Monday, July 30, 2012

Hikmah Bersyukur

Alhamdulillah.. (^_____^)


Assalamualaikum wbt..

Sempena bulan ramadhan yang mulia ni, Mimie nak kongsi dengan semua tentang hikmah bersyukur. Alhamdulillah.. Mimie sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian Allah kepada diri Mimie dan keluarga Mimie. Bila kita sentiasa bersyukur, sifat hasad dengki dengan kesenangan orang lain dapat kita elakkan.

So, Mimie harap takde yang rasa Mimie ni cemburukan kehidupan mereka sebab Mimie dah cukup bersyukur dengan limpahan rezeki Allah berikan kepada Mimie. So tak perlu la nak judge yang Mimie mampu atau tak mampu. Sebab Mimie tak perlu nak riak atau takbur seandainya Mimie mampu apabila berkehendakkan sesuatu. Mimie tak perlu nak heboh or hebahkan nak itu dan ini sebelum dapatkan sesuatu yang diingini. Apabila ada rezeki yang Allah berikan kepada Mimie, boleh la Mimie kongsikan bersama dengan pembaca semua.

Mimie berasal dari keluarga yang dididik dengan penuh kasih sayang. Abah Mimie seorang yang sangat baik. Tak pernah pukul anak-anak dalam didikannya. Mama Mimie pun sama. Sejak kecil kami adik beradik dibesarkan dalam keluarga yang sangat sempurna bagi kami. Abah selalu berikan kami adik-beradik yang terbaik. Tak pernah kurang pun didikan Mama dan Abah dalam membesarkan kami termasuklah kemewahan buat kami adik beradik. Sebab Abah adalah kakitangan awam yang berpendapatan tetap dan berpencen. Alhamdulillah sekarang Abah menjawat jawatan Pengarah di Pahang iaitu tempat kelahiran Abah. Abah dan Mama sangat sporting dengan anak-anak.

Sekarang Mimie berkahwin dengan suami pilihan hati Mimie sendiri. Suami Mimie juga berikan yang terbaik buat Mimie. Tak pernah kurang pun dari apa yang Mimie pernah dapat semasa kecil dulu. Malahan melimpah kasih sayang yang diberikan oleh suami Mimie dan juga keluarga mertua Mimie.

Kami masing-masing mampu memiliki kenderaan sendiri. Kami mampu beli sebuah rumah bersama iaitu Semi-D double story di Sepang. Sepang tu luas. Bagi yang setakat sampai KLIA or LCCT tu tak perlu la nak judge Sepang ni penuh dengan hutan. Sepang dah banyak bandar membangun. Lagipun rumah kami berhampiran dengan Putrajaya. Jauh sangat nak sampai ke KLIA or LCCT tu. Lebih dekat dengan Putrajaya. Alhamdulillah dapat rumah dalam bandar yang penuh dengan kedai-kedai, masjid, surau sekolah rendah, menengah dan sekolah agama.

Kami juga mempunyai simpanan kewangan sendiri dan anak kami. Kami juga sekarang menabung untuk kami dan anak kami di Tabung Haji supaya suatu hari nanti kami dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah. Kami juga akan pastikan sumber kewangan dan pendapatan kami dari sumber rezeki yang halal untuk kami dan keluarga kami.

Bagi Mimie, sekiranya kita bersyukur dengan kehidupan kita sendiri, Allah akan melimpahkan lagi rezeki buat kita. Dan yang penting tak perlulah kita nak bandingkan apa yang kita ada dengan orang lain. Sebab membandingkan diri kita dengan orang lain menunjukkan kita tak pernah bersyukur dengan limpahan rezeki Allah kepada kita. Ketenangan pun tak akan dapai dicapai.


Wallahualam..

notakakitangan: Bulan Ramadhan sangat mulia. Semoga Allah memperkenankan doa kami. Alhamdulillah kebahagian sentiasa milik kami sekeluarga.

Kalau kita rasa kita hebat, ramai lagi yang hebat dari kita. Kalau kita rasa kita susah, ramai lagi lebih susah dari kita. Apa2 pun bersyukurlah..

16 comments:

  1. ... dan wpon kita rasa kita sempit dr segi kewangan, lebih ramai yg lagi sempit sampai catu mkn...

    bsyukur adlh terbaek waktu kita d landa ujianNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Lia..
      Bersyukur apa yang ada..

      Delete
  2. alhamdulillah..syukur dgn rezeki yg dilimpahkn

    ReplyDelete
  3. seronok ayu baca pasal mimie ni. betapa bahagianya dan bertuahnya mimie. alhamdulillah mimie. ayu pun bersyukur dgn kehidupan ayu sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..
      bersyukur apa yang kita ada.
      dan sentiasa merasa cukup..

      Delete
  4. Melihat kesalahan diri sendiri sebelum melihat kesalahan orang lain.
    Satu jari yang ditunding ke arah orang lain, empat jari lagi mengadap diri sendiri.
    ALLAH MAHA MENGETAHUI lebih dari segalanya..
    Subhanallah..
    Mimie bersyukur atas kurniaan Allah buat Mimie dan keluarga..
    Alhamdulilah..
    Sayang my family and hubby Mr. Tajul..
    (^O^)

    ReplyDelete
  5. amboi mimi... ni ada orang sakitkan hati mimi ker?

    rezeki semua tu allah tentukan... kita sebagai hamba, perlu bersyukur dengan apa sahaja yang diberi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...
      Ish.. Bulan2 pose ni kena banyak sabar Allene..
      Biar la apa yang orang nak kata..
      Janji kita tak mengata orang atau samakan orang lain dengan benda2 haram..
      Menuduh orang lain buat perkara yang dia tak buat tu lagi berdosa.
      Sabar je la bulan2 pose ni..
      Allah dah catatkan rezeki buat kita semua.
      bergantung pada kita sama ada untuk mensyukurinya atau tidak.

      Delete
  6. Akak knp ni? Msti ada org iri hati dgn akak ni ea?
    Srnok sya bca cite akak... U r such a lucky person...
    Alhmdulillah sya pn bsyukur dgn pe je Allah berikan
    Msg2 ada rzeki msg2 kan...
    Sayang akak... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la sya..
      Bulan pose ni bykkn bersabar dgn karenah manusia.
      Tahniah ye dah dpt kerja baru..
      Alhamdulillah..
      Bersyukur dengan yang sedikit, InsyaAllah Allah akan memperluaskan rezeki kita.
      Kehidupan kita akan bertambah baik.
      Jangan fikirkan apa org lain miliki akan jadi milik orang lain.
      Pastikan kita sentiasa menjaga apa yang kita masing-masing miliki.
      Itulah salah satu nikmat bersyukur.

      Delete
  7. Thanks akak... Bkn keje bru la keje yg ptama ni.
    Esk sya start nebes jgk start bln2 pose ni
    Doakan sya ye smga dpmudahkan sgalanya
    Thanks jgk ats nasihat tu
    Tharu plak dpt nsht dr akak, insyaAllah sya akn amalkan...
    *touching lbh sbb xde akak, haha..*

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG