Friday, September 14, 2012

Batrisyia Yang Sukakan Baby (^_^)

Alhamdulillah.. Batrisyia dah berumur 22 bulan.. Lagi 2 bulan genap la umur si kecil ni 2 tahun. Hurmm.. Bila tengok balik banyak angka 2 kat sini. Apa2 pun hope anak mama ni membesar dengan sihat dan pintar..

Mimie nak story tentang Batrisyia yang sangat sukakan baby. Pagi2 bila hantar kat nursery, cikgu cakap Batrisyia terus ke bilik baby untuk tidurkan baby.. Alahai anak mama ni.. Sifat penyayang tu mama dan ayah suka sangat.. Patut la ayah ada jenguk kat nursery pagi2 sebelum pergi kerja tak nampak Batrisyia dengan kanak-kanak sebaya dia main dekat hall. Rupa-rupanya suka duduk dengan baby lagi..

Petang pulak Mimie ambil lepas waktu kerja, kanak-kanak semua berkumpul depan sliding door untuk main dekat luar. Bila cari-cari tak jumpa pun anak mama ni. Tapi kawan2 Batrisyia ni ramai. Bila Mimie datang nak ambil Batrisyia pasti kawan-kawannya jerit "Batrisyia.. Mama datangggg....!!!".. Glamour anak mama ni.. Pastu tau-tau keluar dari bilik baby. Cikgu cakap kalau tak bagi masuk nanti Batrisyia nangis. Cikgu cakap lagi, dia sayang baby dan tak pernah kacau baby. Asyik nak bobok baby suruh tido.. Hahaha..

Batrisyia pun sangat bijak sebab anak mama ni boleh kenal semua nama kawan-kawan dia.. Ya Allah.. Hebat kuasaMu terhadap anak-anak kecil ini. Walaupun Batrisyia belum genap 2 tahun tapi boleh ingat nama-nama kawannya, tahu apa nak dan tak suka serta petah berkata. Alhamdulillah..

Semoga anak Mama membesar menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia dan akhirat.. Hujung minggu ni dan sempena cuti Hari Malaysia Isnin ni Mama dan Ayah bawa jalan okay... Cayang Batrisyia comel..

Nur Batrisyia Zahra (^_^)

6 comments:

  1. hahaa...Zameer pon pndai jaga baby...kat taska dia, Cik D ada jaga baby usia 3 bulan sorg, dia la yg duk jaga xnk bg budak lain dekat pon...baby nangis dia tepuk2, cakap bahasa baby sampai baby tu tergelak2...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Na..
      Kalau balik rumah siap merangkak2 dan buat suara mcm baby..
      Ak dgn abg tajul ketawa tgk karenah anak ni..
      Hahaha

      Delete
  2. Hint nak adik kot he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiiinnn...
      InsyaAllah Lia..
      Akan usahakannya...
      Hahahaha

      Delete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG