Monday, January 7, 2013

1st Day Kerja di Tahun 2013

Alhamdulillah...

Tahun 2013 masih lagi bernafas di bumi Allah.. Syukur ke hadrat Ilahi.. Pagi ni masuk kerja seperti biasa. Pagi tadi 1st day hantar Batrisyia ke Kindergarden pada tahun 2013. Amat la mencabar pagi ni nak menghantar si kecil ke school. Cuti seminggu sebelum tahun baru menyebabkan Batrisyia merengek depan school pagi ni. Kenala pujuk betul2. Alhamdulillah akhirnya Batrisyia tak menangis selepas salam dengan Mimie sebelum ke tempat kerja.

Tahun baru ni dah bersusun azam tahun baru. Sama la seperti tahun2 yang lepas. Alhamdulillah wishlist 2012 dalam blog ni tercapai kesemuanya. InsyaAllah wishlist 2013 akan Mimie penuhi sedikit demi sedikit sehingga penghujung tahun 2013 (Letak wishlist dalam blog supaya Mr. Tajul boleh baca dan tolong bersama2 merealisasikannya.. Hehehe)

Tahun lepas pelbagai perkara manis masin pahit masam semua ada. Alhamdulillah berjaya mengharungi bersama insan-insan tercinta. Tapi pekara paling manis bagi tahun 2012 adalah planning nak dapatkan baby. Alhamdulillah bulan Mei 2013 ni kami menanti kehadiran cahaya mata kami yang kedua. Ramai yang tanya jantina baby Mimie. Mimie tak kisah baby boy atau girl. Yang paling penting baby sihat dan Mimie dan baby selamat semasa kelahiran nanti. Kalau rezeki boy alhamdulillah sebab dah ada Batrisyia. Kalau dapat girl alhamdulillah Batrisyia ada kawan main doll. Hahaha. Next time cuba lagi kan.. Hahaha..

Plan nak ada anak ni ni dalam 3 tahun seorang.. Hehehe.. Anak kan rezeki dari Allah. Memang nak anak ramai2.. Meriah.. Hahaha... Lagipun seronok sangat bersalin bila suami di sisi. Suami dapat melihat pengorbanan isteri yang susah payah nak melahirkan zuriat buatnya. Hihihi...

Tahun 2013 ni buat Abah dan Mama Mimie, selain tambah cucu dari Mimie dan suami, abah dan mama nak tambah menantu. InsyaAllah anak bujang polis abah mama ni nak kawin bulan Mac ni. Tak lama lepas tu anak bujang abah mama yang cikgu pulak nak merisik n bertunang. Yang cikgu ni kena tunggu abang polis tu settle majlis baru la fikir majlis awak yer.. Hehehe.. Adik perempuan bongsu yang belajar di UTHM hope study betul2 ye.. Giliran awak lambat sangat lagi tau.. Hahaha...

Buat suami tercinta, semoga kehadiran cahaya mata kedua menambahkan rezeki kita sekeluarga. Sekarang tengah menanggung tugas gred 48. Mana la tau terus dapat gred tu kan sayang.. Hua hua hua.. Amiiinn....

Buat anakanda Batrisyia yang bakal menjadi kakak.. Semoga sentiasa menjadi anak solehah. Sejuk hati dan perut Mama melahirkan anak mama ni. Rajin ikut ke masjid. Rajin solat. Dan dah pandai minta mengaji lepas ikut solat jemaah bersama Mama dan Ayah. Doa ayah dan Mama buat anak2 kami sentiasa ada dan baik2 semuanya.. Amiinnn..

Pasal bisness batik tergendala sebentar.. InsyaAllah dalam proses pembaikan. Hope segalanya di tahun 2013 dipermudahkan Allah SWT.. Aminnnn....

Sekian, terima kasih...
(^_^)

2 comments:

  1. huk..huk... tertiba ade org sebut name titew plak..hahaha

    ReplyDelete
  2. Amin...moga segalanya tercapai tahun ni

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG