Tuesday, September 25, 2012

Hati berbunga-bunga (^_^)

Alhamdulillah...

Lama dah tak update story kat sini.. Sorry to my reader... Mimie tengah prepare untuk big event awal bulan depan.. So tak dapat nak update story banyak2 kat sini.

Awal bulan depan Mimie terlibat sebagai salah seorang Liaison Officer untuk lebih dari 100 buah negara selama seminggu. Sesiapa ada pengalaman sebagai Liaison Officer boleh kongsi dengan Mimie.. Hope segalanya dipermudahkan.. Konvensyen pulak dekat KLCC. Addoooiii... Nak mengadap jam dan delegasi ni lagi.. Hurmmm....

So readers... Sebenarnya hati berbunga-bunga bukan pasal liaison officer ni. Hati Mimie berbunga-bunga sebab perancangan yang selama ini dirancang berjalan lancar. Apa perancangan tu...??? Nanti ada masa Mimie kongsi yer... Ok readers... Jumpa lagi.. Papaiiii....

Notakakitangan: Terima kasih Mr. Tajul.... Love u forever n ever... Batrisyia jugakk... (^___^)

Thursday, September 20, 2012

Handset tertinggal...!!!

Alahai...

Camne la handset boleh tertinggal ni... Sekali dengan pas nak masuk office.. Dah la nak masuk opis pintu berlapis2 untuk segala urusan..

Penyelesaiannye..

Call Mr. Tajul.. Alhamdulillah masih di rumah dan belum gerak ke tempat kerja lagi.. So my laling.. Minta tolong hantar handset and pas kerja ur lovely wife ni yer bucuk cayang... Hehehehe...

P/s: Menunggu Mr. Tajul tiba... (^_______^)

Wednesday, September 19, 2012

Nasihat dari suami tercinta

Perkongsian di FB oleh Mr. Tajul kepada Mimie (^_^)
Terima kasih abang.. Alhamdulillah selalu kita amalkan setiap hari dari celik mata sehingga sebelum kita melelapkan mata bersama.. Terima kasih atas bimbingan yang diberikan kepada isteri dn anakanda..

Tuesday, September 18, 2012

ZOO NEGARA (^_^)

Alhamdulillah...

Semalam cuti yang menyeronokkan.. Mana taknya.. Mr. Tajul bawa Mimie dan Batrisyia ke Zoo Negara.. Batrisyia memang enjoy tengok animal kat sini. Macam2 haiwan dah dilihat oleh Batrisyia. Pandai anak Mama dan Ayah ni ajuk harimau dan singa mengauumm.. Sungguh mencuit hati Mimie dan Mr. Tajul..

Seharian di Zoo Negara memang memenatkan.. Tapi yang penting kami sangat2 gembira.. At least masa bersama keluarga terluang pada hari2 cuti ni.. Thank you Mr. Tajul for this plan untuk Mama dan Batrisyia.

Untuk yang nak datang ke sini harga tiket untuk masuk Zoo Negara bagi dewasa RM20 seorang (kena tunjuk mykad). Untuk foreigner harga lain okay.. Hehehe.. Batrisyia free... Nak naik train pulak harga RM3.00 seorang.

Lepas balik dari Zoo kami attend rumah terbuka sekitar rumah pulak. Satu hari yang penuh aktiviti dan pengisian keluarga. Okay.. Layan gambar... Hehehe

Selamat Datang..!!!

Ayah stooppp!!!

My Sweet potato.. (^_^)

Mama yang terlebih happy Hahaha...

My sweetheart..!!!

Ehem.. Ehemm.. My love (^_^)

Pengembaraan si kecil..

Alligator VS Crocodile

Cinta Hati saya (^_^)

Batrisyia dan Mama yang happy

Giraffe

Batrisyia yang takut gajah besar

Notakakitangan: Mr. Tajul yang semakin busy dengan parlimen yang akan bersidang. Apa-apapun.. Sangat berterima kasih buat cinta hati Mimie ni coz masa terluang sepenuhnya diberikan kepada Mimie dan anak kami.

Sunday, September 16, 2012

Tahniah Adik....!!!


Alhamdulillah... Adik bongsuku berjaya melanjutkan degree di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)..
Alhamdulillah anak2 Hj. Sabri berjaya menapak ke menara gading... Semoga kita sama2 berbakti kepada orang tua kita yer...
To my adik...
Jangan dok asyik bercinta yer.. Pastikan lulus dengan cemerlang dan berjaya di peringkat ini seperti abah, mama serta kakak2 dn abang2 mu...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, September 14, 2012

Batrisyia Yang Sukakan Baby (^_^)

Alhamdulillah.. Batrisyia dah berumur 22 bulan.. Lagi 2 bulan genap la umur si kecil ni 2 tahun. Hurmm.. Bila tengok balik banyak angka 2 kat sini. Apa2 pun hope anak mama ni membesar dengan sihat dan pintar..

Mimie nak story tentang Batrisyia yang sangat sukakan baby. Pagi2 bila hantar kat nursery, cikgu cakap Batrisyia terus ke bilik baby untuk tidurkan baby.. Alahai anak mama ni.. Sifat penyayang tu mama dan ayah suka sangat.. Patut la ayah ada jenguk kat nursery pagi2 sebelum pergi kerja tak nampak Batrisyia dengan kanak-kanak sebaya dia main dekat hall. Rupa-rupanya suka duduk dengan baby lagi..

Petang pulak Mimie ambil lepas waktu kerja, kanak-kanak semua berkumpul depan sliding door untuk main dekat luar. Bila cari-cari tak jumpa pun anak mama ni. Tapi kawan2 Batrisyia ni ramai. Bila Mimie datang nak ambil Batrisyia pasti kawan-kawannya jerit "Batrisyia.. Mama datangggg....!!!".. Glamour anak mama ni.. Pastu tau-tau keluar dari bilik baby. Cikgu cakap kalau tak bagi masuk nanti Batrisyia nangis. Cikgu cakap lagi, dia sayang baby dan tak pernah kacau baby. Asyik nak bobok baby suruh tido.. Hahaha..

Batrisyia pun sangat bijak sebab anak mama ni boleh kenal semua nama kawan-kawan dia.. Ya Allah.. Hebat kuasaMu terhadap anak-anak kecil ini. Walaupun Batrisyia belum genap 2 tahun tapi boleh ingat nama-nama kawannya, tahu apa nak dan tak suka serta petah berkata. Alhamdulillah..

Semoga anak Mama membesar menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia dan akhirat.. Hujung minggu ni dan sempena cuti Hari Malaysia Isnin ni Mama dan Ayah bawa jalan okay... Cayang Batrisyia comel..

Nur Batrisyia Zahra (^_^)

Thursday, September 13, 2012

Halal Itu Lebih Kemanisannya (^_^)

Sumber FB


Sekadar peringatan buat semua... Cinta selepas diijabkabul lebih nikmat untuk semua.. Alhamdulillah suamiku yang terbaik sepanjang perkenalan sehingga kini.. Terima kasih Allah... (^_^)

Tuesday, September 11, 2012

Pagi Yang Sibuk...

Pagi ni macam kelam kelibut sikit. Maybe sampai lewat sikit dari biasa. Ni baru online kejap untuk update blog.

First sekali nak ucap tahniah kat 2 orang kawan baik Mimie coz bakal menimang cahaya mata tahun depan.. Tahniah! Tahniah!

Jap lagi nak mengadap laporan yang diberikan oleh pegawai-pegawai.. Nak masuk tengah bulan ni kena pantau perkembangan report bahagian untuk pastikan hujung bulan ni tak pening2 dengan maklumat bulanan yang diberikan..

Hope boleh balik awal untuk siapkan juadah berbuka kami suami isteri yang tengah poser enam sekarang. Esok last poser enam insyaAllah..

Okay readers.. Selamat bekerja...

P/s: Terima kasih Mr. Tajul coz buat Mimie rasa sangat2 dihargai sepanjang perkenalan dan perkahwinan kita.. Abang sangat-sangat romantik la.. Hahahaaha.... (hanya Mr. Tajul je tau kan.. Kan.. Hahaha)

Monday, September 10, 2012

DOA RABITAH

  Doa ini Mimie selalu amalkan setiap pagi dan selalu dibaca setiap pagi dalam Radio IKIM..
Sama-sama kita amalkan yer...



Ya Allah Engkau Mengetahui Hati Hati Ini
Telah Berkumpul Kerana Kasihkan Mu
Bertemu  Dan Patuh Pada Mu
Bersatu Memikul Dakwahmu
Hati Hati Ini Telah Berjanji Setia
Mendaulat Dan Menyokong  Syariat Mu
Maka Eratkanlah Akan Ikatannya
Kekalkan  Kemesraan Hati Ini
Tunjukkan ia  Jalan Yang Sebenar
Limpahkan Dengan  Cahaya  Rabbani Mu
Yang Tak Pernah Padam
Dan Lapangkan Dengan Iman

Friday, September 7, 2012

Cameron Highland ~~ Part 2

Salam my readers...

Hari ni Mimie nak continue story trip ke Cameron Highland.. Selain ladang teh, kami sekeluarga ke Cactus Point. Kat sini macam2 jenis cactus ada. Pokok2 bunga pun banyak. Pendek kata rambang mata jugak nak pilih. Haa.. U all semua boleh beli untuk souvenir untuk kaum keluarga dan sahabat handai. Hehehe..

Selain cactus point ni, Kami ke strawberry farm. Wajib pergi tau. Kalau tak tak lengkap percutian ke CH ni. Kami sekeluarga ke Health Strawberry Farm. Tempatnya terletak dekat dengan rumah persekutuan. Yang keje gomen mesti tau. Hehehe..

Kami sekeluarga ni makan strawberry sampai puas hati la. Hehehe.. Ade aiskim malaysia strawberry. Sedap sangat.. Penuh rasa buah strawberry.. Hehehe.. Selain tu aiskrim cup strawberry pun sedap. Bawah aiskrim ni ada jem strawberry dan buah strawberry yang segar. Batrisyia pulak suka strawberry celup cokelat. Aiiyyookk... Sedapnye.. Balik nanti nak celup strawberry yang dalam peti tu dengan coklat la. Hehehe


Okay la.. Layan gambar..

Ais krim.. Yum.. Yum..

Cactus comel..

Si kecil dgn strawberry cokelat..

Posing dengan tumbuhan segar

Anak dan Ayah mamam aiskerim..

Bessttt..!!!! (^_^)

Petik sendiri.. (^_^)

 P/s: Saya sayang awak tau Mr. Tajul.. Hahaha
(Saje je nak Mr. Tajul baca ni... :) )

Thursday, September 6, 2012

3D 2N Cameron Highland ~~ Part 1

Alhamdulillah...

Wishlist tahun 2012 telah complete dengan percutian di Cameron Highland pada 02.09.2012 sehingga 04.09.2012. Seronok pergi waktu bukan cuti sekolah ni. Tak bersesak2 dengan ramai orang. Perjalanan dan percutian pun berjalan lancar dengan izin Allah SWT.

Mimie dan keluarga menginap di Jasmine Hotel. Hotel ni terletak betul2 di tengah2 pekan Brinchang. So aktviti malam untuk ke pasar dan kedai2 souvenir pun mudah dengan berjalan kaki. Kedai makan pun dekat dan banyak pilihan.

Mimie nak kongsi pengalaman ke ladang teh boh di sungai palas boh plantation. Nak pergi sini kena 'fit'. Mana taknya.. Kena memanjat bukit ladang teh untuk ke kilang yang terletak di atas ladang teh ni. Batrisyia..??? Takkan la si kecil ni nak memanjat bukit. Kesian anak mama ni. Mimie yang dukung sampai naik atas. Ayah pulak...??? Ayah amik gambar sebab Mama "fit" lagi dari ayah. Hehehe... (Jangan mare ye Mr. Tajul cayang..)

Sini ada gambar di sepanjang ladang teh boh sungai palas.. (^___^)




Mama dan Batrisyia
Our blissful's family..
From Mr. Tajul (^__^)
Anak dan Ayah
Breakfast with sweet daughter
Beli tea.. Hehehe
TQ hubby (^_^)
Sedap vanilla tea ni.. Tak sia2 beli..

(^__^)

Wednesday, September 5, 2012

Sweet Roses from Mr. Tajul (^_^)

Terima Kasih Cinta (^_^)


1st Day kerja dalam minggu ni.. Baru balik dari family vacation semalam. Cameron Highland memanng best. Terima kasih pada Mr. Tajul coz bawa mama dan Batrisyia jalan2. Dan terima kasih jugak untuk 4 bouquet fresh flower and roses untuk Mimie. 1 bouquet letak kat bilik kita. Satu lagi letak kat dining hall. Satu lagi letak kat living hall. Then the dark red roses ni Mimie bawa untuk letak di ofis. (^___^)

Wishlist 2012 telah complete dilaksanakan... Next year baru create wishlist baru.. Hehehe

Saturday, September 1, 2012

SYAWAL 1433H (^_^)

Kemeriahan Syawal buat Mimie dan keluarga... (^______^)..
Layan gambar sepanjang syawal..

Abah dan Mama tercinta (^_^)

Complete kami sekeluarga (^_^)

Kami 5 beradik (^_^)

Yeah..!!! Abah bagi duit raya..

Hubby pun dapat jugak.. Hahaha

Main beskal di hari raya (^_^)

Ziarah saudara sakit di Hospital

Bersiar-siar di pantai bersama famili

Dating naik motor.. best.. (^_^)

Ayah dan anak.. (^_^)

Salam Lebaran dari kami sekeluarga (^_^)

Notakakitangan: Esok Family Vacation >>> Cameron Highland (^__^)
WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG