Friday, November 2, 2012

Mengidam Daging Salai

Pelik betul karenah orang mengandung ni.. Serius masa Mimie mengandungkan Batrisyia tak pernah teringin nak makan itu ini. Tapi baby kali ni macam2 nak makan. Salah satu dia masak lemak daging salai.. Pening kepala Mr. Tajul.. Hahaha..

Tapi dek kerana cinta dan sayang pada isterinya, Mr. Tajul pun carikan jugak daging salai untuk Mimie.. Mr. Tajul bawa Mimie dan Batrisyia makan di Auntie Aini Garden Cafe 3 hari lepas. Memang marvelous makanan kat sini. Tempat makan pulak ala-ala rimba. Masuk pintu depan ke restoran ni macam rasa kat Bali. Hurmmm.. Sweet la tempat ni. Terima kasih ye suamiku tercinta..

Auntie Aini di Nilai, Negeri Sembilan
Malam tu menu santapan kami of coz la masak lemak cili padi daging salai, kangkung goreng belacan, ayam kampung goreng dan burung puyuh goreng.. Fuuhhh...!!! Bertambah Mr. Tajul. Kalah orang mengidam.. (^_^). Batrisyia pulak sedap betul ratah ayam kampung dengan burung puyuh goreng. Sampai nasi pun tak nak usik..

Balik tu memang kami kekenyangan sangat.. Terima kasih Mr. Tajul coz carikan daging salai untuk Mimie.. (Teringat kawan Mimie orang Seremban cakap>> Kan senang kalau mengidam nak makan fast food..) Nak buat macam mana kawan.. Mimie mengidam kali ni selera kampung.. Hahahaha

Hujung minggu ni Mr. Tajul nak bawa pergi Carboot kat Shah Alam.. Tak sabarnye.. Boleh mengimbau zaman bercinta dulu2 dengan Mr. Tajul.. (^________^)

Kangkung goreng belacan

Ayam kampung goreng

Burung Puyuh Goreng

Yang diidam-idamkan, Masak Lemak Cili Api Daging Salai

Anakanda Batrisyia dengan Mama

12 comments:

  1. saya dlu msa pregnant mmg asik mkn daging jer..ayam ngan ikan mmg xleh nak mkn..hehhee..sib baik x kena drh tinggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..
      ade je benda nak makan.. hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Mmg sedap..
      Boleh bawa family dtg sini..
      hehe

      Delete
  3. mimi... layan kan je.. .:D baru best preggy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lin..
      Mmg best preggy ni..
      Dapat manja lebih2 lagi dan lagi..
      haha

      Delete
  4. hahaha...okay la tu Tun, blh gak jumpa yg ko idamkan...aku aritu ngidam nk buah laici fresh! Zameer dh setahun lebih baru ak jumpa org jual...huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Na..
      Zameer pun leh tumpang makan laici jgk..

      Delete
  5. sedap nye...dah la masak lemak cili api daging salai my peberet...terliur ni..

    ReplyDelete
  6. lemak cili api daging salai nogori mmg terbaek lah... best tu

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG