Wednesday, March 27, 2013

Baby Semakin Aktif

Sejak masuk trimester ketiga ni baby dalam womb semakin rancak bergerak. Sampai berombak-ombak perut Mimie. Masa preggy Batrisyia dulu baby takde la bergerak aktif sangat2 macam 2nd baby. Semalam masa tengok bola Malaysia lawan Palestin dengan Mr. Tajul, Mimie baring di sisi Mr. Tajul. So perut Mimie yang rapat dengan Mr. Tajul berombak-ombak. Mr. Tajul cakap baby aktif juagk malam2.. Siap suruh baby tido lagi. Baby dalam perut ni pandai. Dengar cakap ayah. Tapi kejap je berenti berombak. Lepas tu bergerak2 lagi.. Huhu..

Semalam Mr. Tajul tolong picitkan bahu dan kepala Mimie. Alhamdulillah. Seronok sangat dapat belaian dari suami sepanjang mengandung ni. Minggu ni Mr. Tajul ajak ke GM Klang untuk shopping barang bayi dan Mimie. Dah masuk 8 bulan tak beli lagi keperluan bayi. Barang2 Batrisyia masa baby dulu pun tak buka dari box storage dalam stor. Minggu ni kena siapkan. Kalau tak kelam kabut nak sambut 2nd baby ni.

Set bersalin Mimie pun tak beli lagi. Masa Batrisyia dulu Mimie ambil set bersalin sendayu tinggi. Memang bagus coz jamu disediakan dari hari pertama bersalin sehingga hari ke 60. Tu pun tak abis makan. Lulur pun tak abis guna coz nak kena bancuh. Banyak la benda yang tak abis. Macam sayang je beli mahal2 tapi tak guna semua. Kali ni Mr. Tajul dah bagitau pantang betul2. Mimie pun berazam nak pantang betul and dapatkan balik berat badan sebelum kawin.. Wah..!!! Semangat tu.. In Shaa Allah..

Hari tu ada baca blog my BFF "PUAN AKMA" berkenaan set bersalin NR. Sebenarnya betul jugak kata kawan baik Mimie ni. Beli produk apa pun yang penting diri kita. Kalau tak disiplin beli la brand mahal pun tapi tak guna jugak. So lepas risik2.. Mimie decide nak ambil set bersalin Tanamera. Nanti Mimie akan story pengguna set bersalin ni ok.

Hope kali ni dapat bersalin normal juga. Nak sangat Mr. Tajul ada di sisi sepanjang kelahiran anak-anak kami. Mr. Tajul pun pernah cakap, "Abang sentiasa berdoa agar abang sentiasa di sisi sayang pada setiap anak-anak yang dilahirkan sayang".. Terharu dengar bila Mr. Tajul cakap macam ni..

1 comment:

  1. lin pun pilih tanah merah... sekarang ni tgh kumpul duit nk beli... =D

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG