Wednesday, October 17, 2012

Nak Masak Apa..?

Nak masak apa...??? Setiap kali balik kerja ini la yang merunsingkan fikiran. Seingat Mimie dulu masa mengandungkan Batrisyia memang suka survey resepi kat internet pastu balik terus cuba. Tapi since mengandung anak kedua ni memang tak berapa rajin nak masak. Sampai freeze otak ni nak fikir masak apa. Bahan2 basah banyak tapi mood nak masak tu yang takde. Alhamdulillah Mr. Tajul faham keadaan Mimie sekarang. So terpaksa tapau makanan untuk bawa balik ke rumah.

Masalah Mimie sekarang selera makan memang takde. Masa lunch hour Mr. Tajul hari2 call dan SMS tanya lunch apa sebab dia tahu keadaan Mimie yang tak berapa nak makan. So dengan berat kaki melangkah ke cafe dan tapau untuk makan kat pantry ofis (kalau tak terpaksa la dengar syarahan Mr. Tajul ni).. Nak pilih makanan yang banyak tu pun tak selera. Last2 amik nasi sikit, sayur2 dan ikan. Pastu makan sikit. Baki makanan buang. Huh.. Membazir sungguh... Tapi nak buat macam mana. Dah tak sanggup nak telan.. Sabar la... Semoga tabiat ni cepat hilang. Tak nak bazir2 makanan. Kesian makanan tu.

2 comments:

  1. soalan yang paling saya tak suka...hehehhe..tapi soalan tu la yang selalu terfikir bila balik keje...:)

    ReplyDelete
  2. Kannn...
    Memang pening.. Hehe

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG