Tuesday, February 26, 2013

Sakit Pinggang Melampau (T_T)

Hurmm...

Pregnant kali ni sakit pinggang yang melampau2.. Masa preggy Batrisyia dulu takde la sakit pinggang sampai tahap kritikal. Sakit pinggang ni memang selalu melanda ibu-ibu mengandung. Tapi Mimie ni sakit pinggang ibu mengandung campur dengan bekas jatuh masa main netball sebelum kahwin dulu. Mimie pernah jatuh masa main netball sampai tak dapat berjalan. So masa terus hantar klinik, doktor terus inject. Bila berurut baru tau rupa2nya kalau kita jatuh atau tersalah urat jangan terus inject. Kena berurut dulu. Ni kata makcik urut tu la. Supaya urat kita tak terkejut. Huhu

Masa mengandung Batrisyia memang sakit. Sampai menangis2. Mr. Tajul gosok2 sikit je. Sebab kata Ummie (MIL) tak boleh urut pinggang sebab tu muka baby. So Mimie ikutkan sahaja kata orang tua2 ni. Tapi kali ni preggy sakit pinggang sampai tak boleh berjalan. Adoii.. Tahan je la. Semalam masa amik wuduk untuk solat isyak tetiba pinggang macam krem. Pastu sakit sampai tak boleh nak melangkah. Solat isyak pun dalam menahan kesakitan. Allah je la tahu. Lepas solat tu Mr. Tajul gosok2 sampai Mimie terlelap.

Pagi tadi nak pergi ofis dalam keadaan terpaksa. Kalau tak sebab ade taklimat penting confirm dah sampai klinik untuk MC. Memang sakit sangat. Mr. Tajul kata sabarlah sayang. Allah bagi sakit sekarang supaya mudah bersalin nanti. Hurmmm... Ayat menyedapkan hati dari suami untuk isteri. Apa2 pun.. Anggap semua positif. InsyaAllah semua dipermudahkan..

Anggap la ni satu pengalaman manis. Nanti dah bersalin rindu nak mengandung lagi pulak. Hahaha.. (^_^)

Monday, February 25, 2013

Minggu Persiapan Adik Kahwin

Minggu ni busy yang amat.. Hantaran adik lelaki tak siap lagi. Padahal akad nikah 01 Mac ni. Adoi.. Hope semuanya dipermudahkan. 1st time anak lelaki Haji Sabri nak kahwin. So kelam kelibut la sikit. Nak terima menantu perempuan pertama. Hehe

Cuti untuk kenduri minggu depan kat umah Abah dan Mama pun tak apply lagi. Baru semalam bincang cuti dengan Mr. Tajul. Kena tengok juga jadual kerja Mr. Hubby ni. Sibuk memanjang jer.. Huhuhu..

Minggu lepas dan minggu ni pulak tengah ganti puasa berderet hari. Takut tak sempat ganti pulak. Due bulan Mei ni. Nanti dah pantang 44 hari terus sambung puasa awal Julai. Takut betul tak sempat. Mr. Tajul dah bising2 hehe... Alhamdulillah.. Dh tak banyak nak ganti dah ni. (^_^)

Tuesday, February 19, 2013

Guava Mr. Hubby

Tak rugi berbudi pada tanah.. Dah dapat hasil dari berkebun. Sebelum ni dapat kacang bendi dan kacang botol. Selain tu daun kari, serai, daun pandan, cili api, daun kesum dan buah kedondong. Sekarang tengah tunggu pokok betik, pokok pisang dan buah delima. Hehe
Tangan hubby jenis tangan sejuk.. Alhamdulillah tanaman menjadi..

Wednesday, February 13, 2013

Cuti CNY

Hari ni masih bercuti sehingga isnin depan. Huhu.. Lamanyer coti...
Cuti CNY kali tersangat2 la seronok.. Mr. Tajul bawa Mimie dan anak2 berjalan di Mines dan berkelah di pantai bagan lalang.. Malam tu pulak kami menikmati makanan laut tepi pantai bagan lalang.. marvellous sungguh..
Ok.. enjoy our pictures....

Friday, February 8, 2013

New Gadget ~~~ Note 2

Alhamdulillah..

Wishlist kedua dimakbulkan Allah...
Terima kasih suamiku Mr. Tajul Ariffin bin Jamaludin @ Yusof
Sebab sudi belikan hadiah Samsung Galaxy Note 2..
Semoga Allah murahkan rezeki abang dan kita sekeluarga..
Aminnn...

Terima kasih hubby (^_^)

Mode: Senyum meleret2 hingga ke telinga.. Hahaha..

Wednesday, February 6, 2013

24 WEEKS ALREADY... (^_^)

Alhamdulillah...

24 minggu kandungan Mimie.. Dah 6 bulan baby dalam perut ni.. Semoganya dipermudahkan. Semalam check up baby semua ok.. Berat badan naik ok.. Tekanan darah ok.. HB ok.. Urine ok.. Semua ok. Setakat ni buku pink Mimie still lagi tag PUTIH.. Hohoho.. Macam Batrisyia dulu pun dari awal buka buku sampai la bersalin buku pink mengandungkan Batrisyia Tag PUTIH..

Minggu depan cuti CNY.. Tak sabar rasanya.. Mimie amik cuti seminggu sampai next isnin CNY.. Bos tanya awak raya jugak  ker?? Hehehe.. Saje je cuti duk umah dengan suami dan anak-anak.. Next month pulak wedding adik lelaki Mimie.. Rumah perempuan kat Cheras. So tak perlu la nak apply cuti nak menghantar nanti. Minggu lepas tu kena la cuti lagi coz nak balik Kuantan untuk majlis sambut menantu. Hope semuanya dipermudahkan.

Weekand ni Mr. Tajul nak bawa Mimie dan anak-anak jalan-jalan Alamanda.. Lama dah tak datang sini walaupun hari2 datang Putrajaya. Pastu Mr. Tajul nak bawa kami ke Bagan Lalang. Boleh pekena ikan bakar dan seafood.. So far kami sekeluarga takde masalah alergik seafood dan takde masalah kolestrol tinggi.. So nak makan manyak2 gitu.. Boleh..??? Hahaha... Kat Bagan Lalang ni ada pantai.. Mimie tak pernah sampai sini tapi dah survey melalui blog2 yang dah pernah pergi. Tak sabar nak pergi. Lagipun dalam 30-40 minit dari rumah kami. So boleh balik hari je.. Huhu.. Ok reader.. See u..

Papai... (^__________^)

Preggy lady with sweet icha (^_^)
WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG