Thursday, December 27, 2012

Suami Isteri Saling Melengkapi

Assalamualaikum blogger...

Semalam lepas balik kerja, rutin biasa Mimie adalah memasak makan malam untuk keluarga. Lepas solat maghrib dan isyak, Mimie, suami dan anak-anak makan malam bersama. Selesai makan malam, Batrisyia menyusu dan terus tido. Mimie dan suami duduk berbual berkenaan kehidupan suami isteri. Nikmat bila duduk berbual bicara macam ni. Sambil2 tu Mr. Tajul picitkan kaki Mimie. Seronok bermanja dengan suami tambahan pula tengah berbadan dua sekarang. Kadang-kadang sebelum tido, Mr. Tajul akan ceritakan kisah nabi dan sahabat nabi. Lepas tu kami akan bermaafan sebelum masuk tido.

Semalam Mr. Tajul cakap hidup suami isteri mesti saling melengkapi. Apa yang kurang dari isteri, suami akan isikan kekurangan tersebut. Begitu juga sebaliknya. Sebenarnya Mimie sangat bersyukur dapat suami seperti Mr. Tajul. Sentiasa menasihati dari melakukan perkara yang dimurkai Allah. Jaga adap pakaian. Jaga solat. Jaga tutur kata supaya tidak menyakiti orang lain. Jaga tingkah laku dan didikan terhadap anak2. Banyakkan bersabar dengan apa yang berlaku serta memandang positif setiap yang berlaku. Semuanya pasti ada hikmahnya.

Itulah peranan suami dalam mendidik isteri. Kadang kala kita lupa tetapi dengan adanya suami di sisi insyaAllah semuanya akan menjadi baik. Itulah maksud saling melengkapi. Suami tempat Mimie mengadu dan meluahkan perasaan. Dan suami Mimie adalah penasihat terbaik Mimie di sisi sekarang. Bila luahan rasa dibuat kepada suami terasa damai dan tenang di hati. Isteri adalah rusuk suami. Tempatnya dekat di hati suami. Mimie sangat bersyukur dipertemukan dengan suami Mimie.

Panjang lebar pulak menulis hari ni. Maybe ini entry terakhir untuk tahun ni sebab esok Mimie nak check up dan scan baby. Dan minggu depan Mimie dan keluarga akan bercuti seminggu ke Indonesia. Semoga tahun 2013 menambahkan keceriaan kita bersama.. (>_<) papaiiiii.....

6 comments:

  1. beruntung mimie bersuamikan Mr Tajul... Alhmdlh...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    Lia pun bertuah dapat suami seperti Mr. Fallah..
    Hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..selamat bercuti juga...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. suka baca...
    bestnya cuti-cuti... take care tau..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..moga kebahgiaan itu kekal ke akhirnya, seronok akak baca

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..mg kekal hingga khir hayat..amin..

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG