muntah2 dan cirit birit lepas Mimie ambil die dari nursery.. Hurmmm...

Batrisyia muntah berterusan sampai biru bibir. Anakanda kena admit wad sebab dehydriat. Memang sangat susah hati..

Alhamdulillah.. Sejak 2 hari ni Batrisyia dah bertambah cergas. InsyaAllah esok dah boleh start masuk kerja.. Lamanya cuti...

Friday, July 13, 2012

BUDAYA SINDIR MENYINDIR


Sedar tak dalam budaya orang melayu ni banyak sindir menyindir. Kalau setakat sindir menyindir ke arah kebaikan InsyaALLAH ramai yang boleh terima. Tapi tak semua perkara boleh kita sindir. Kelak orang yang disindir akan terasa hati. Bila dah terasa hati dah jatuh dosa sebab menyakiti hati sesama manusia. So... Bila nak mintak maaf tu...????

p/s: Mood tak bagus dengan orang yang cakap lain depan kita tapi menyindir kita depan semua orang. Sabar la kawan2 ku yang lain untuk berdepan dengan orang macam ni..

Thursday, July 12, 2012

Shopaholic....???

Ni la masalah kaum Hawa.. Pantang nampak sales, jualan murah, promosi, potongan harga terendah dan macam2 lagi la.. Pasti nak membeli.. Itulah terjadi kepada Mimie sekarang. But i bought everything with my own salary okay.. Sekali sekala je mintak Mr. Tajul belikan.. Hehehe

Baru lepas settle payment corelle for 4 set : 16pcs Dinnerware Set.

Ni Mimie punye..


Ni Mama Mimie punye..

Ni mother in law punyer..


Asalnye order ni untuk Mother in law tapi xde stock

Settle semua payment.. Hadiah nak bagi pada Mama dan Ummie Mimie untuk raya tahun ni..Tadi tengah tengok2 handbag coach untuk pakai raya nanti. Hurmmm... Yang ni nak mintak Mr. Tajul la belanja. Bajet dah lari coz beli 4 set corelle..

Gambar no.3 kat atas tu ter'order' 2 set. Sebab Mimie email hari tu guna ayat "beli mana2 set kalau set no.4 takde". tapi ayat mana2 (mana-mana) set tu disalah tafsir mana 2 set. so jadi 2 set. Tapi takpe la. Nanti Mimie let go pada sapa yang nak. Dah sampai barang nanti Mimie bagitau. Terima kasih banyak2 kepada mommy Qistin coz belikan untuk Mimie di Seattle.(^_^)

Wednesday, July 11, 2012

Masak Lemak Ketam Cili Api

Masak Lemak Ketam Mimie (^_^)

Lala Goreng Garlic Oyster

Lama dah nak update story masak lemak ketam cili api ni. Ni tambah satu lauk lagi.. Lala Goreng Garlic Oyster.. Hurmmm... Batrisyia suka sangat dengan Lala goreng ni.. 1st time dalam hidup ni masak lala.. Hehehe...

Tuesday, July 10, 2012

Cinta Monyet..???

Lucu dan nak ketawa sangat2 bila ada yang borak2 menceritakan cerita monyet masing2.. Kenapa panggil cinta monyet ye? Conpius Mimie.. Kuikuikui...

Bagi Mimie cinta Monyet ni cinta zaman remaja. Ada yang kekal sehingga ke jinjang pelamin. But ada bercinta bagai nak rakk tapi last2 kahwin dengan orang lain.

So ada yang tanya, Mr. Tajul Mimie ni cinta monyet Mimie ker? Berdekah2 Mimie ketawa. Untuk pengetahuan u all la kan.. Mr. Tajul Mimie ni tak boleh nak dibandingkan dengan cinta monyet la. Ni cinta yang direstui ibu bapa kami dan diredhai Allah yang menjadikan kami pasangan suami isteri. So istilah cinta monyet tu takde untuk kami okay..

Lagi pun Mimie tak suka nak cerita kisah cinta Mimie dulu2 selain kisah cinta Mimie dengan suami Mimie sahaja. Dan Mimie pun tak pernah nak story mory tentang kisah silam Mr. Tajul jugak tambah2 dalam blog Mimie. Memang takde okay.. So I hope jangan ada yang sentap.. Kenapa tak citer...????

Bagi Mimie tak penting langsung nak cerita balik Mimie pernah kecewa ke apa ke sebelum Mimie jumpa dengan suami Mimie. Sebab Mimie tahu Allah dah bagi Mimie jodoh yang paling baik dalam hidup Mimie.. Termasukla kisah silam Mr. Tajul yang Mimie tahu. Tak perlu nak diungkit sebab it's nothing to me okay.. Hahaha.. (^o^)

Ok la. Lagi setengah jam Mimie nak balik. Nak jumpa si comel Batrisyia. Puteri kami yang semakin pintar dan comel.. Papai readers..

3D THE AMAZING SPRIDER MAN

Semalam lepas office hour Mr. Tajul bawa Mimie dating.. Hehe.. Batrisyia tinggal dengan nenek ye.. Next time Mama dan Ayah bawa jalan2. Lepas office hour ni Mama dan Ayah dating kejap.

Kami dating dekat dengan tempat kerja kami je. Kami ke Alamanda Putrajaya. Mr. Tajul ajak tengok wayang minggu lepas. Tapi sebab masing2 ada hal so kami decide pergi semalam.

Pagi2 semalam Mimie beli ticket secara online di www.gsc.com.my. Mr. Tajul nak tengok The Amazing Spider Man. Lepas ofis hour ni ticket ade jam 0615pm, 0915pm dan midnight. Of coz la kami pilih pukul 9 malam sebab pukul 6 petang tu tak sempat nak maghrib. Midnight pulak tak larat la coz esoknya kerja.

Sampai2 GSC Alamanda untuk collect tiket, orang kat kaunter ticket tu cakap air-cond takde since pagi tadi.. Die cakap boleh refund duit semula bagi pembeli ticket online. Frusttt..!!!! Pastu ingat nak refund tapi Mr. Tajul cakap kita gi makan dulu kemudian datang balik untuk refund ticket atau pun nak masuk berkipas sambil tengok wayang.. Kekeke..

Mr. Tajul bawa dinner kat Johnny. Nak amik gambar pun takde mood sebab aircond punye pasal. Then, lepas makan tu kami masuk semula ke GSC Alamanda. Rasa sejuk la pulak. Pastu nampak pekerja GSC tanggalkan kerta yang tulis 'NO AIRCOND'. Fuh..!! Alhamdulillah aircond ade.


Cerita die okay la. Maybe sebab hero dan heroin lain. Spider Man tu Peter Parker watak orang lain dengan Spider Man sebelum ni. Watak Mary Jane dalam Spider Man lama tu di tukar kepada watak Gwen.

Nak kata interesting sangat takde la tapi okay. Ni kisah Peter Parker dari kecil di mana ayah Peter Parker buat kajian saintis yang melibatkan spider. Ayah dan Mak Peter ni tinggalkan Peter dengan Uncle Ben tapi tak tahu sebab apa. Pastu kehilangan Mak Ayah Peter pun tak tahu sebab apa. Hilang macam tu je. Maybe akan ada sambungan The Amazing Spider Man 2.


Okay la..

Peter Parker baru dan lama

Gwen dan Mary Jane


okay la. Nak keluar kejap. Ada urusan luar. Tengah hari ni nak handle Farewell 3 orang kakitangan cawangan dapat bertukar ke tempat lain. Salah seorang die kawan chinese Mimie iaitu Lily.. Sobb.. Sobb... Sedih la.. (T_T)

Monday, July 9, 2012

Kawan Baru di Pejabat (^_^)

Morning everybody...!!!

Mimie nak cerita tentang kawan baru di dalam bilik ofis Mimie.. Kawan baru Mimie ni hadiah yang Mimie dapat dari suami tercinta iaitu Mr. Tajul. Hehehe..

Teman baru Mimie ni ada lima (5).. Mak aii.. Ramainya.. Kekeke.. Kawan baru Mimie ni datang dari Floria 2012 di Putrajaya semalam. Haa.. Ni la kawan baru Mimie..

Cactus from Mr. Tajul (^_^)



Comel tak..??? Hadiah dari Mr. Tajul tercinta. Thank you hubby.. (^_^). Ok la. Nak mengemas bilik Mimie ni sambil berfikir kat mana nak letak 5 beradik ni dalam pejabat Mimie. Hurmm...

Friday, July 6, 2012

Sorry.. I Bukan Kaki Make Up

Teringat masa Mimie cuci rambut di satu saloon cina di pekan Kluang. Masa ni ada kerja kat area sini. Auntie cina ni sangat2 ramah. Memang best cuci rambut kat saloon dia. Yang best tu cuci rambut siap urut area tengkuk Mimie.

Masa urut bahagian leher Auntie tu siap cakap "U punye leher manyak tegang. Mesti mahu kurang tengok komputer". Memang betul la autie. Saya punyer kerja banyak mengadap komputer. Tapi memang ringan kepala lepas auntie tu cuci rambut sambil urut2 kepala.

Auntie tu cakap lagi.. "U punye skin muka manyak cantik.." Fuh..!! Bangga tahap gaban time ni. Perasan jek.. Kekeke.. Auntie nak korek rahsia Mimie pakai produk ape agaknya lah kan.. Mimie pun cakap kat auntie ni "Saya tak make up la auntie".. Kawan chinese Mimie pun senyum je masa auntie tu cakap pasal skin muka Mimie. Auntie tu tanya "U pakai apa dekat U punya muka..?"

Mimie cakap kat auntie ni Mimie pakai 3 jenis barang je kat muka ni. Krim muka, compact powder dan lip balm. Auntie ni macam tak caya la pulak. Kui.. Kui.. Kui..

Ye auntie.. Saya tak tipu.. Nak tau ke produk ape Mimie pakai? Yela.. Mimie share kat sini.. Kantoi rahsia skin Mimie. Mimie pakai krim kecantikan safi Rania Gold. Memang dari dulu lagi produk safi ni sesuai dengan kulit muka Mimie. Since zaman sekolah menengah produk ni menjadi teman setia Mimie. Biar la ade produk mahal tahap gaban pun kalau tak sesuai tak guna jugak. Buat rosak kulit je kan...

Lepas pakai krim Mimie pakai bedak Revlon Beyond Natural. Last sekali sapu lip balm jenama lip ice kat bibir. Haa.. Kalau malas sangat pakai bedak baby yang Batrisyia punye je.. Huhuhu.. Alhamadulillah atas anugerah Allah ini.. (^_^)

Mimie just cuci muka je. Pencuci muka pun guna pencuci muka Safi Rania Gold. Yang lain-lain Mimie memang tak pakai. Takut la nak cuba letak macam-macam kat muka. 


Latest photo masa vacation @ morib


Notakakitangan: Kadang-kadang tu pergi Hypermarket ade je nak promote suruh pakai produk dieorang walaupun kita takde masalah skin.. Hurrmmm...

Wednesday, July 4, 2012

Lost 6kg..??

Salam semua...

Happy sangat pagi ni.. Mana taknye.. Datang ofis pagi tadi gatal nak menimbang berat badan. Haaha... Memang standby penimbang dalam bilik kat ofis Mimie ni. Huhu..

Apa yang mengejutkan Mimie adalah Mimie sudah kehilangan 6kilo... Fuyooo... Apakah sebabnya penurunan berat badan dalam masa hampir sebulan ni? Hurmm..

Rahsianya adalah puasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban. Selain itu masalah kesihatan sekarang iaitu selesema dan batuk yang menghilangkan selera makan ( Makanan tak rasa apa2 ).

Hope boleh maintain la berat badan sekarang. InsyaAllah.. Tak lama lagi nak masuk ramadhan. Ok la. Nak pi meeting ni.. Nanti story lagi k..

Nota kaki: Mood happy.. Lalalala~~~~



Monday, July 2, 2012

Flu in One Family

Morning Blues..

Tahniah Spain coz menang lawan Itali malam tadi. Mr. Tajul happy la tu coz pasukan pilihan die menang. Mood kerja hari ni sangat2 down. Bola punye pasal. Tambahan pulak selesema satu keluarga.

Mimie, Mr. Tajul dan Batrisyia got flu...!!! Yang paling kesian pada Batrisyia yang tak pandai hembus hingus keluar. Adoi.. Nak bagi makan ubat lagi susah. Kalau paksa confirm muntah semula. Hope semua cepat sembuh. Deria bau sudah hilang.

Sampai ofis pagi tadi Mimie dapat bungkusan. Bungkusan barang beli secara online. Aiyokk.. Online lagi. Ape pulak barang kali ni. Hurmm.. Barang Batrisyia lagi la.. Kali ni beli baju untuk Batrisyia. Dapat la dua dress.. Terima kasih ye Puan Wana. Seronok berurusniaga dengan awak. Baju raya Batrisyia paling banyak. Huhu.. 2 helai baju kurung dan 2 helai dress. Untuk setakat ni la. Akan datang tak tau lagi.

Batrisyia punyer (^_^)


WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG