Sunday, October 14, 2012

Sabtu Yang Padat...

Salam readers...

Semalam Mimie dan keluarga merisik satu keluarga di Cheras bagi pihak adik lelaki Mimie...

Hurmm... Pilihan hati adik lelaki ni boleh tahan jugak.. So semalam merisik sekaligus mengikat ikatan pertunangan. InsyaAllah tahun hadapan bertambah la ahli keluarga Mimie lagi..

Mama Mimie pulak nervous bukan main. Mana taknya.. 1st time anak teruna gi meminang dan 1st time juga sarung cincin ke jari manis anak dara orang. Sebelum ni Mama dan Abah tengok anak dara dia disarung cincin (aku and Kak Long dulu2 la) hehehe

Alhamdulillah selamat semua majlis. Lepas majlis pertunangan, Mimie, Mr. Tajul dan Batrisyia ke Kuala Selangor. Jumpa my sis in law baru keluar dari Hospital Sungai Buloh. Then malam tu kami tido di Kuala Selangor umah sis in law. My MIL, Ummie pun ada. Sedapnye dapat makan serawa durian dengan pulut yang ummie buat. Siap bawa bekal balik ke rumah.

Malam ni memang penat sangat. So nak tido awal. Esok kojer.. Mr. Tajul pulak ada duty rukun tetangga area perumahan kami. Kesian Mr. Tajul kena duty dari jam 2 pagi sampai 5 pagi. Pastu nak kerja lagi.. Tapi takpe la. Sekali sekala. Adat la hidup berukun tetangga kan..

Okay readers.. Selamat malam.... Zzzzz....

1 comment:

  1. Serawa durian sedapnya...

    Tahun depan tu mesti cuti sekolahlah pilihan biasanya kan..

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG