Friday, January 11, 2013

PULUT DAN SERAWA DURIAN (^_^)

Jemput makan (^_^)


Requested by Mr. Tajul tercinta..

Alhamdulillah.. Semangat nak memasak dah kembali semula. Tambahan pulak Mr. Tajul request nak sangat makan serawa durian. Serius ni 1st time Mimie buat pulut dan serawa durian. Selama ni makan yang mak sendiri je buat. Hahaha.. Senang je rupanya nak buat resepi ni. Cuma part nak kukus pulut tu macam leceh sikit sebab nak kena rendam pulut dekat 3 jam supaya pulut lembut dan senang masak. Pastu kukus pulut separuh masak. Lepas tu angkat dan curahkan santan atas pulut. Pastu kukus semula. Tapi yang puas hati sangat2, Mr. Tajul makan sampai licin.. Hahaha.. Berbaloi-baloi betul. Siap puji lagi pulut kalau makan macam tu je pun dah sedap.. Kembang mak...!!! Hihihihi


Part masak serawa durian lagi sonang.

Bahan2nya:

500g santan pekat
2 cawan air
5 ulas durian
sedikit garam
3 helai daun pandan (simpulkan)
1 buku gula melaka

Cara-cara membuatnya:
Masukkan santan pekat dan air dalam periuk.
Kacau dengan api yang perlahan.
Masukkan daun pandan.
Kemudian masukan gula melaka. Mimie tak guna gula pasir coz gula melaka dah manis dan sodap.
Last sekali masukkan isi durian dan sedikit garam.
Bila dah nampak pekat tutup api.
Kalau nampak pekat sangat boleh tambah sedikit air coz santan dengan isi durian akan memekatkan lagi serawa ni.
Pastu hidang dengan pulut..

Nanti mimie update resepi Kek Cream Caramel pulak.. (^_^)

3 comments:

  1. serawa tu lin reti buat... tp tang pulut tu tak reti nak masak cmner.. :D

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG