Thursday, December 27, 2012

Suami Isteri Saling Melengkapi

Assalamualaikum blogger...

Semalam lepas balik kerja, rutin biasa Mimie adalah memasak makan malam untuk keluarga. Lepas solat maghrib dan isyak, Mimie, suami dan anak-anak makan malam bersama. Selesai makan malam, Batrisyia menyusu dan terus tido. Mimie dan suami duduk berbual berkenaan kehidupan suami isteri. Nikmat bila duduk berbual bicara macam ni. Sambil2 tu Mr. Tajul picitkan kaki Mimie. Seronok bermanja dengan suami tambahan pula tengah berbadan dua sekarang. Kadang-kadang sebelum tido, Mr. Tajul akan ceritakan kisah nabi dan sahabat nabi. Lepas tu kami akan bermaafan sebelum masuk tido.

Semalam Mr. Tajul cakap hidup suami isteri mesti saling melengkapi. Apa yang kurang dari isteri, suami akan isikan kekurangan tersebut. Begitu juga sebaliknya. Sebenarnya Mimie sangat bersyukur dapat suami seperti Mr. Tajul. Sentiasa menasihati dari melakukan perkara yang dimurkai Allah. Jaga adap pakaian. Jaga solat. Jaga tutur kata supaya tidak menyakiti orang lain. Jaga tingkah laku dan didikan terhadap anak2. Banyakkan bersabar dengan apa yang berlaku serta memandang positif setiap yang berlaku. Semuanya pasti ada hikmahnya.

Itulah peranan suami dalam mendidik isteri. Kadang kala kita lupa tetapi dengan adanya suami di sisi insyaAllah semuanya akan menjadi baik. Itulah maksud saling melengkapi. Suami tempat Mimie mengadu dan meluahkan perasaan. Dan suami Mimie adalah penasihat terbaik Mimie di sisi sekarang. Bila luahan rasa dibuat kepada suami terasa damai dan tenang di hati. Isteri adalah rusuk suami. Tempatnya dekat di hati suami. Mimie sangat bersyukur dipertemukan dengan suami Mimie.

Panjang lebar pulak menulis hari ni. Maybe ini entry terakhir untuk tahun ni sebab esok Mimie nak check up dan scan baby. Dan minggu depan Mimie dan keluarga akan bercuti seminggu ke Indonesia. Semoga tahun 2013 menambahkan keceriaan kita bersama.. (>_<) papaiiiii.....

Wednesday, December 26, 2012

Batrisyia kakak yang penyayang...

Alhamdulillah... Usia kandungan dah masuk 18 minggu.. Maknanya dah nak masuk 5 bulan ni... Perut dan bayi dalam kandungan semakin membesar.. Dah nampak peyut Mimie ni.. Hehe.. Tapi still boleh pakai baju2 kurung sebelum preggy lagi.. Kalau pakai blazer dan baju kurung memang tak nampak sangat perut Mimie ni..

Tapi since perut dah membesar ni, Batrisyia makin faham dan tahu adik dalam perut Mimie.. Batrisyia akan datang ke arah Mimie dan gosok perut Mimie.. Sambil2 tu Batrisyia akan cakap.. Adikk... Adik.. Adik.. Pastu kiss perut Mimie.. Alahai omeinye.. Mimie dengan Mr. Tajul suka sangat dengan sifat penyayang Batrisyia..

Satu lagi sifat Batrisyia suka sangat pergi masjid.. Sampai tak nak balik rumah. Masuk je gate rumah menangis2 nak masjid. Mr. Tajul selalu bawa Batrisyia ke masjid untuk solat maghrib dan isyak. Hari semalam cuti krismas. So Mr. Tajul bawa Mimie dan Batrisyia solat zohor dan Asar kat masjid berdekatan dengan rumah.. Mr. Tajul tak pernah marah Batrisyia menangis2 bila balik rumah lepas pergi masjid sebab Mr. Tajul cakap anak kita nangis sebab nak pergi tempat yang baik. So kami pujuk dengan baik dan cakap akan bawa lagi.. Walaupun susah nak pujuk tapi alhamdulillah Batrisyia faham.. Jangan marah2 anak kalau anak nak buat sesuatu yang baik..

Sekarang Batrisyia dah pandai baca aliff, ba, ta sampai ya.. Alhamdulillah.. Masih lagi dalam pembelajaran mengenal huruf jawi ni. Kalau bab mengira one two three sampai ten memang dah expert sangat.. Almaklumlah mama Batrsiyia kan background accounting. So pandai la kira mengira ni. Haha... Selain tu, Mimie dan Mr. Tajul ajar Batrisyia sedekah dan menabung. Paling pandai menyimpan duit dalam tabung. Bagus anak Mama ni. Bila pergi masjid Mr. Tajul bagi duit kat Batrisyia untuk masukkan ke dalam tabung masjid. Pendedahan yang baik merangsang peribadi anak bila dewasa nanti. InsyaAllah...

Wah.... Panjang lebar hari ni menulis.. Ni kes hampir seminggu tak menaip kot.. Hihihihi.... Apa2 pun segalanya telah dipermudahkan Allah.. Semoga anak-anak kami menjadi anak yang taat pada perintah Allah dan kedua orang tua. Aminnn...

Nota kakitangan: Next week sambut new year kat Bandung.. Yahooo.....!!!!

Tuesday, December 18, 2012

Ulang Tahun Perkahwinan ke-3

Alhamdulillah...

Genap 3 tahun kami melayari bahtera sebagai suami isteri..
Terima kasih abang kerana hadir menyinari hidup sayang selama ini..
Suka duka sama-sama kita bersama..
Sehingga kini kita menanti kehadiran cahaya mata yang kedua..

Bangun pagi tadi,
Mimie dapat satu ciuman pagi bersama ucapan,
"Happy Anniversary Sayang"..
Kata-kata abang sangat menyentuh hati sayang..
"Terima kasih sudi menjadi isteri abang.. Andai dapat putarkan masa, abang tetap memilih sayang sebagai isteri.."

Ya Allah... Kurniakan kami kebahagiaan berpanjangan sehingga akhir hayat kami.. Jadikan hambaMu ini bidadari buat suamiku.. Ya Allah.. Permudahkan segala urusan kami dan limpahkanlah rezeki kami sekeluarga.. Aminnn...

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan buat suamiku tercinta..
Tajul Ariffin bin Jamaludin @ Yusof...
Selamanya abang bertakhta di hati sayang...

Tahun depan tambah gambar seorang lagi (^_^)


Friday, December 14, 2012

14 Disember 2008~2012

Hari ni......

Genap 4 tahun tarikh pertunangan bersama suami tercinta. Alhamdulillah... Pertunangan atas restu kedua orang tua kami akhirnya kami diijabkablkan sebagai suami isteri yang sah pada tahun 2009. Walaupun detik pertunangan berlalu dengan pelbagai dugaan tetapi dengan izin Allah akhirnya jodoh kami berpanjangan sehingga kini.. Terima kasih Ya Allah.. Hamba bersyukur kepadaMu..

Bajet Tunang dulu memang besau jugak.. Saje nak mengimbau gambar dan bajet tunang.. Hahaha

  1. Baju Tunang (Beli kain pakej kat JAKEL). Asalnya nak warna kuning. Last2 terpandang warna oren peach ni terus tak mau tengok warna lain.. Hubby I agree je time tu.. Hahaha
  2. Fotographer import dari Kuantan. Nasib ada kawan kojer photographer. Dapat diskaun sikit.. Hehehe..
  3. Makan Minum majlis masak sendiri.. (Ni Mama, Abah, Sedara Mara dan Jiran tetangga yang masak)
  4. Pelamin (Create sendiri.. Kebetulan sliding door umah semi D abah ni panjang. Terus jadi backdrop..) Kuikuikui..
  5. Cincin Tunang beli kat Poh Kong SOGO KL. Time ni ada offer diamond ring. Siap test dengan alat penguji diamond. Memang sah batu diamond.(Size 14)
  6. Cincin risik My mother in law belikan. (Saiz 15) Longgar masa sarung cincin hahaha. But it sweet and nice.. hihihihi...

Rombongan dan hantaran meminang dari abang

Hantaran Mimie untuk bakal tunang
(on that time la)

Mini pelamin create by own design

Perbincangan sebelum terikat ikatan pertunangan

Saat cincin disarungkan.. Nervous giiler.. Huhu

Restu Mama dan Abah.. Cayang Mama Abah

Bersama famili abang

Kawan2 yang memeriahkan majlis

Saudara mara yang turut hadir

Outdoor session hehehe

Akhirnya kami ditunangkan Hehehe

Thursday, December 13, 2012

SUPRISE 12.12.12

Bangun pagi tadi, Mimie turun ke bawah untuk siap2 ke kerja ternampak satu nota yang ditulis..
"BUAT ISTERI ABG YANG TERCINTA 12.12.12"

Terima kasih Cinta..
Love u forever and ever.. Muahhh..!!!!

Sungguh2 terharu dengan hadiah abang untuk sayang..
Semoga menjadi amalan kita sekeluarga...
Sayang dan cinta abang dan anak-anak kita..
(^_______^)

Wednesday, December 12, 2012

Baby Dah Bergerak (^_^)

SUBHANALLAH....

Seronoknya dapat merasa pergerakan bayi dalam perut ni.. Alhamdulillah... Semoga Allah berikan kesihatan kepada anak-anak kami..

Batrisyia sekarang dah makin sayang adik dalam perut Mamanya.. Bila Mama dan Ayah tanya, Mana adik? Batrisyia akan jawab, Tuuu... (Sambil tunjuk kat perut Mama). Bahagia sangat..

Batrisyia akan datang kat Mimie dan kiss perut Mimie sambil cakap, Assalamualaikum Adik.. Mimie dan suami suka sangat sifat penyayang Batrisyia.. Sangat comel dan manis.. Semoga anak-anak kami membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.. Ammmiiinnn...

28hb Disember ni baru nak scan tengok condition bayi dalam perut.. Tak pernah scan lagi. Klinik Putrajaya bagi tarikh 28hb ni untuk scan. Hujung bulan Januari atau awal Februari nanti Mimie dan suami nak buat 3D/4D scan untuk baby kami. Nak bawa Batrisyia sekali untuk tengok adik dalam perut Mama.. Hehehe..

Ok la reader.. Setakat ni perkembangan bayi kami. Pejam celik pejam celik dah 4 bulan usia kandungan.. Semoga Allah memberi kesihatan dan kesejahteraan selalu buat kami sekeluarga.. Amminn...

Notakakitangan: Awal Januari nak ke Bandung, Indonesia.. Menyempat je nak travel abroad tengah2 preggy ni.. Huhu.. Percutian bersama keluarga termasuk Mama dan Abah Mimie.  Semoga semuanya selamat.. Aminnn...

Monday, December 10, 2012

Dapat Anak Sedara Baru

Alhamdulillah..

My sis in law dah bersalin baby girl.. Seronok kak ngah coz anaknya dah sepasang. Seorang lelaki dan kali ni bayi perempuan.. Hari Sabtu baru2 Mimie, Mr. Tajul dan Batrisyia melawat Kak Ngah and babynya..

Nama baby ni DHIA AMANDA SAFIYA.. Sedapkan nama baby ni.. Batrisyia bukan main happy lagi dengan baby ni.. Bila Mimie dukung baby ni, Batrisyia cium dan cakap "Baby Mama punye...".. Comel betul.. Bila Mr. Tajul pegang baby, Batrisyia tak bagi.. Sebab Mama punye.. Hahaha... Macam mana la bila dapat adik nanti.. Mesti Batrisyia sayang sagt2 adiknya.. InsyaAllah..

Ni gambar baby my sis in law...

Thursday, December 6, 2012

BEDROOM SANCTUARY ~~ LAGU (^_^)

Lagu ni sangat sweet... 
Mr. Tajul hantarkan sebaris lagu ni untuk Mimie...  
"Alangkah indahnya dirimu sentiasa disisiku sayangku.."
Terima kasih sayangku...


Notakakitangan: Hari ni Mr. Tajul balik dari Johor. Lagu ni la pengubat hati dan rindu selain dapat 3G, Call, MMS, Chat Facebook bersama selama 3 hari berjauhan..

Wednesday, December 5, 2012

2nd Check Up Adik Batrisyia

Alhamdulillah...

Hari ni genap 15W Mimie mengandungkan anak kedua kami. Pemeriksaan hari ni semua ok. Urine ok.. Tekanan darah ok. Berat badan ok. Berat naik 500g dari check up sebelum ni.. Gigi ok.. Takde gigi rosak, takde gigi berlubang, takde gigi tampal.. Semua okay..

Yang paling seronok hati ni 1st time dapat dengar denyutan jantung baby.. Ya Allah... Gembira sangat hati hanya Allah sahaja yang tahu.. Kalau Mr. Tajul ada sekali mesti seronok dengar zuriat yang Mimie kandung untuknya sudah berdegup jantung. Tapi Mr. Tajul awal2 pagi dah call dan mesej said sorry sebab tak dapat teman coz kena kursus kat Johor since semalam. InsyaAllah esok dah balik.. Takpe la hubby, next check up abg teman ye..

Seperi biasa.. Bekalan ubat yang Klinik Putrajaya bekalkan ade 4 jenis yang kena makan semuanya..
1. Folic Acid
2. Iron Tablet
3. Vitamin C
4. Vitamin B Complex

Ok readers.. Nanti story lagi.. Papai... (^_^)

Tuesday, December 4, 2012

Kantoi Dengan Ayah

Ni kisah yang terjadi malam tadi antara anak dan ayah.. Hehehe..

Ayah: Batrisyia, jom mamam nasi..
Batrisyia diam sambil baring....

Ayah datang dekat Batrisyia, terus si cilik ni pejam mata rapat2 (konon2 dah tido..)

Ayah : Batrisyia, mamam........
Still lagi amoi cantek ni pejam mata rapat2..

Last2 ayahnye pun cakap...

Ayah :  Batrisyia.. Mamam ubat.....
Batrisyia : Taknakkk... (Mata masih terpejam)
Ayah : Orang tido mana boleh cakap..

Hahaha... Berderai ketawa mama tengok keletah anak dan ayah ni..


Sunday, December 2, 2012

Seronoknyer Hujung Minggu (^_^)

Aktiviti hujung minggu sangat menyeronokkan.. Ada saja aktiviti yang diisi untuk Mimie dan keluarga.. Semalam Sabtu kami sekeluarga ke Kajang.. Bawa anak2 berjalan bersama memang seronok..

Hujung minggu jugak la Mimie akan masak untuk kami sekeluarga.. Hari2 biasa pun tiap2 hari masak. Since dah masuk trimester kedua mengandung ni, Alhamdulillah.. Aktiviti memasak semakin aktif semula. Balik keje mesti masak. Kalau hujung minggu tak payah cakap la.. Breakfast, lunch, dinner wajib masak.. Kadang2 tu buat minum petang.. Seronok masak untuk keluarga ni.. Sebab tu anak2 dan suami bertambah sayang.. Hahaha...

Pagi ni Mimie masak nasi lemak.. Seronok tengok suami dan anak2 makan.. Siap bertambah.. Hehe.. Ok la readers.. Nak siap2 ni.. Hari ni hubby nak bawa Mimie dan anak2 ke Mid Valley.. Ade Expo Mummy and Baby.. Boleh la survey or kalau dah berkenan leh shopping terus untuk anak2 kami.. Ok.. Papai... (^_^)

Saturday, December 1, 2012

Malaysia VS Indonesia

Semangat bola..!!!

Semoga Malaysia berjaya menundukkan Indonesia... Hari ni tak dapat pergi stadium walaupun ada tiket ke Stadium Nasional Bukit Jalil.. Batrisyia baru baik demam.. Sebelum ni Mimie dan hubby datang tengok bawa Batrisyia sekali.. Hari ni tetap sokong walaupun hanya di kaca TV..

Go Malaysia Go..!!!
WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG