Tuesday, July 31, 2012

Kereta Masuk Wad (T_T)


Semalam balik dari kerja singgah la ke bazar ramadhan berhampiran dengan rumah. Bazar dekat dengan stadium dan mahkamah sesyen. Jalan kaki pun boleh kalau nak pergi dari rumah. Tapi dasar malas jalan time pose nak jugak naik kereta. Ingat lepas balik bazar baru nak amik si kecil Batrisyia. Nursery Batrisyia sederet dengan rumah Mimie. Kalau dah masuk area rumah confirm tak jejak bazar punya.

Niat di hati nak beli tauhu bakar dan kepak ayam madu. Sebab dah tau gerai tu je yang sedap. Hehehe. Then beli murtabak dan soya bean untuk bagi cikgu-cikgu kat nursery Batrisyia. Dah abis beli bila nak start kereta tak boleh hidup pulak. Adoi.. Apa masalah ni. Buka la bonet depan kereta. Ceh.. Bajet macam tahu je pasal kereta. Cuba la sentuh itu ini. Then start lagi. Tak boleh jugak. Pastu ada dua orang brother ni berenti kat kereta Mimie. Ayat yang tak boleh blah dari brother ni... "Takkan kereta baru dah rosak kot.." Tersengih je la Mimie.

Alhamdulillah la brother ni tengok-tengokkan kereta. Dia cakap air bateri kering. Dia suruh Mimie telefon ayah suruh datang. Helloooo... Saya dah kahwin okay.. Saya call husband saya dulu.. Terkebil2 brother ni. Then terus blah gi bazar ramadhan dengan kawan dia.. Rasa macam nak ketawa kuat-kuat time tu. Tapi tahan je la ketawa dalam hati.

Pastu call Mr. Tajul. Alhamdulillah Mr. Tajul terus balik bila dapat call Mimie. Kalau tak Mr. Tajul nak tengok bola Manchester City Vs Malaysia. Melepas la tiket Perdana Suite yang Mr. Tajul dapat. Masa Arsenal Vs Malaysia pun Mr. Tajul tak dapat pergi sebab kena jaga Batrisyia. Mimie outstation time ni. Tu pun melepas tiket grandstand harga RM600++. Sorry dear.. Yang buat terharu tu Mr. Tajul sanggup utamakan isteri dia dari tiket bola yang beratus-ratus ringgat tu.. Terima kasih sayang..

So pagi ni, Mimie manja2 dengan suami la. Mr. Tajul hantar dan ambil Mimie dari kerja. Sekali sekala macam ni rasa seronok sangat. Orang lain hari2 suami hantar dan jemput tak heran pun. Selalu masing-masing drive ke tempat kerja masing2. So, bila perkara yang sekali sekala buat bersama terasa kemanisan rumah tangga tu. Hahaha.. Ye keerr???

p/s: Mr. Tajul cakap setiap yang berlaku ada hikmahnya.. (^_______^)

12 comments:

  1. takpe sempat siap sebelum raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak risau sangat Mrs. Eady..
      Balik kampung dengan kereta husband.
      Hehehe

      Delete
  2. ni mesti x check air bateri...
    hahaha...tukar je bateri...settle la tu...
    yg pntg ongkosnya ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni la jadi kalau perempuan yang bawa kereta..
      Hehehe
      Alhamdulillah ade bonus kerajaan bagi.

      Delete
  3. mamat berdua tu ingt mimie anak dara lagi tu... fewittttt bertuah Mr Tajul ;)

    ReplyDelete
  4. tersalah ngorat mamat tu ye... termengorat isteri MrTajul ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah..
      Tak tengok betul2 cincin di jari..
      Hehehe

      Delete
  5. saya pon jarang sangattttlah hubby hantar/jemput dari office. sebab hala ke office berlainan.
    tapi hujung2 nak bersalin, hubby sanggup hantar. sweet sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai sweetnye izla..
      seronok kan..

      Delete
  6. salam. kalo kete masuk wad mmg peningkan pale. sume keje x kena.

    *tinggal jejak disini.... :)

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG