Tuesday, October 30, 2012

NIEQ DAN SHAFIK DATANG RUMAH (^_^)

Sape Nieq dan Shafik ni..????

Oooo.. Nieq ni salah seorang BFF Mimie.. Mimie ada 3 orang BFF iaitu Puan Kema, Puan Na dan Nieq.. Nieq datang dengan shafik? Sape Shafik? Shafik tu husband Nieq la.. Kawan sama2 teknik airport kat Terengganu dulu.. Shafik ni senior kami.. Hehehe...

Alhamdulillah... Sampai jugak kamu berdua kat teratak kami ni.. Terkejut jugak Mimie tiba2 dapat call dari Nieq lepas balik kerja semalam. Nieq cakap ada kat Nilai.. Alamak.. Dekat sangat dengan rumah Mimie.. Kelam kelibut Mimie nak siapkan dinner.. Takkan tetamu tak makan kat rumah kami. Kalau dah datang wajib makan kat rumah kami.. Walaupun Mimie bukan chef pakar memasak.. Hahaha..

Dalam kelam kelibut tu, Alhamdulillah suami datang membantu di dapur.. Sempat la menyiapkan juadah makan malam yang tak seberapa.. Sorry ye Nieq.. Sempat buat Ayam berempah, Masak lemak tempoyak pucuk ubi dengan petai, Ikan Bilis masak Pedas, Sambal Belacan dan Ualm timun.. Next time datang bagitau awal2 tau Nieq.. Boleh masak special sikit.. hehehe..

Sorry tak sempat snap picture semalam.. Semoga Nieq dan keluarga sihat selalu ye.. Jaga kandungan baik2.. (^_^)


Wednesday, October 24, 2012

PHILIPS AVENT 3 IN 1 STERILIZER

Alhamdulillah... Tercapai hasrat nak belikan sterilizer untuk Batrisyia. Hope Batrisyia dan adik Batrisyia dapat banyak manfaat lepas ni.. Hehehehe

Sebenarnya dah lama nak beli sterilizer ni. Cuma tunggu yang betul2 offer baru dapat beli. Puas hati beli kali ni. Memang offer kaw kaw.. Harga asal RM349.00 tapi lepas less Mimie dapat RM279.00.. Berbaloi kan menunggu.. Hehehe..

Ni kira advance birthday Batrisyia untuk bulan depan ye.. (^_^)

Alhamdulillah

Sehari order dah sampai (^_^)

Si kecil yang excited semasa buka bungkusan

Batrisyia punyer.. (^_^)

Monday, October 22, 2012

Happy Birthday Suami Tercinta... (^_^)

Hari Sabtu lepas birthday suami tercinta.. Alhamdulillah.. Dah genap 30 tahun umur suami tercinta ni.. Jangan jeles ye hubby.. Dah masuk 3rd series tu.. Isterimu ini still sweet 27th.. 2nd series lagi tau.. Hahahaha... Semoga abang sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.. Amiiinnn..

Sempena birthday Mr. Tajul yang ke-30 ni, Mimie tempah khas rainbow cake untuk suami tercinta. Kami celebrate pada 20.10.2012 jam 12 tengah malam. Time ni Batrisyia dah tido pun.. Hehehe..

Buat suami tercinta,
Terima kasih kerana hadir dalam diri sayang sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anak kita..
Terima kasih di atas bimbingan dan panduan hidup berlandaskan syariat agama..
Terima kasih dengan segala kasih sayang, cinta dan pengorbanan buat sayang dan anak-anak..
Terima kasih untuk segalanya sayangku (Ceewaahh... Jiwang sikit hari ni)


Mengimbau kenangan bersama suami ni sangat2 menusuk kalbu. Keikhlasan Mr. Tajul membuatkan Mimie menerimanya sebagai suami dengan berkat dan doa restu kedua orang tua kami.. Alhamdulillah..

LOVE U SO MUCH HUBBY...!!!!

Mengimbau masa tunang dulu2.. Hehehe
Mengimbau masa tunang dulu2.. Hehehe

Friday, October 19, 2012

Garrett Popcorn (^_^)

Menyempat je lunch hour jalan kat KLCC.. Mimie pergi KLCC dengan kawan ofis. Kebetulan ada kerja rasmi di Bank Negara Malaysia. So dah lunch hour tu singgah jap KLCC. Actually sebenarnya takde apa nak beli pun. Cuma tercari2 jugak birthday present untuk suami tersayang. Birthday Mr. Tajul esok. So.. Tak mau cerita kat sini sebab nanti Mr. Tajul baca. Nanti tak suprise hahahaha...

Anyway thankz my ofismate yang sudi teman ke KLCC lepas abis keje tadi. Hehehe.. Kat KLCC ni Mimie beli popcorn. Sedap.. Ada macam2 flavour. Tapi Mimie beli mix popcorn iaitu cheese popcorn + caramel. Kat sini ada rasa kontra lemak cheese dan manis2 caramel. Ok la. Nak pi solat jap. Next time story lagi.. Papai...

Beli small size (RM17). Tu pun tak abis makan (^_^)

Persiapan Raya Korban...

Alhamdulillah...

Minggu depan kita umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga hari raya korban kali ni bertambah meriah. Tahun lepas kami sekeluarga menyambut hari raya aidiladha di Dungun kampung Mr. Tajul. So tahun ni kami sekeluarga balik ke rumah famili Mama dan Abah Mimie di Kuantan dan kampung nenek Mimie di Muadzam Shah.

Hurmm... Tak sabar nak balik raya ni. Mana taknya.. Suasana raya di Kuantan dan Muadzam sama macam Hari Raya Aidilfitri. Memang tak sabar nak balik. Tapi kali ni cuti tak lama untuk beraya. Kami suami isteri ambil cuti hari Khamis. So.. Maybe Rabu malam lepas kerja tu dah bertolak balik kuantan (Semangat balik kampung sendiri.. Hahaha)

 Kepada semua pembaca blog.. Selamat menjalani ibadah korban dan berhati-hati di jalanraya (^___^)

Thursday, October 18, 2012

Dior Addict 2 (^_^)

welcome my new collection (^_^)
Suke sangat bau dier... Sweetttt....

Wednesday, October 17, 2012

Nak Masak Apa..?

Nak masak apa...??? Setiap kali balik kerja ini la yang merunsingkan fikiran. Seingat Mimie dulu masa mengandungkan Batrisyia memang suka survey resepi kat internet pastu balik terus cuba. Tapi since mengandung anak kedua ni memang tak berapa rajin nak masak. Sampai freeze otak ni nak fikir masak apa. Bahan2 basah banyak tapi mood nak masak tu yang takde. Alhamdulillah Mr. Tajul faham keadaan Mimie sekarang. So terpaksa tapau makanan untuk bawa balik ke rumah.

Masalah Mimie sekarang selera makan memang takde. Masa lunch hour Mr. Tajul hari2 call dan SMS tanya lunch apa sebab dia tahu keadaan Mimie yang tak berapa nak makan. So dengan berat kaki melangkah ke cafe dan tapau untuk makan kat pantry ofis (kalau tak terpaksa la dengar syarahan Mr. Tajul ni).. Nak pilih makanan yang banyak tu pun tak selera. Last2 amik nasi sikit, sayur2 dan ikan. Pastu makan sikit. Baki makanan buang. Huh.. Membazir sungguh... Tapi nak buat macam mana. Dah tak sanggup nak telan.. Sabar la... Semoga tabiat ni cepat hilang. Tak nak bazir2 makanan. Kesian makanan tu.

Sunday, October 14, 2012

Sabtu Yang Padat...

Salam readers...

Semalam Mimie dan keluarga merisik satu keluarga di Cheras bagi pihak adik lelaki Mimie...

Hurmm... Pilihan hati adik lelaki ni boleh tahan jugak.. So semalam merisik sekaligus mengikat ikatan pertunangan. InsyaAllah tahun hadapan bertambah la ahli keluarga Mimie lagi..

Mama Mimie pulak nervous bukan main. Mana taknya.. 1st time anak teruna gi meminang dan 1st time juga sarung cincin ke jari manis anak dara orang. Sebelum ni Mama dan Abah tengok anak dara dia disarung cincin (aku and Kak Long dulu2 la) hehehe

Alhamdulillah selamat semua majlis. Lepas majlis pertunangan, Mimie, Mr. Tajul dan Batrisyia ke Kuala Selangor. Jumpa my sis in law baru keluar dari Hospital Sungai Buloh. Then malam tu kami tido di Kuala Selangor umah sis in law. My MIL, Ummie pun ada. Sedapnye dapat makan serawa durian dengan pulut yang ummie buat. Siap bawa bekal balik ke rumah.

Malam ni memang penat sangat. So nak tido awal. Esok kojer.. Mr. Tajul pulak ada duty rukun tetangga area perumahan kami. Kesian Mr. Tajul kena duty dari jam 2 pagi sampai 5 pagi. Pastu nak kerja lagi.. Tapi takpe la. Sekali sekala. Adat la hidup berukun tetangga kan..

Okay readers.. Selamat malam.... Zzzzz....

Friday, October 12, 2012

Doktor Peribadiku (^_^)

Mimie sekarang dah ada doktor peribadi.. Sape tu doktor peribadi Mimie? Of coz la Mr. Tajul tercinta.

Sejak Mimie mengandung ni, Mr. Tajul banyak menjaga makan minum dan kesihatan Mimie. Sebelum ni Mr. Tajul cukup menjaga Mimie dan keluarga. Cuma kali ni terlalu menjaga kesihatan Mimie. Kalau tak buat yang disuruhnya alamatnya berkarung la nasihat yang Mimie kena dengar. Hehehe..

Since di awal kehamilan ni, Mimie memang nak ucap terima kasih kat Mr. Tajul sebab tolong kemaskan rumah, basuh baju,basuh pinggan, mop rumah. Alahai.. Bertuah sungguh badan dapat suami macam abang. Terima kasih sayang..

Okla la.. Nak rehatkan badan bersama keluarga..

P/s: Esok nak pi merisik satu keluarga untuk adik lelaki Mimie.. (^_^)

Thursday, October 11, 2012

Aku Yang Kurus...???

Wah.. Wah... Tak boleh blah bila baca tajuk entry ni kan.. Hahaha...

Sebenarnya sebelum ni ada ramai jugak kawan2 tegur badan dah semakin susut. Tapi semalam bila mama Mimie sendiri yang dah tegur badan anaknya dah makin susut baru la terasa berat ni dah semakin berkurang.

Sebelum Mimie tahu yang Mimie tengah pregnant sekarang, Mimie dah dapat balik berat masa sebelum menggandungkan Batrisyia dulu. Alhamdulillah.. So, sekarang my 2nd preggy sama macam mengandung my 1st baby dulu..

Sebenarnya Mimie nak share pengalaman mengandung anak pertama dengan anak kedua ni. Memang banyak bezanya. Nanti next entry Mimie share story bersama. Semoga Allah memberi kekuatan untuk Mimie menjaga kandungan ni bersama suami dan orang-orang di sekeliling Mimie..

Tuesday, October 9, 2012

HALFEST MALAYSIA (^_^)

Ekspo Halal Terbesar Malaysia akan berlangsung pada 10-14 Oktober 2012 di PWTC.

Hurmm... Menarik sangat2... So.. minggu ni ada perancangan bersama keluarga.. InsyaALLAH.. Banyak akiviti yang disediakan. Tambahan pulak Mimie memang cuti minggu ni.. Hehehe..

Jom pergi beramai-ramai.. Masuk PERCUMA...!!!!




Friday, October 5, 2012

Muara Hati (^_^)



Suka sangat lagu ni... Hubby jom nyanyi sama-sama.. hehehe

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta

Wednesday, October 3, 2012

Kerja Shift....??? (T_T)

Salam blogger and reader..

Kerja shift???

Dah macam kerja kilang je bunyi die kan... Tapi ni bukan kerja kilang tau.. Ni kerja gomen. Tapi sebab event yang besar gedabak ni menyebabkan ada pegawai yang kena bekerja pagi, petang dan malam.

Dari segi pembahagian tugas Mimie kena duty malam sepanjang minggu ni.. 7 malam sampai 7 pagi (12 jam).. Boleh bayang tak di awal kehamilan kena mengharungi kerja malam.. Ceh.. Orang lain mengandung yang keje shift selama ni rilek je..

Sebenarnya Mimie tak pernah kerja shift. Event suami pun bukan kerja shift. Maklumlah dua-dua kerja berpendapatan tetap dan berpencen kan. So memang rasa lain sangat. Bila sorang pergi kerja sorang baru balik kerja. Bila sorang baru balik kerja, sorang baru pergi pulak.. Sedihkan...??? Sebenarnya Mimie lagi sedih sebab tak dapat peluk bantal bucuk Mimie tiap malam (Mr. Tajul cayang).. Isk.. Isk..

Cepat la minggu ni berlalu.. Next week Mimie nak cuti seminggu.. Papai...


Monday, October 1, 2012

Double Line (^_^)

Double line.....????

Haaa.. Ni bukan kes kena saman memotong di garisan berkembar.. Hehehe.. Sebenarnya kalau sebelum ni semua ada baca tentang HATI BERBUNGA-BUNGA sebab perancangan berjalan dengan kehendak dan izin Allah..

Hari ini 1  Oktober 2012 bersamaan bulan baru dan entry pertama di bulan ini dalam blog kesayangan Mimie. Sempena entry pertama ni Mimie nak kongsi berita gembira bersama teman2 blog dan mommy2 blogger semua.

Kalau yang mengikuti blog Mimie sebelum ni, Mimie ada post tentang PLANNING FOR 2ND CHILDREN. InsyaAllah tahun hadapan ahli keluarga kami akan bertambah.. Batrisyia akan dapat adik..

Masa Mimie tunjukkan pregnant test ni double line, Mr. Tajul sangat2 gembira. Alhamdulillah.. Mr. Tajul sujud syukur. Teringat masa dapat berita gembira mengandungkan Batrisyia dulu pun Mr. Tajul sujud syukur juga..

Test ni di ambil 3 minggu lepas. Tapi kami hold dulu untuk beritahu kepada kaum keluarga. Al-maklumlah di awal kehamilan kena banyak berjaga. So, last week kami inform pada keluarga kami. Macam2 nasihat yang Mimie terima.

Pesanan Mama buat anakanda ni,
Alhamdulillah tambah cucu lagi.. Jaga diri.. Hati-hati buat kerja.. Jaga pemakanan..

Pesanan Ummie buat menantu ni,
Alhamdulillah.. Jaga diri, hati-hati.. Jangan angkat benda2 berat.. Jaga makan dan kesihatan..

Pesanan Mama dan Ummie tak banyak beza. Yang penting nasihat menjaga diri di awal kehamilan itu penting. Mr. Tajul pun bukan main sensitif dengan tindak tanduk Mimie. Sayang kena makan ini, kena makan itu, kena minum susu, jangan lupa amik folic asid hari-hari, jangan lupa letak bantal dalam car seat semasa memandu, jangan pandu laju2.. jangan itu, jangan ini.. Alahai suamiku ini.. Excited sangat nak timang anak lagi yer..

InsyaAllah abang.. Sayang ingat pesan abang. Tahun depan insyaAllah teman sayang dalam labour room sekali lagi untuk sama-sama menyambut cahaya mata kita ye.. Aminnn...


WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG