Tuesday, February 26, 2013

Sakit Pinggang Melampau (T_T)

Hurmm...

Pregnant kali ni sakit pinggang yang melampau2.. Masa preggy Batrisyia dulu takde la sakit pinggang sampai tahap kritikal. Sakit pinggang ni memang selalu melanda ibu-ibu mengandung. Tapi Mimie ni sakit pinggang ibu mengandung campur dengan bekas jatuh masa main netball sebelum kahwin dulu. Mimie pernah jatuh masa main netball sampai tak dapat berjalan. So masa terus hantar klinik, doktor terus inject. Bila berurut baru tau rupa2nya kalau kita jatuh atau tersalah urat jangan terus inject. Kena berurut dulu. Ni kata makcik urut tu la. Supaya urat kita tak terkejut. Huhu

Masa mengandung Batrisyia memang sakit. Sampai menangis2. Mr. Tajul gosok2 sikit je. Sebab kata Ummie (MIL) tak boleh urut pinggang sebab tu muka baby. So Mimie ikutkan sahaja kata orang tua2 ni. Tapi kali ni preggy sakit pinggang sampai tak boleh berjalan. Adoii.. Tahan je la. Semalam masa amik wuduk untuk solat isyak tetiba pinggang macam krem. Pastu sakit sampai tak boleh nak melangkah. Solat isyak pun dalam menahan kesakitan. Allah je la tahu. Lepas solat tu Mr. Tajul gosok2 sampai Mimie terlelap.

Pagi tadi nak pergi ofis dalam keadaan terpaksa. Kalau tak sebab ade taklimat penting confirm dah sampai klinik untuk MC. Memang sakit sangat. Mr. Tajul kata sabarlah sayang. Allah bagi sakit sekarang supaya mudah bersalin nanti. Hurmmm... Ayat menyedapkan hati dari suami untuk isteri. Apa2 pun.. Anggap semua positif. InsyaAllah semua dipermudahkan..

Anggap la ni satu pengalaman manis. Nanti dah bersalin rindu nak mengandung lagi pulak. Hahaha.. (^_^)

1 comment:

  1. huhuh.. btul tu, my mom pun tak bg urut pinggang... sakit kan... uhuhuh

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG