Thursday, January 31, 2013

Daging Kijang Mama (^_^)

Yeaahhh...!!!!

Pertama kali dalam hidup merasa daging kijang liar. Terima kasih Mama dan Abah datang dari Kuantan bawa daging kijang liar. Tambah2 pulak Mama yang masak. Memang terbaiklah.


Rezeki orang mengandung.. Dapat makan macam2. Hahaha.. Apa-apa pun Alhamdulillah. Lembut sangat daging kijang ni. Sedap pulak tu.. Hehehe...

Ok la readers.. Esok cuti Hari Wilayah.. Selamat bercuti kepada semua pekerja di Wilayah Persekutuan.. (^______^)

Wednesday, January 30, 2013

Bulan itu Indah

Semalam Mimie melihat bulan di langit. Subhanallah... Cantik sungguh ciptaan Allah SWT.. Bulan mengambang penuh ditemani bintang2 di langit. Mr. Tajul pun keluar rumah. Time ni Batrisyia dah lena dibuai mimpi. Mr. Tajul tolong jemurkan baju yang baru siap dibasuh. Jam lebih kurang pukul 10 malam.

Masa ni Mimie dan Mr. Tajul terkenang masa awal perkenalan kami. Tahun 2008.. Mimie bekerja bahagian kewangan di private sector kat Kuantan. Masa ni pulak Mr. Tajul dalam training PTD di Bukit Kiara. Kami berhubung melalui telefon. Satu malam tu Mimie dan Mr. Tajul melihat bulan mengambang penuh. Walaupun kami duduk di negeri berlainan tetapi bulan itu tetap sama. So bertambah rindu la kami ketika itu.

So malam tadi memang mengimbau kenangan sampai Mimie pun menangis. Tak tahu kenapa tapi memang rasa sayu.. Beruntungnya ada suami seperti Mr. Tajul. Terima kasih abang...


Tuesday, January 29, 2013

Seronok Tak Terkata (^o^)

Alhamdulillah...

Baru dapat buka blog kesayangan Mimie ni. Sibuk yang teramat setelah bercuti selama 5 hari. Ingatkan nak sambung terus cuti sampai hari khamis ni sebab Jumaat ni 1 Februari Putrajaya cuti sempena hari wilayah. So berganda2 cuti. Tapi sebab urusan kerja dah banyak menanti tak dapat la nak cuti lagi.

Cuti kali ni memang seronok walaupun just bercuti area Klang Valley je. Macam Mimie bagitau dalam entry sebelum ni Maulidur Rasul Mr. Tajul ke perarakan Maulud Nabi kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah.

Yang pakai spec tu hubby saya (^_^)

Balik dari maulud Nabi dengan Icha (^_^)

Hari Sabtu tu kami ke Sogo dan Jalan TAR. Kali ni pergi dengan Ummie (MIL). Kebetulan MIL datang rumah so terus sambung agenda ke Sogo dan Jalan TAR. Tak la ramai orang. Maybe sebab cuti panjang ramai yang balik kampung. Cuma hari tu SOGO buat special prize for member. So Mr. tajul sibuk dengan shopping baju kerja. Mimie takde ape nak beli. Last2 beli SKIVA buat promotion. memang Mimie suka brand ni coz tahan lasak walaupun lanyak pakai mesin basuh. Hehehe..

With MIL and Icha

Hari Ahad asalnya nak ke Shah Alam tapi tak jadi coz famili in law ramai datang umah. Ade Kak Long and famili, Kak Ngah and famili dan adik bongsu Mr. Tajul. So agenda hari Ahad ditukar ke Nilai 3. Ha.. Yang ni Mimie shopping tudung bawal untuk Mimie. Dapat 3 helai. Untuk adik bongsu shawl halfmoon sehelai. Dan tudung untuk Mama Mimie untuk masuk Istana dengan Abah hari Sabtu ni sehelai. Manakala anakanda Batrisyia, Mama dan Ayah belikan karpet belajar dan karpet Upin Ipin. Suka bukan main anak dara sorang ni.. Hehehe..

Anak dara memilih karpet

Tolong suap kazen makan

Hari Isnin cadang-cadang nak berehat kat rumah tapi tak jadi. Kami ke Shah Alam melawat my BFF Puan Kema selamat lahirkan baby boy. Comel baby Afiq.. Memang hari yang padat. Hari ni baru dapat online. Ni pun lepas office hour.. Hahaha.. Ok la.. Nak balik dah.. Esok famili Mimie pulak datang dari Kuantan. Sebenarnya tak sabar tunggu Jumaat.. Cuti lagi.. Hihihihi... (^___^)

Batrisyia with baby Afiq

Wednesday, January 23, 2013

Cuti..! Cuti..!! Cuti..!!!

Wah.. Wah...!!!

Bukan main lagi seronok.. Mana taknye esokkan cuti.Pastu amik cuti hari jumaat terus sambung cuti sampai isnin. Tambahan pulak kakitangan kerajaan dapat bonus pulak hari ni. Fuhh..!!!! Memang heaven betul this month. Hahaha..

Cuti 5 hari ni ingat nak balik rumah abah dan mama Mimie di Kuantan. Tapi tak jadi la pulak coz abah Mimie nak pergi ke Kempas untuk meminang bagi pihak cousin Mimie. So umah abah mama dah takde orang. So cuti ni berjalan sekitar Klang Valley jer la.

Perancangan untuk cuti ni dah memang ada. Pertama sekali esok Maulidur Rasul. Macam tahun sebelum2 ni Mr. Tajul terlibat dengan perarakan Maulidur Rasul di Putrajaya. My hubby ni memang volunteer nak masuk perarakan ni. Mesti tiap-tiap tahun. So agenda untuk hari esok adalah duduk di rumah. Hahaha..

Jumaat pulak kami nak buat aktiviti yang biasa kami buat hujung minggu. Iaitu operasi mengemas rumah dan berkebun. Actually takde la mengemas mana pun coz umah taklah bersemak. Cuma nak mop lantai tiap2 minggu. Mimie pulak rutin biasa adalah memask. Boleh la nak cuba resepi2 baru. Hehehe.. Mr. tajul dengan our mini garden dekat belakang dan tepi rumah. Sambil2 tu kena la buang rumput2 liar yang naik. Nasib la duduk rumah bertanah ni. Kena la rajin buang rumput..

Ha.. Rumah dah kemas, kerja dah settle, so agenda Hari Sabtu adalah SHOPPING...!!!! (Huh.. Tau la dapat bonus....) Sebenarnya kami sekeluarga nak ke SOGO dan Jalan TAR. Serius memang dah lama tak datang sini. Alang-alang Mr. Tajul dah ajak, so jangan menolak. Boleh Mimie dan Batrisyia "pow" Mr. Tajul punyer bonus. Mimie punyer bonus kasi simpan (Boleh cam gitu..?) Hahaha...

Hari Ahad pulak kami nak melawat my BFF Puan Kema yang selamat melahirkan baby boy pada 11.01.2013. Sorry my friend.. Lambat nak datang. Banyak sangat urusan dan kekangan kerja yang menyebabkan Mimie tak dapat datang awal. Berabuk dah present Mimie beli untuk baby Afiq. Tahniah dear! Alang-alang Puan Kema duk kat Shah Alam, kami nak ke Carboot Shah Alam sebelum singgah ke rumah Puan Kema (Pssstttt...!!! Ni tempat I bercinta dengan Mr. Tajul dulu tau... Hahaha)..

Hurmm.. Hari Isnin maybe duk rumah je kot.. Tengok aktiviti pun dah banyak tu. Harap2 semuanya dipermudahkan...

Papai.... (^_________^)


Thursday, January 17, 2013

Cream Caramel Cake

Kek favourite Mr. Tajul sekarang.. Tak sia-sia belajar.. Terima kasih coz ada insan yang sudi share resepi ni.. Ni bukan cream caramel yer.. Ni cream caramel cake. Lapisan bawah dia ada cake.. Hehehe...

Boleh dapatkan resepi kat sini "KEK PUDING KARAMEL"

Nilah hasil puding Mimie (^_^)

Bahan-bahan ( 20cm )

  • Karamel
  • 60g gula
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 4 biji telur
  • 500ml susu segar
  • 70g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan 

Cara-cara membuatnya:

  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan. 
  2. Sediakan karamel :Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
  4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
  5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
  6. Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
  7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
  8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Tuesday, January 15, 2013

Macam tu je ending dia...

Malam tadi Mimie dan husband seperti biasa mengadap cerita kegemaran setiap minggu...

MERLIN SEASON 5

Serius sangat2 frust ending macam tu jek.. Author mati pulak tu.. Lain kali naik la naga awal2.. Yang gi naik kuda tu sapa suruh. Pastu banyak pulak cakap masa perjalanan. Kalau kurang waktu berhenti untuk bercakap takdenyer Author tu mati (Emo pulak.. Hahaha)

Tapi memang tak best la ending die. Penat je mengikuti siri demi siri dari season 1. Adoi.. Terima je la kannn... Hehehe


Friday, January 11, 2013

PULUT DAN SERAWA DURIAN (^_^)

Jemput makan (^_^)


Requested by Mr. Tajul tercinta..

Alhamdulillah.. Semangat nak memasak dah kembali semula. Tambahan pulak Mr. Tajul request nak sangat makan serawa durian. Serius ni 1st time Mimie buat pulut dan serawa durian. Selama ni makan yang mak sendiri je buat. Hahaha.. Senang je rupanya nak buat resepi ni. Cuma part nak kukus pulut tu macam leceh sikit sebab nak kena rendam pulut dekat 3 jam supaya pulut lembut dan senang masak. Pastu kukus pulut separuh masak. Lepas tu angkat dan curahkan santan atas pulut. Pastu kukus semula. Tapi yang puas hati sangat2, Mr. Tajul makan sampai licin.. Hahaha.. Berbaloi-baloi betul. Siap puji lagi pulut kalau makan macam tu je pun dah sedap.. Kembang mak...!!! Hihihihi


Part masak serawa durian lagi sonang.

Bahan2nya:

500g santan pekat
2 cawan air
5 ulas durian
sedikit garam
3 helai daun pandan (simpulkan)
1 buku gula melaka

Cara-cara membuatnya:
Masukkan santan pekat dan air dalam periuk.
Kacau dengan api yang perlahan.
Masukkan daun pandan.
Kemudian masukan gula melaka. Mimie tak guna gula pasir coz gula melaka dah manis dan sodap.
Last sekali masukkan isi durian dan sedikit garam.
Bila dah nampak pekat tutup api.
Kalau nampak pekat sangat boleh tambah sedikit air coz santan dengan isi durian akan memekatkan lagi serawa ni.
Pastu hidang dengan pulut..

Nanti mimie update resepi Kek Cream Caramel pulak.. (^_^)

Thursday, January 10, 2013

5D 4N Bandung, Indonesia~~~

Alhamdulillah....

Wishlist pertama tahun 2013 telah tertunai akhirnya... Tercapai juga hajat Mimie untuk bawa Mama dan Abah Mimie travel ke Bandung.. Next time boleh bawa ummie (MIL) pulak. Hehehe... InsyaAllah... Tak rugi melabur untuk orang tua kita.. Mereka gembira, Mimie lagi gembira.. Huhuhu..

Kami pergi menaiki Air Asia. Air asia direct ke Bandung. Kalau naik MAS kena turun Jakarta coz takde ke Bandung. Lagipun Air Asia buat promosi kan.. Buat apa nak bazir2 bayar tiket mahal kalau ade tiket murah.. Hahaha...

Semua urusan ke Bandung Mimie yang settle. Mr. Tajul serahkan bulat2 pada Mimie untuk settlekan penginapan dan transport sepanjang percutian kali ni. Dekat 2 bulan jugak la nak survey Penginapan dan dapatkan supir di Bandung ni. Alhamdulillah.. Puas hati dapat Supir yang sangat2 baik dan hotel yang dekat dengan pasar baru Bandung. Sampai 3 kali pergi Pasar Baru Bandung.. Hameeekk ko.. Mau tak abis riban-riban RM kat Bandung.

Mimie dan family stay kat Favebraga Hotel di Braga Citywalk. Nak makan pun tak susah coz banyak mall dan kedai makan dekat dengan hotel ni. Jarak ke Pasar Baru dalam 1km je.. Tak jauh la. Tapi kami ni memang dah bayar supir untuk 5 hari so guna supir je la kan.. Hehehe..

Antara barang-barang yang kitaorang beli ni banyak telekung sembahyang untuk family in law dan kawan2. Beli kain pasang untuk kenduri kahwin adik lelaki Mimie dan adik ipar Mimie. Semua kahwin tahun ni.. Termasuk la ade kawan order kain untuk kenduri adik die jugak. Mau tak berabis duit.. Tapi puas hati sangat2.. Sebab Mimie dapat kain pasang sulam riben dengan kain pasang bunga rose timbul fesyen baru bentuk S tu.. Memang murah sangat2... Puas hati beli. Mr. Tajul pulak shopping kasut kulit, jaket, cincin, baju2 (Boleh tahan hubby I ni shopping kali ni.. Hahaha). Batrisyia pulak dengan barangan Hello Kitty.. Bag, bantal, baju2, kasut sampai 2 pasang (Pengsan Mama coz anakandaku sangat suka shopping kasut.. Pantang masuk kedai kasut semua nak test.. Adoiyai... Ikut sape la tu yerkk...????? Hahaha) Untuk baby dalam perut ni kami beli tilam baby set sekali kelambu. Memang murah giler2.. Sampai kena tahan Kastam coz tanya apa  dalam kotak besar. Bila cakap tilam baby terus dieorang lepas. Selamat tau.. Coz kitaorang pergi bawa satu beg tarik tapi balik tambahan 5 kotak. Dasyat betulll...

Ok. la.. Malas nak tulis panjang2.. Enjoy our picture sepanjang vacation kalil ni.. Weeeeeee.....!!!!!!

Here we goooo....!!!!

Part of my family (^_^)

Sampai2 je terus cari makan.. Nasi Padang

Penginapan kami (^_^)

Shopink time..!!!

Tangkuban Perahu

Aksi si cilik (^_^)

Sweet Potato~~ Batrisyia

Nasi Padang lagi~~~

Heritage

Shopink lagik...

Massage time (^_^)

Last shopink~~ Bye2 Bandung

Next time nak gi Vietnam pulak.. Tunggu baby kuar dulu la... Hehehe...

Tuesday, January 8, 2013

Check Up dan Scan (^_^)

Hai readers...

Hari ni Mimie check up baby.. Esok genap 20 weeks.. Separuh perjalanan mengandung dah lalui.. Alhamdulillah.. Hari ni seperti biasa Mr. Tajul temankan check up kat Klinik Putrajaya. Teman berborak Mimie ni memang setia menunggu bersama Mimie dengan servis yang diberikan di Klinik Putrajaya. Ramai sokmo manusia.. Hehehe..

Semasa tunggu giliran dipanggil tu borak2 dengan Mr. Tajul. Kali ni borak berkenaan perbelanjaan kami di Bandung.. Sape yang paling banyak shopping.. Hahaha... Serius nak cakap coz kali ni Mr. Tajul paling banyak list barang yang telah dibeli di Bandung. Berdekah-dekah Mimie ketawa dengan Mr. Tajul sampai banyak mata memandang kat kami yang ketawa dengan isu-isu yangn kami bangkitkan.. Sedar tak sedar no giliran dah kena panggil. Memang tak rasa boring langsung walaupun dah menunggu hampir 4 jam.. Hahaha

Then, insiden masa amik vitamin di Farmasi. Masa ni dah dapat 4 jenis vitamin seperti biasa untuk ibu-ibu hamil. Mimie masukkan terus dalam beg coz klinik Putrajaya memang tak bagi plastik bag untuk isi ubat. Pastu Mr. Tajul suruh Mimie makan terus vitamin-vitamin tu. Tanpa mengingkari arahan Mimie pun keluarkan semula vitamin tu. Masa nak letak vitamin C atas meja sementara nak cari 3 lagi vitamin, TUP TUP vitamin C termasuk dalam kotak peti cadangan dan berkunci. Lorr... Tak perasan betul meja ni berlubang terus jadi peti cadangan. Terkekek-kekek la ketawa Mimie dan Mr. Tajul. Nak tak nak kena la ke Farmasi semula dan bagitau vitamin C termasuk dalam peti cadangan klinik. Pegawai Farmasi tu pun tergelak. Nasib baik dapat baru.. Mr. Tajul pulak tak abis2 menyakat Mimie, "Orang suruh makan vitamin, dia masukkan dalam peti cadangan pulak".. Nak buat macam mana.. Tak perasan dan tak sengaja.. Hahahaha..

Saya cadangkan vitamin C
untuk Klinik Putrajaya Hahahaha

Ni la gambar yang Mr. Tajul upload kat FB die.. Adoyai... Nasib la vitamin C ni jadi cadangan buat Klinik Putrajaya.. Hahahaha

Monday, January 7, 2013

1st Day Kerja di Tahun 2013

Alhamdulillah...

Tahun 2013 masih lagi bernafas di bumi Allah.. Syukur ke hadrat Ilahi.. Pagi ni masuk kerja seperti biasa. Pagi tadi 1st day hantar Batrisyia ke Kindergarden pada tahun 2013. Amat la mencabar pagi ni nak menghantar si kecil ke school. Cuti seminggu sebelum tahun baru menyebabkan Batrisyia merengek depan school pagi ni. Kenala pujuk betul2. Alhamdulillah akhirnya Batrisyia tak menangis selepas salam dengan Mimie sebelum ke tempat kerja.

Tahun baru ni dah bersusun azam tahun baru. Sama la seperti tahun2 yang lepas. Alhamdulillah wishlist 2012 dalam blog ni tercapai kesemuanya. InsyaAllah wishlist 2013 akan Mimie penuhi sedikit demi sedikit sehingga penghujung tahun 2013 (Letak wishlist dalam blog supaya Mr. Tajul boleh baca dan tolong bersama2 merealisasikannya.. Hehehe)

Tahun lepas pelbagai perkara manis masin pahit masam semua ada. Alhamdulillah berjaya mengharungi bersama insan-insan tercinta. Tapi pekara paling manis bagi tahun 2012 adalah planning nak dapatkan baby. Alhamdulillah bulan Mei 2013 ni kami menanti kehadiran cahaya mata kami yang kedua. Ramai yang tanya jantina baby Mimie. Mimie tak kisah baby boy atau girl. Yang paling penting baby sihat dan Mimie dan baby selamat semasa kelahiran nanti. Kalau rezeki boy alhamdulillah sebab dah ada Batrisyia. Kalau dapat girl alhamdulillah Batrisyia ada kawan main doll. Hahaha. Next time cuba lagi kan.. Hahaha..

Plan nak ada anak ni ni dalam 3 tahun seorang.. Hehehe.. Anak kan rezeki dari Allah. Memang nak anak ramai2.. Meriah.. Hahaha... Lagipun seronok sangat bersalin bila suami di sisi. Suami dapat melihat pengorbanan isteri yang susah payah nak melahirkan zuriat buatnya. Hihihi...

Tahun 2013 ni buat Abah dan Mama Mimie, selain tambah cucu dari Mimie dan suami, abah dan mama nak tambah menantu. InsyaAllah anak bujang polis abah mama ni nak kawin bulan Mac ni. Tak lama lepas tu anak bujang abah mama yang cikgu pulak nak merisik n bertunang. Yang cikgu ni kena tunggu abang polis tu settle majlis baru la fikir majlis awak yer.. Hehehe.. Adik perempuan bongsu yang belajar di UTHM hope study betul2 ye.. Giliran awak lambat sangat lagi tau.. Hahaha...

Buat suami tercinta, semoga kehadiran cahaya mata kedua menambahkan rezeki kita sekeluarga. Sekarang tengah menanggung tugas gred 48. Mana la tau terus dapat gred tu kan sayang.. Hua hua hua.. Amiiinn....

Buat anakanda Batrisyia yang bakal menjadi kakak.. Semoga sentiasa menjadi anak solehah. Sejuk hati dan perut Mama melahirkan anak mama ni. Rajin ikut ke masjid. Rajin solat. Dan dah pandai minta mengaji lepas ikut solat jemaah bersama Mama dan Ayah. Doa ayah dan Mama buat anak2 kami sentiasa ada dan baik2 semuanya.. Amiinnn..

Pasal bisness batik tergendala sebentar.. InsyaAllah dalam proses pembaikan. Hope segalanya di tahun 2013 dipermudahkan Allah SWT.. Aminnnn....

Sekian, terima kasih...
(^_^)

Saturday, January 5, 2013

1st Entry 2013

Assalamualaikum...

Kembali bersiaran di tahun baru.. Selamat Tanun Baru 2013 kepada semua blogger.. (Lambat wish.. Malas nak wifi kat hotel bandung.. Slowww...) Mimie dan keluarga selamat tiba di tanah airku Malaysia.. Seronoknya tanah air sendiri.. Hehe..

5D 4N kat Bandung Indonesia... Wah... Penatnyer bershopping.. Oh tolonglah.... Shopping bagai nak rakkk kat Bandung.. Pergi satu beg. Balik satu beg plus 5 kotak.. Ish.. Ish.. Hurmmm....

Ok la.. Next time Mimie story... Capekkk bangat... Nak tido... Papai readers...

Notakakitangan: Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Mama tercinta.. 4 Januari... Semoga Allah panjangkan usia Mama dan sentiasa bahagia hingga ke syurga bersama Abah.. Sayang abah mama...
WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG