Friday, March 29, 2013

Tips Bercinta (^_^)

Seronok bila baca picture ni.. Semua dah Mr. Tajul buatkan. Takde kurang pun.. Lebih ade lagi.. ♥ ♥ ♥

Wednesday, March 27, 2013

Baby Semakin Aktif

Sejak masuk trimester ketiga ni baby dalam womb semakin rancak bergerak. Sampai berombak-ombak perut Mimie. Masa preggy Batrisyia dulu baby takde la bergerak aktif sangat2 macam 2nd baby. Semalam masa tengok bola Malaysia lawan Palestin dengan Mr. Tajul, Mimie baring di sisi Mr. Tajul. So perut Mimie yang rapat dengan Mr. Tajul berombak-ombak. Mr. Tajul cakap baby aktif juagk malam2.. Siap suruh baby tido lagi. Baby dalam perut ni pandai. Dengar cakap ayah. Tapi kejap je berenti berombak. Lepas tu bergerak2 lagi.. Huhu..

Semalam Mr. Tajul tolong picitkan bahu dan kepala Mimie. Alhamdulillah. Seronok sangat dapat belaian dari suami sepanjang mengandung ni. Minggu ni Mr. Tajul ajak ke GM Klang untuk shopping barang bayi dan Mimie. Dah masuk 8 bulan tak beli lagi keperluan bayi. Barang2 Batrisyia masa baby dulu pun tak buka dari box storage dalam stor. Minggu ni kena siapkan. Kalau tak kelam kabut nak sambut 2nd baby ni.

Set bersalin Mimie pun tak beli lagi. Masa Batrisyia dulu Mimie ambil set bersalin sendayu tinggi. Memang bagus coz jamu disediakan dari hari pertama bersalin sehingga hari ke 60. Tu pun tak abis makan. Lulur pun tak abis guna coz nak kena bancuh. Banyak la benda yang tak abis. Macam sayang je beli mahal2 tapi tak guna semua. Kali ni Mr. Tajul dah bagitau pantang betul2. Mimie pun berazam nak pantang betul and dapatkan balik berat badan sebelum kawin.. Wah..!!! Semangat tu.. In Shaa Allah..

Hari tu ada baca blog my BFF "PUAN AKMA" berkenaan set bersalin NR. Sebenarnya betul jugak kata kawan baik Mimie ni. Beli produk apa pun yang penting diri kita. Kalau tak disiplin beli la brand mahal pun tapi tak guna jugak. So lepas risik2.. Mimie decide nak ambil set bersalin Tanamera. Nanti Mimie akan story pengguna set bersalin ni ok.

Hope kali ni dapat bersalin normal juga. Nak sangat Mr. Tajul ada di sisi sepanjang kelahiran anak-anak kami. Mr. Tajul pun pernah cakap, "Abang sentiasa berdoa agar abang sentiasa di sisi sayang pada setiap anak-anak yang dilahirkan sayang".. Terharu dengar bila Mr. Tajul cakap macam ni..

Monday, March 25, 2013

Wasiat nabi Muhammad S.A.W Kepada Sayidina Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda- tandanya:

1. tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2. tidak terpesona dengan pujuk rayu
3. benci terhadap perbualan dan perkataan sia- sia.


Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda- tandanya:

1. Jujur dalam berkata- kata
2. menjauhi segala yang haram
3. merendahkan diri


Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda- tandanya

1. Merahsiakan ibadahnya
2. merahsiakan sedekahnya
3. merahsiakan ujian yang menimpanya


Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda- tandanya

1. Takut berlaku dusta dan keji
2.Menjauhi kejahatan
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman


Wahai Ali, bagi orang yang AHLI IBADAH itu ada 3 tanda- tandanya

1. Mengawasi dirinya
2. Menghisab dirinya
3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T

Friday, March 22, 2013

Happy Anniversary Couple #5

Pejam celik pejam celik.. 5 tahun usia perkenalan kami. Hari ni genap 5 tahun couple dengan Mr. Tajul. Couple pun tak lama. Coz Mr. Tajul jumpa parent Mimie untuk jadikan isteri. Dalam 5 bulan perkenalan Mr. Tajul dah ajak bertunang dan terus menyunting Mimie untuk menjadi isterinya. Sangat terkejut juga. Mimie terima lamaran Mr. Tajul kerana Allah dan Mimie sayang sepenuh hati sehingga kini. Hanya Allah yang tahu. Terima kasih Abah dan Mama coz merestui pasangan hidup anakmu. Sangat2 bersyukur dikurniakan suami yang menyayangi dan mencintai diri dan anak2..

Thursday, March 21, 2013

Hadiah dari Encik Suami (^_^)

Suka sangat...!!!! Mana taknyer bila Mr. Tajul sudi nak belikan 2 pasang kasut dari Modernmum.. Sangat cantik dan selesa dipakai. Asalnya Mimie cakap tak payah la bazir beli kasut. Kasut yang ada boleh pakai lagi. Tapi Mr. Tajul still jugak nak belikan dua pasang kasut ni. Siap tolong pilihkan lagi. Terima kasih sayang.. Bertuah badan jadi isteri abang. Sangat caring and charming. Love u hubby until Jannah..!!!

Tersenyum2 sampai ke telinga  (^_^)

Wednesday, March 20, 2013

Supplement Untuk Mimie (^_^)

Pengalaman mengandung anak ni berbeza-beza. Since preggy 2nd baby ni selera makan tak berapa sangat. Sampai Mr. Tajul pun risau asyik suruh makan jer.. Sejak buka buku pink pada minggu ke 11 preggy sampai la 30 minggu ni berat naik 5 kilo. Puasa tak abis ganti lg. Bila ganti for sure turun balik berat ni. Tapi mesti jugak abiskan ganti puasa bulan ni supaya bulan depan dah boleh relax2..

Mr. Tajul belikan supplement Blackmore Pregnancy Formula. Masa mengandung Batrisyia dulu pun Mimie memang ambil supplement ni. Tapi pil die memang besar gedabak la.. Nak telan kena stand by air banyak2.. Tercekik nanti.. Hahaha.. Vitamin klinik bagi pun makan jugak. Hope baby membesar dengan sihat dan comel macam kakak Batrisyia yer..

Masa mengandung Batrisyia dulu Mimie suka ambil Innershine Pati Prune. Sedap.. Mimie ambil masa 6 bulan ke atas. Untuk 2nd baby ni Mimie cuba amalkan seperti mana Mimie mengandungkan Batrisyia dulu. Seronok betul mengandung ni. Dapat perhatian lebih dari orang tersayang. (^___^)


Wednesday, March 13, 2013

Scan 4D Adik Batrisyia (^_^)

Alhamdulillah...

Balik Kuantan hari tu sempat kami sekeluarga scan 4D untuk adik Batrisyia. Alhamdulillah kandungan dan baby stabil. Uri pun dah naik ke atas. So kami tak risau sangat la berbanding hari tu uri kat bawah.

Teruja sangat nak tunggu baby keluar.. Batrisyia pun dah makin2 sayang adik dalam perut Mimie. Tak sabar nak tunggu baby keluar. Sekarang tengah buat persiapan untuk menyambut orang baru dalam keluarga kami. Semoga bertambah2 rezeki kami sekeluarga selepas ini.. Aminnn..

Ha.. ni tutup muka dengan tangan.. Malu yer..

Tutup mulut pulak anak mama ni..

Mama, Ayah dan Kakak Batrisyia tunggu saya yer..
Girl ker Boy...?????? Sama2 kita tunggu bulan 5 nanti yer.. Mr. Tajul cakap surprise.. Hahaha

Tuesday, March 12, 2013

Selesai sudah.. (^_^)

Alhamdulillah...

Selesai sudah majlis sambut menantu di Kuantan rumah family Mimie. Majlis memang meriah.. Ramai saudara mara dan sahabat handai yang turut hadir memeriahkan majlis,. Termasuklah tetamu VVIP Abah.. Yang penting semuanya sudah selesai..

Hari ni kembali bertugas seperti biasa. Balik Kuantan hari tu pun sempat lagi buat urusan kerja di Kompleks Mahkamah Kuantan. Alhamdulillah.. Kerja settle.. Cuti pun settle.. Semoga adikku Mohd Fadlullah Syah dan Pasangannya Natasha Nadia bahagia hingga ke akhir usia.. (^____^)

Anak dan Ayah (^_^)

Mama dan anak2 perempuannya (^_^)

Mama, adik bongau dan adik lelaki (pengantin la ni) huhu

With my hubby tercinta (^_^)

Anak2 perempuan Hj Sabri (^_^)

Along, Mama dan Me (^_^)

Adik, Angah dan Along (^_^)

Adik dan isterinya (^_^)

Salam.. salam.. Hehe

My daughter and niece

my kazen.. hantaran tu i yg buat.. hehe

Majlis sebelah perempuan

7 month preggy mom

ayahanda dan bonda tercinta

bbudak kecik yg suka posing

Tomei anak mama (^_^)

My family (^_^)

Finally... My big family

Wednesday, March 6, 2013

Check Up 28 Weeks

Alhamdulillah.. Dah masuk 7 bulan.. Tak lama dah nak due ni.. Semakin hari semakin berdebar. Walaupun ni kali kedua tapi still berdebar.. Harap2 semuanya selamat.

Semalam Mimie check up 28 minggu. Prosedur mengandung sekarang bagi ibu-ibu mengandung yang berumur 25 tahun ke atas wajib minum air gula (MGTT). So semalam Mimie pun kena la minum air gula. Ya Allah.. Manis giler.. Stress betul nak abiskan segelas air gula. Dalam hati berdoa agar ini kalli terakhir kena minum. Alhamdulillah lepas keluar result semua ok. So tak payah minum air gula lagi lepas ni.. Hahahaha... Semalam masa check up berat Mimie turun sekilo. Nurse pun bersyarah la bukan main. So Mimie cakap la reason turun sebab ganti puasa. Tapi memang kena bebel la jugak sebab dah 7 bulan mengandung ni berat cuma naik 3 KILO SAHAJA..!!!!. Adoi.. Nak buat macam mana.. Dah tak nak naik kan...

Semalam pun kena cucuk untuk elak kancing gigi. Sampai hari ni lenguh tangan. Menyesal pulak bagi cucuk tangan kanan. Dah susah nak buat kerja. Lenguh sangat.. Semalam scan baby.. Runsing betul hati sebab uri ada kat bawah baby. Harap2 uri dapat la naik atas. Mr. Tajul dah larang buat kerja. Suruh berehat je. Jangan banyak berdiri, jangan banyak berjalan, jangan angkat benda2 berat. Jangan dukung Batrisyia. Adoi.. Banyaknyer la 'jangan' dari Mr. Tajul ni..Dengarkan saja nasihat suami ni. Risau betul Mr. Tajul. Tambah2 bila doktor cakap kalau bleeding terus ke hospital. Adoi.. 1st time pengalaman uri kat bawah. Tu yang buat kami suami isteri susah hati.

Hari esok nak balik Kuantan sebab kenduri adik lelaki. Nak berjalan jauh ni pun kena hati2 jugak.. Hope semuanya dipermudahkan Allah SWT.. Aminnn...

Friday, March 1, 2013

5 Tahun berkenalan

Alhamdulillah. Hari ni 1 Mac 2013 genap perkenalan bersama suami tercinta. Terima kasih abg coz hadir mengenali, memahami dan mendalami diri ini. Love you until jannah..

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG