Tuesday, November 27, 2012

MAHA OH MAHA...!!!

Serius mood untuk menulis tersangat la malas.. Sorry kepada semua tak dapat nak BW buat masa sekarang.. Mimie hutang dulu ye... Nanti Mimie BW balik.. Hehehe

Sebenarnya hari ni nak cerita pasal pengalaman ke MAHA 2012 di MAEPS hari Sabtu lepas.. Fuuuhhhh...!!!! Serius takkan pergi lagi naik kereta lepas ni.. Biar la merempit dengan suami je kalau nak pergi.. Teramat la ramai manusia yang datang..

Yang paling mendukacitakan takde orang yang jaga laluan kenderaan masuk. Tapi orang duk collect duit untuk parking tiket ramai pulak. Masuk pulak kena bayar RM3. Bayangkan jalan keluar hanya satu pintu sahaja sedangkan cabang untuk kereta keluar masuk parking tersangat2 la banyak.. Oh pleasee lepas ni tolong tengok keadaan ni dan fikirkan alternatif terbaik untuk MAHA akan datang... Adoiyaii...

Mimie, Mr. Tajul dan Batrisyia masuk pintu MAEPS jam 1215 tengah hari. Start masuk tu terperangkap hampir 2 jam. Last2 kitaorang decide balik je.. Pergi jalan2 Alamanda abis cerita. FYI dapat keluar dari MAEPS jam 3.45 petang...!!! Fuhh...!!!! Sabau jer la...

Hubby tanya.. "Nak pergi lagi ke sayang..??".. Takpe la abang.. Kita gi naik motor je la lepas ni.. Kuikuikui...

Dalam MAEPS sementara nak keluar..

Friday, November 23, 2012

MAHA 2012

Yeahhh!!! MAHA kembali lagi.. Kali ni mesti pergi..!

Excited pulak kali ni. Kenapa yer..??? Sebab.... MAHA ni diadakan 2 tahun sekali.. 2 tahun lepas Mimie tak dapat pergi coz tengah berpantang anak sulung kami Batrisyia.. Mr. Tajul je pergi dengan famili Mimie and in law.. Alahai... Sedih time tu.. Tapi sebab nak pantang sampai 44 hari so tak boleh la gi mana2.. Huhuhu...

Tapi kali ni akan dipastikan akan sampai juga... Esok Mr. Tajul ajak datang MAHA... Yeah! Yeah!

Tuesday, November 20, 2012

Sarapan pagi ini..

Morning...!!!

Pagi yang ceria..
Hehehe..
Tak mau cakap banyak2 pagi ni.. 
Nak mengadap sarapan pagi orang mengandung kali ni.. 
Hahahaha..

Taadaaaa.....

Yumm.. Yumm..

Monday, November 19, 2012

1st Check Up untuk Adik Batrisyia

(^_^)


Alhamdulillah....

Seminggu bercuti memang banyak Mimie nak kongsi perjalanan kami sekeluarga.. Sebelum cuti hari tu Mimie ada check up dan buka buku pink untuk adik kepada Batrisyia. Tak sempat nak upload story coz busy menyiapkan tugas sebelum bercuti panjang.

Mimie buka buku ni sebab hari tu Mimie tak sihat. So doktor kat klinik Putrajaya ni tanya bila awak nak buka buku ni? So Mimie pun buka la buku mengandung ni. Lama-lama sangat tak bagus pulak kan.. Excited nak tau perkembangan bayi dalam perut ni.. Hehehe..

Terima kasih kepada Mr. Tajul coz sudi menemani isteri buka buku  hari tu. Masa Batrisyia dulu pun Mr. Tajul teman juga.. Banyak sangat prosedurnya.. Ada Mr. Tajul ni boleh sembang2 sementara menunggu check up.. Ambil darah.. Sample Urine.. Berat badan.. History family.. Macam2 la..

Alhamdulillah Mimie takde history family darah tinggi and kencing manis.. Tak history keguguran.. Bersalin normal sebelum ni.. Buku pink Batrisyia tahun lepas pun tag putih sampai bersalin. Hope kali ni pun bertambah baik keadaan sepanjang mengandung anak kedua ni..

Sebenarnya banyak Mimie nak share sepanjang percutian kami selama seminggu.. Banyak tempat kami lawat sekitar Pahang dan Terengganu.. Nanti sambung lagi.. Papai...


Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah dan Happy Anniversary (^_^)

Salam Maal Hijrah buat semua pembaca blog Mimie.. Hari ni merupakan hari ulang tahun perkahwinan Mimie dan Mr. Tajul yang ketiga dalam kalendar islam.. 1431H~1434H..

Alhamdulillah.. Usia perkahwinan 3 tahun ni banyak mengajar Mimie tentang kehidupan yang indah. Suka duka kami kongsi bersama..

Dengan hadirnya tahun baru ini kami sekeluarga memohon kepada Allah SWT memudahkan urusan kami sekeluarga, murahkan rezeki kami sekeluarga dan di berikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amiinnnn...

Mimie masih bercuti di Dungun umah FIL.. Sabtu ni baru balik KL. Ni pun baru je balik dari Kuala Terengganu sambut anniversary. Sangat seronok.. Dapat hadiah baju batik dan kaftan dari suami.. Mimie pulak hadiahkan kemeja baju batik untuk Mr. Tajul..

Gambar2 Mimie upload next week ye.. Ni pun update blog guna android dalam IPAD.. So xde mood nak upload gambar lagi.. Hehe.. Ok readers.. Papai...

Friday, November 9, 2012

Mood Cuti ~~~

Hari ni dah Jumaat.. Wahhh...!!! Esok dah cuti.. Next week ade public holiday, cuti Deepavali dan Awal Muharam. Mimie dan suami amik cuti 3 hari. So minggu depan kami cuti seminggu.. Hehehe.. Bahagianya dapat bercuti...

Esok kami sekeluarga nak balik kampung Mr. Tajul di Dungun, Terengganu.. Sebelum sampai Dungun tu WAJIB singgah Kuantan umah family Mimie.. Hahaha.. Wahh...!!! Memang tak sabar la nak balik... Lagipun Awal Muharam ni merupakan Anniversary kami yang ke 3 mengikut kalendar islam.. Alhamdulillah... Semoga kami berbahagia di dunia dan di akhirat.. Amiiinnn...

Balik kampung kali ni Mr. Tajul janji nak bawa makan Maggie Ketam dekat tepi pantai di Dungun.. Hurmm... Best.. Best sangat... Ni yang tak sabar nak balik ni.. Ok la kawan2.. Next time jumpa lagi.. Mood cuti sekarang.. See u... Papai... (^_^)

1 Muharam 1431H-jam 2233hrs

Monday, November 5, 2012

Happy Birthday Nur Batrisyia Zahra #2

Selamat Ulang Tahun kelahiran buat puteri Mama Nur Batrisyia Zahra binti Tajul Ariffin yang berumur 2 tahun. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberi rahmat buat anak Mama tersayang.

Hari Sabtu baru2 ni, 3 November 2012, Ayah dan Mama bawa Batrisyia sambut birthday kat Nando's di Alamanda, Putrajaya. Sebelum tu kami ke Toys R Us coz Mimie dapat redeem RM30 bagi setiap pembelian RM150 ke atas untuk birthday present anak-anak kami. Batrisyia pun seronok dapat stroller baby untuk doll barunya. Habis satu Alamanda tengok telatah si kecil ni tolak stroller baby dia. Comel anak Mama ni. Terserlah sifat seorang kakak.. Hehehe

Batrisyia sekarang dah semakin pintar. Seronok bila dengar Batrisia mengira satu hingga sepuluh tanpa ada skip pun. Pastu pandai mengira One, two, three.. seven, eight, nine, ten.. Paling suka bila dengar Batrisyia nyanyi lagu buai laju2.. Versi rap pulak tu. Takde lenggok tone suara langsung.. Hehehe..


Mama dan Ayah sentiasa mendoakan anak-anak kami membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga anak-anak kami beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Sibuk tolak keliling Toys R Us..

Birthday present dari Mama dan Ayah
Nando's Alamanda (^_^)
Next year tambah ahli keluarga lagi (^_^)

Hari Ahad tu kami ke Car boot Shah Alam.. Alahai ramainya orang.. Tapi seronok dan happy.. Dapat luangkan sepenuh masa bersama suami dan anak-anak (^_^)


Friday, November 2, 2012

Mengidam Daging Salai

Pelik betul karenah orang mengandung ni.. Serius masa Mimie mengandungkan Batrisyia tak pernah teringin nak makan itu ini. Tapi baby kali ni macam2 nak makan. Salah satu dia masak lemak daging salai.. Pening kepala Mr. Tajul.. Hahaha..

Tapi dek kerana cinta dan sayang pada isterinya, Mr. Tajul pun carikan jugak daging salai untuk Mimie.. Mr. Tajul bawa Mimie dan Batrisyia makan di Auntie Aini Garden Cafe 3 hari lepas. Memang marvelous makanan kat sini. Tempat makan pulak ala-ala rimba. Masuk pintu depan ke restoran ni macam rasa kat Bali. Hurmmm.. Sweet la tempat ni. Terima kasih ye suamiku tercinta..

Auntie Aini di Nilai, Negeri Sembilan
Malam tu menu santapan kami of coz la masak lemak cili padi daging salai, kangkung goreng belacan, ayam kampung goreng dan burung puyuh goreng.. Fuuhhh...!!! Bertambah Mr. Tajul. Kalah orang mengidam.. (^_^). Batrisyia pulak sedap betul ratah ayam kampung dengan burung puyuh goreng. Sampai nasi pun tak nak usik..

Balik tu memang kami kekenyangan sangat.. Terima kasih Mr. Tajul coz carikan daging salai untuk Mimie.. (Teringat kawan Mimie orang Seremban cakap>> Kan senang kalau mengidam nak makan fast food..) Nak buat macam mana kawan.. Mimie mengidam kali ni selera kampung.. Hahahaha

Hujung minggu ni Mr. Tajul nak bawa pergi Carboot kat Shah Alam.. Tak sabarnye.. Boleh mengimbau zaman bercinta dulu2 dengan Mr. Tajul.. (^________^)

Kangkung goreng belacan

Ayam kampung goreng

Burung Puyuh Goreng

Yang diidam-idamkan, Masak Lemak Cili Api Daging Salai

Anakanda Batrisyia dengan Mama

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG