Wednesday, December 26, 2012

Batrisyia kakak yang penyayang...

Alhamdulillah... Usia kandungan dah masuk 18 minggu.. Maknanya dah nak masuk 5 bulan ni... Perut dan bayi dalam kandungan semakin membesar.. Dah nampak peyut Mimie ni.. Hehe.. Tapi still boleh pakai baju2 kurung sebelum preggy lagi.. Kalau pakai blazer dan baju kurung memang tak nampak sangat perut Mimie ni..

Tapi since perut dah membesar ni, Batrisyia makin faham dan tahu adik dalam perut Mimie.. Batrisyia akan datang ke arah Mimie dan gosok perut Mimie.. Sambil2 tu Batrisyia akan cakap.. Adikk... Adik.. Adik.. Pastu kiss perut Mimie.. Alahai omeinye.. Mimie dengan Mr. Tajul suka sangat dengan sifat penyayang Batrisyia..

Satu lagi sifat Batrisyia suka sangat pergi masjid.. Sampai tak nak balik rumah. Masuk je gate rumah menangis2 nak masjid. Mr. Tajul selalu bawa Batrisyia ke masjid untuk solat maghrib dan isyak. Hari semalam cuti krismas. So Mr. Tajul bawa Mimie dan Batrisyia solat zohor dan Asar kat masjid berdekatan dengan rumah.. Mr. Tajul tak pernah marah Batrisyia menangis2 bila balik rumah lepas pergi masjid sebab Mr. Tajul cakap anak kita nangis sebab nak pergi tempat yang baik. So kami pujuk dengan baik dan cakap akan bawa lagi.. Walaupun susah nak pujuk tapi alhamdulillah Batrisyia faham.. Jangan marah2 anak kalau anak nak buat sesuatu yang baik..

Sekarang Batrisyia dah pandai baca aliff, ba, ta sampai ya.. Alhamdulillah.. Masih lagi dalam pembelajaran mengenal huruf jawi ni. Kalau bab mengira one two three sampai ten memang dah expert sangat.. Almaklumlah mama Batrsiyia kan background accounting. So pandai la kira mengira ni. Haha... Selain tu, Mimie dan Mr. Tajul ajar Batrisyia sedekah dan menabung. Paling pandai menyimpan duit dalam tabung. Bagus anak Mama ni. Bila pergi masjid Mr. Tajul bagi duit kat Batrisyia untuk masukkan ke dalam tabung masjid. Pendedahan yang baik merangsang peribadi anak bila dewasa nanti. InsyaAllah...

Wah.... Panjang lebar hari ni menulis.. Ni kes hampir seminggu tak menaip kot.. Hihihihi.... Apa2 pun segalanya telah dipermudahkan Allah.. Semoga anak-anak kami menjadi anak yang taat pada perintah Allah dan kedua orang tua. Aminnn...

Nota kakitangan: Next week sambut new year kat Bandung.. Yahooo.....!!!!

3 comments:

  1. sukala nak dpt adik tu... dah tau ke jantina mimie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lagi ayu..
      Esok nak scan 18w.
      Kalau tak nampak jantina next month scan semula.
      Hehe

      Delete
    2. Belum lagi ayu..
      Esok nak scan 18w.
      Kalau tak nampak jantina next month scan semula.
      Hehe

      Delete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG