Thursday, August 16, 2012

Di penghujung Ramadhan..

Assalamualaikum wbt..

Di penghujung ramadhan ni semakin sayu hati.. Adakah dapat bertemu lagi Ramadhan pada masa hadapan..??? Ya Allah.. Pertemukan kami dengan Ramadhan-Mu lagi supaya dapat kami menunaikan ibadah lebih dari tahun ini dan tahun2 sebelumnya.. Aminnn...

Malam ni selepas solat terawih, kami satu famili akan bertolak balik ke Kuantan (ngelat turn raya yg sepatutnya di Dungun.. hehehe). Semoga Allah permudahkan segala urusan perjalanan kami.. Aminnn..

Balik Kuantan nanti dah berderet-deret list yang nak kena buat. Tahun ni Mimie tak start buat kuih raya lagi. Satu apa pun tak buat. Semuanya kuih tunjuk, kerepek2, dan Mr. Tajul paling banyak dapat hamper dan kuih raya dari SUB (Setiausaha Bahagian) dan Timbalan Menteri II di Kementerian dia..

So balik Kuantan ni baru la nak start buat kuih tart gulung dan biskut famous amos seperti tahun sebelumnya. Sebelum ni semua resepi tu Mimie update dalam blog Mimie yang hilang tu. So tahun ni Mimie akan share semula ok. Nanti Mimie upload resepi dan gambar biskut yang Mimie sendiri buat.

Malam raya ni, Abah dan Mama Mimie nak buat Nasi Bukhari untuk hidangan raya. Apa tu nasi bukhari?? Raya nanti Mimie tunjuk.. Hehehe.. Selain itu, nak buat lemang, ketupat daun kelapa.. Bestnye kan.. InsyaALLAH nanti Mimie update story tentang persiapan malam raya dan perjalanan raya kami sekeluarga tahun ini.

Okay readers.. Time untuk packaging barang.. Selamat menyambut hari raya aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Tangan dihulurkan bagi memohon kemaafan sekiranya ada khilaf dan terguris hati di sepanjang membaca blog Mimie. Blog ini adalah catatan diari kehidupan Mimie untuk tatapan anak cucu di masa akan datang berkenaan kehidupan Mimie, suami tercinta, anak2 dan cucu cicit(advance ni.. hehehe)..

Okay readers... Papai.. (^_________^)

8 comments:

  1. Selamat hari raya, selamat balik kampung. seronoknya dapat balik kampung. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lebaran zie omar..
      maaf zahir dan batin..
      (^_^)

      Delete
  2. selamat hari raya mimi... :) maaf zahir batin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lebaran Allene..
      Sama la dgn mimie..
      0-0

      Delete
  3. salam aidilfitri mimi..maaf andaia da tersalah bicara

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam lebaran mama aryan..
      sama la jgk..
      maaf zahir batin..

      Delete
  4. SALAM LEBARAN dari kami jgk..

    sabtu ni baru nak balik ganu kite.. hrp2 x jem lew...

    huhuuh haah lew , sayu je rs Ramadhan dh nk abis

    ReplyDelete
  5. diharapkan umur kita pjg utk bertemu lg dgn ramadhan tahun depan..salam aidilfitri ye

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG