Monday, March 25, 2013

Wasiat nabi Muhammad S.A.W Kepada Sayidina Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda- tandanya:

1. tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2. tidak terpesona dengan pujuk rayu
3. benci terhadap perbualan dan perkataan sia- sia.


Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda- tandanya:

1. Jujur dalam berkata- kata
2. menjauhi segala yang haram
3. merendahkan diri


Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda- tandanya

1. Merahsiakan ibadahnya
2. merahsiakan sedekahnya
3. merahsiakan ujian yang menimpanya


Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda- tandanya

1. Takut berlaku dusta dan keji
2.Menjauhi kejahatan
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman


Wahai Ali, bagi orang yang AHLI IBADAH itu ada 3 tanda- tandanya

1. Mengawasi dirinya
2. Menghisab dirinya
3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T

No comments:

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG