Friday, August 31, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-55

Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia.. Semoga negara kita sentiasa aman dan bersama2 kita menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.

Tengah layan siaran langsung kemerdekaan di TV. Merdekaa...!!!

Thursday, August 30, 2012

Open House Sana Sini...

Raya Oh Raya..

Seronoknya esok cuti.. Disebabkan esok public holiday, kami suami isteri banyak terima jemputan rumah terbuka hari raya. So semalam duk discuss dengan Mr. Tajul untuk rancang perjalanan sebab malam tu pulak Mr. Tajul ada program di stadium untuk menyambut Hari Kemerdekaan.


Antara tempat2 yang kami dapat jemputan adalah Bangi, Putrajaya, Ampang, Gombak dan Selayang. Tak tau la sempat pergi semua tempat atau tak sebab semua open house ni start lepas solat jumaat. Putrajaya pulak ade 3-4 buah rumah.


Hope perancangan esok dipermudahkan buat kami sekeluarga..

Kepada kawan2 yang telah dipetik nama untuk kawad Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Selamat Berkawad semua. Ramai batch Mimie yang kena petik nama. Alhamdulillah Mimie dah kawen and ade anak kecik. Kalu tak dengan Mimie sekali la terlibat.. Hahaha..



P/s: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 buat semua.




Wednesday, August 29, 2012

My Birthday~~27th

Alhamdulillah...

Allah telah panjangkan usia Mimie sehingga hari ini.. Genap 27 tahun umur Mimie hari ini..

Semalam Mimie dah tertido awal.. Pastu Mr. Tajul gerakkan Mimie dekat jam 12 malam.. Jarang Mr. Tajul gerakkan Mimie tengah tido. Ingatkan Mr. Tajul ni gerakkan Mimie untuk sahur. Hehehe..

Then ada music lagu "Happy birthday to you".. Mr. Tajul ni siap peluk Mimie and dance ikut rentak music. Dah la Mimie tengah mamai2 time ni. Pastu tetiba je sedar ada kek dah siap sedia atas meja. Ayoo.. Mr. Tajul ni prepared time Mimie tgh tido rupanya. Time bila la pulak hubby Mimie ni beli kek. Masih terpinga-pinga. Hehehe..

Pastu Mr. Tajul suruh basuh muka dulu. Batrisyia pulak dah lama terlena. So privacy sangat2 celebration besday malam tadi. Hehehe.. Terima kasih abang untuk suprise yang abang buat.. Sayang betul2 terharu.. Hehehe..

So.. Umur dah genap 27 tahun. Alhamdulillah.. Semoga kehidupan Mimie dan keluarga diberkati Allah. Dan semoga apa yang dimiliki oleh Mimie sekarang dari segi pelajaran, kerjaya, keluarga yang dipinjamkan oleh Allah ni sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT.. Jauhkan Mimie dan keluarga dari sifat mazmumah dan dekatkan diri kami dengan sifat mahmudah.. Aminnn...

Choc Cheese Cake (^_^)

Sedap.. Terima kasih sayang..

Yang ni Mimie simpan untuk Batrisyia.. hehehe

(^____^)

Alhamdulillah Ya Allah.. Kurniakan kami kehidupan yang bahagia. Semoga berkekalan di dunia dan akhirat.. Aaamiinn..

Tuesday, August 28, 2012

Puasa Enam telah bermula...

Alhamdulillah..

Semalam Mr. Tajul dah start puasa 6 di bulan syawal. Semalam pun kami ke pasar borong Selangor. Beli barang dapur. Al-Maklum-lah.. Cuti raya lama katakan.. So stok barang basah pun dah tak berapa ada.

Semalam ingat lepas masak nak amik gambar cantik2 hasil masakan untuk dimasukkan dalam blog ni. Tapi disebabkan kesuntukan masa dengan waktu berbuka dah nak masuk, Mimie sempat snap beberapa keping gambar secara candid je. Hahaha. Ni kes hubby dah lapo nak berbuka. Kekeke..

Juadah berbuka semalam nasi putih dengan lauk ikan cencaru sumbat, kangkung goreng belacan (request from Mr. Tajul), dan telur asin. Takde la banyak sangat lauk. Hehehe. Air pulak, Air Kelapa Muda yang ambik dari kampung di Terengganu. Sedap betul nyior muda ni. (^_^)

Malam tu lepas solat, Mimie and famili duduk tengok tv sambil mengadap kerang rebus. 2 kilo kerang Mimie dan Mr. Tajul cuba abiskan. Tapi tak berjaya.. Hahaha.. Kekenyangan melampau semalam. Kekeke..

Hari ni pulak Mr. Tajul request nak buka pose lauk ketam masak berlada. Hurmm.. Anything for u dear. Cepat la 4.30 petang. Nak balik ambil si kecil Batrisyia dan memasak untuk keluarga. (^____^)

Tomei Mama dan Ayah (^_^)

Anak dan Ayah (^_^)


Monday, August 27, 2012

Tart Nenas Favourite Ummie (^_^)

Salam readers..

Bulan pose hari tu Mimie tak update pun story nak buat kuih raya.. Mimie start buat kuih raya masa balik umah famili Mimie di Kuantan. Sehari sebelum raya sibuk buat kuih tart dan biskut famous amos.

Terima kasih buat suami tercinta coz sudi tolong isteri abang ni buat kuih raya.. Walaupun berkain pelikat, gigih betul tolong Mimie buat kuih raya. Hehehe..

Tart ni kegemaran my mother in law. Setiap tahun mesti Ummie mesti tanya Mimie buat kuih tart tak? So.. Wajib buat untuk mak mertua tersayang..

Resepi tart

Bahan-bahannya;
250g butter (1 buku butter tu)
2 biji telur kuning
30g gula icing
1/2 camca teh garam
1/2 canca teh esen vanila
20g tepung jagung
350g tepung gandum

Cara membuatnya;
1. Pukul 2 biji telur kuning.
2. Masukkan gula dan pukul lagi.
3. Masukkan butter dan pukul lagi lagi..
4. Masukkan esen vanila, garam dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung jagung dan pukul sebati.
6. Last sekali masukkan tepung gandum sehingga jadi doh.
7. Masukkan doh dalam acuan semperit dan picit sampai keluar.
8. Letak inti sebelum gulung tart.
9. Sapu telur kuning atas tart yang dah bergulung.
10. Bakar pada suhu 150-175 darjah celcius selama 10-15 minit. Siap..

Rupa tart yang tgh dibakar




Alahai suami Mimie ni.. Sweetnye tolong Mimie.. Hehe


 Notakakitangan: Kemeriahan syawal buat keluarga sungguh membahagiakan.. Terima kasih Allah.. (^_^)

Friday, August 24, 2012

Selamat Sampai...

Alhamdulillah...

Perjalanan Dungun-Kuantan-KL telah selamat.. Seronoknya dapat balik rumah sendiri.. Kemeriahan syawal di rumah famili Mimie dan Mertua sangat2 menyeronokkan.. Rasa macam cepat je masa berlalu.. Takde apa yang lebih membahagiakan bila dapat beraya bersama suami tercinta, anakanda tersayang dan famili yang dikasihi..

Memang penat sangat tapi perjalanan hari ni berjalan lancar.. Tak jammed pun.. So dapat kami balik dengan tenang.. Hehe..

Ni pun tengah update blog di samping suami tercinta.. Mr. Tajul ni tanya buat ape tu sayang..?? Mimie jawab tengah update blog.. Hehe.. Okay la.. Nak pi hidang makanan pulak.. Nak teman Mr. Tajul dan anakanda kami. Time untuk manja2 dengan hubby.. Keke.. Nanti kita story lagi yer.. Selamat bercuti blogger semua..

p/s: Tak sempst nak BW lagi.. Sorry ye kawan2..

Thursday, August 16, 2012

Di penghujung Ramadhan..

Assalamualaikum wbt..

Di penghujung ramadhan ni semakin sayu hati.. Adakah dapat bertemu lagi Ramadhan pada masa hadapan..??? Ya Allah.. Pertemukan kami dengan Ramadhan-Mu lagi supaya dapat kami menunaikan ibadah lebih dari tahun ini dan tahun2 sebelumnya.. Aminnn...

Malam ni selepas solat terawih, kami satu famili akan bertolak balik ke Kuantan (ngelat turn raya yg sepatutnya di Dungun.. hehehe). Semoga Allah permudahkan segala urusan perjalanan kami.. Aminnn..

Balik Kuantan nanti dah berderet-deret list yang nak kena buat. Tahun ni Mimie tak start buat kuih raya lagi. Satu apa pun tak buat. Semuanya kuih tunjuk, kerepek2, dan Mr. Tajul paling banyak dapat hamper dan kuih raya dari SUB (Setiausaha Bahagian) dan Timbalan Menteri II di Kementerian dia..

So balik Kuantan ni baru la nak start buat kuih tart gulung dan biskut famous amos seperti tahun sebelumnya. Sebelum ni semua resepi tu Mimie update dalam blog Mimie yang hilang tu. So tahun ni Mimie akan share semula ok. Nanti Mimie upload resepi dan gambar biskut yang Mimie sendiri buat.

Malam raya ni, Abah dan Mama Mimie nak buat Nasi Bukhari untuk hidangan raya. Apa tu nasi bukhari?? Raya nanti Mimie tunjuk.. Hehehe.. Selain itu, nak buat lemang, ketupat daun kelapa.. Bestnye kan.. InsyaALLAH nanti Mimie update story tentang persiapan malam raya dan perjalanan raya kami sekeluarga tahun ini.

Okay readers.. Time untuk packaging barang.. Selamat menyambut hari raya aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Tangan dihulurkan bagi memohon kemaafan sekiranya ada khilaf dan terguris hati di sepanjang membaca blog Mimie. Blog ini adalah catatan diari kehidupan Mimie untuk tatapan anak cucu di masa akan datang berkenaan kehidupan Mimie, suami tercinta, anak2 dan cucu cicit(advance ni.. hehehe)..

Okay readers... Papai.. (^_________^)

Friday, August 10, 2012

Mood Raya~~~

Tolong.. Tolong..

Mood raya yang melanda.. Pagi tadi clearkan kerja-kerja ofis. Memang clear meja kat opis ni. Lega rasanya. Tak suka nak tinggalkan kerja menimbun atas meja. So sebelum bercuti panjang lebih baik clearkan bilik. Sedap sikit mata memandang melihat bilik kemas dengan menyelesaikan kerja-kerja sebelum ditinggalkan untuk beraya.

Alhamdulillah.. Bonus yang kerajaan bagi.. Tadi baru online shopping baju2 Batrisyia. Asyik baju Batrisyia je kan.. Untuk ayah Batrisyia takde. Hahaha. Tunggu minggu depan la. Nak amik cuti untuk shopping baju raya. Hopefully berjalan lancar.

Okay kawan2.. Sebenarnya malas sangat nak menulils blog ni. Mood raya.. Hahaha.. Harap akan datang ade la mood nak menulis.. Ok.. Selamat bercuti kepada semua yang dah start cuti raya. Berhati-hati di jalanraya..

Checklist barang raya (^_^)

Notakakitangan: Next month (September) Family Vacation pulak.. Cameron Highland.. Bak kata my boss masa sign borang cuti.. "Ni cuti honeymoon ker..??".. Hehehehe.. (^_______^)



Wednesday, August 8, 2012

Anak Pintar (^_____^)


Assalamualaikum mummy blogger and readers,

Mimie nak share tips dalam mendidik anak². Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak² kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya.. Selamat mencuba!
 
1.      Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik
- bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak².
 
2.      Berikan anak anda pelukkan setiap hari
- ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari terutama seorg mak, anak kita tahu yang kita sayangkan dia. Dia akan tahu kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
 
3.      Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
- pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak...
 
4.      Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
- Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi...
 
5.      Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
- mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin tahu dan alami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
 
6.      Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
- Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak² perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
 
7.      Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh
- Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
 
8.      Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.
- Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Ala, mcm aznil tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo... untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.
 
9.      Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
- ada masa²nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.
 
10.  Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya
- Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.
 
11.  Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya
- Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak² yg  dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
 
12.  Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali
- ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia. 
 
13.  Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .
- Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak² even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak ke dapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.
 
14.  Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda
- Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.
 
15.  Hargailah permainan kesayangan anak anda
- Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
 
16.  Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
- biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.
 
17.  Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna
- Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak². nnt mereka rendah diri.
 
18.  Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
- Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak² dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.
 
19.  Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
- Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
 
20.  Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
- hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita


Cinta Hati Mama dan Ayah (^___^)

Doa Hari ke-19 bulan Ramadhan

 
اَللَّهُمَّ وَفِّرْ فِيْهِ حَظِّيْ مِنْ بَرَكَاتِهِ وَ سَ سَبِيْلِيْ إِلَى خَيْرَاتِهِ وَ لاَ تَحْرِمْنِيْ قَبُوْلَ حَسَنَاتِهِ يَا هَادِيًا إِلَى الْحَقِّ الْمُبِيْنِ
 Ya Allah, sempurnakanlah bagianku di bulan ini dengan berkahnya, permudahlah jalanku untuk menempuh kebaikannya, dan janganlah Kau halangi diriku untuk menerima kebaikannya, wahai Penunjuk Jalan kepada kebenaran yang nyata.
Aminnn...
Alhamdulillah.. Dah masuk hari ke-19 Ramadhan.. Bermakna malam ni malam ke-10 terakhir Ramadhan. Bersama-sama kita menjalankan ibadah dan mengambil berkat malam Lailatul Qadar. Sesungguhnya Lailatul Qadar lebih baik dari 1000 bulan..
 
 

Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Cinta (^_^)

Mood happy yang teramat sesangat.. Of coz la hepi sangat-sangat.. Sebab.... Mr. Tajul setuju beraya di Pahang tahun ni. Sepatutnya turn kali ni beraya di Terengganu rumah famili Mr. Tajul sebab tahun lepas dah beraya di Pahang rumah sebelah keluarga Mimie. Tapi atas godaan seorang isteri kepada encik suami, akhirnya.. Mr. Tajul setuju untuk beraya di rumah famili Mimie dahulu sebelum beraya ke rumah famili Mr. Tajul.

Reason yang membuatkan Mr. Tajul setuju nak beraya di Pahang adalah disebabkan adik Mimie yang bekerja sebagai polis tu 1st time dapat cuti raya. Since dapat kerja polis adik lelaki Mimie ni tak pernah dapat cuti raya. Biasa la.. Dah la polis. Bujang pulak tu.. Memang susah la nak dapat cuti raya kan.. So tahun ni semua berkumpul kecuali Mimie. Disebabkan nak berkumpul satu keluarga, teknik menggoda Mr. Tajul akhirnya membuahkan hasil yang baik.. Kekeke.. (Apa ntah aku melalut ni. Mood hepi terlebih-lebih..) Alhamdulillah.. Mr. Tajul setuju beraya di Kuantan..

Apa2 pun tak kisah beraya di mana-mana sahaja asalkan beraya bersama suami dan anakanda tercinta. Sebab Mimie dari kecil lagi memang beraya dengan abah dan mama Mimie dan adik beradik. Tak pernah seumur hidup pun Mama balik kampung beraya dengan anak2 atas alasan abah ada urusan kerja. Mesti balik sama2 satu famili dengan bergilir-gilir kampung abah dan mama setiap tahun. Mimie pun nak buat macam tu la. Taknak la beraya takde suami. Biar la tak balik kampung dari meninggalkan suami beraya sambil bekerja sorang-sorang. At least bila suami balik kerja, Mimie boleh terpacak menanti suami tercinta. Takde la suami balik dari kerja tengok rumah kosong takde isteri dengan anak. Ishh... Tak sampai hati la..

So.. Hope perkara tu tak terjadi. Sebab kerja Mr. Tajul tak memerlukan bekerja di hari cuti. Untung badan.. So boleh beraya setiap tahun bersama.. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.. Muah..!!! Cayang hubby..

Batrisyia dan Mama (^___^)

Friday, August 3, 2012

Free Baskin Robbins Ice Cream (^___^)


Yogurt dan caramel sedap..


Berita TV3 semalam menyiarkan sekiranya Malaysia memperolehi pingat emas pertama dalam sukan Olmpik di London, Baskin Robbins akan memberi ice cream percuma kepada seluruh rakyat malaysia di ke semua 61 Baskin Robbins Outlet di Malaysia ( kecuali Pantai Hospital dan Genting Highland )..

Oleh kerana Mimie ni peminat tegar ice cream, so tak sabar nak tunggu Malaysia dapat emas dalam olimpik.. Setakat ni harapan digalas oleh Datuk Lee Chong Wei. Selain itu, beregu Badminton Koo Kien Keat dan Tan Boon Hong masih berjuang untuk peroleh emas untuk negara. Dan lagi pelumba basikal negara iaitu Azizul Hasni Awang dan Fatihah juga tidak ketinggalan..

You all semua boleh dapatkan ice cream Baskin Robbins ni pada 08.08.2012 (Rabu) pada jam 08.00 malam sehingga 10.00 malam. Tapi tunggu Malaysia dapat gold medal dulu la. Kalau takde korang kena bayar sendiri la.. Hehehe...

Thursday, August 2, 2012

Welcome.. Welcome.. (^o^)

Ngee.. Ngee.. (^______^)
Tersengih memanjanng dengan gadget baru..

Ni hubby punyer (^___^)


P/s: I love new gadget..  (^_____^)
WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG