Tuesday, August 28, 2012

Puasa Enam telah bermula...

Alhamdulillah..

Semalam Mr. Tajul dah start puasa 6 di bulan syawal. Semalam pun kami ke pasar borong Selangor. Beli barang dapur. Al-Maklum-lah.. Cuti raya lama katakan.. So stok barang basah pun dah tak berapa ada.

Semalam ingat lepas masak nak amik gambar cantik2 hasil masakan untuk dimasukkan dalam blog ni. Tapi disebabkan kesuntukan masa dengan waktu berbuka dah nak masuk, Mimie sempat snap beberapa keping gambar secara candid je. Hahaha. Ni kes hubby dah lapo nak berbuka. Kekeke..

Juadah berbuka semalam nasi putih dengan lauk ikan cencaru sumbat, kangkung goreng belacan (request from Mr. Tajul), dan telur asin. Takde la banyak sangat lauk. Hehehe. Air pulak, Air Kelapa Muda yang ambik dari kampung di Terengganu. Sedap betul nyior muda ni. (^_^)

Malam tu lepas solat, Mimie and famili duduk tengok tv sambil mengadap kerang rebus. 2 kilo kerang Mimie dan Mr. Tajul cuba abiskan. Tapi tak berjaya.. Hahaha.. Kekenyangan melampau semalam. Kekeke..

Hari ni pulak Mr. Tajul request nak buka pose lauk ketam masak berlada. Hurmm.. Anything for u dear. Cepat la 4.30 petang. Nak balik ambil si kecil Batrisyia dan memasak untuk keluarga. (^____^)

Tomei Mama dan Ayah (^_^)

Anak dan Ayah (^_^)


4 comments:

  1. sy tak mula lagi puasa enam. kat opis ni ada gak yg dah pose. masih sedap lagi mengunyah biskut raya di opis ni. minggu dpn insyallah baru nak start.

    ReplyDelete
  2. tetiba teringin nak makan kerang plak... :(( oh mimi.. kenapa tangkap gmbr tu...

    ReplyDelete
  3. ada keranglaah..sedapnyeee

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG