Monday, April 29, 2013

Complete Kelengkapan Bersalin (^_^)

Alhamdulillah.. Selesai persiapan menyambut kelahiran anak kedua kami. Lately ni memang tak larat sangat dah nak berjalan.. Dah semakin sakit di bahagian perut. Baby semakin aktif dan membesar. Tidur malam pun dah semakin tak selesa.

Semalam kami ke Manjaku di Bangi. Masa preggy Batrisyia dulu pun memang tempat ni la kami shopping keperluan bayi dari pakaian, katil sehinggalah kelengkapan mandian dan lain-lain. Semua ada kat sini.
Set bersalin pun Mimie dah beli. Sebelum ni Mimie pernah bagitau nak guna set bersalin Tanamera. Tapi selepas buat research berkenaan dengan produk Tanamera, Mimie tak jadi ambil. Last sekali Mimie pilih set bersalin NR (Nona Roguy). Sebab Mimie pilih set NR selepas baca pengalaman mommy dalam blog ni.. "SET BERSALIN NR VS TANAMERA"

Mimie risau masalah sembelit semasa dalam pantang. Semasa dalam pantang Batrisyia, Mimie mengalami masalah sembelit walaupun sebelum ni memang tak pernah sembelit pun. Tambah2 bersalin normal. Memang risau tertetas jahitan. Last2 memang tertetas pun.. Adoi.. Ngeri dan ngilu bila tertetas jahitan. Kalau pergi hospital confirm jahit mentah2 tanpa bius.. Memang tak nak.

Last choice Hubby call kawannya di Hospital Serdang. Advice dari kawan Hubby suruh beli gel penutup luka. So, Mr. Hubby bawa la pergi ke Klinik An-Nur di Putrajaya. Alhamdulillah ada gel tu. Tapi doktor advice jangan pakai lebih 3 hari sebab tisu baru akan tumbuh. Alhamdulillah. Lepas 3 hari nurse datang check kat rumah tanya ada gunting tak masa bersalin. Mimie cakap ada. Tapi nurse tu pelik sebab takde langsung kesan gunting atau luka. Kulit tutup cantik macam takde apa2. Tapi serius.. Mimie lupa la nama ubat tu. Huhuhu..

Set Bersalin NR ni Mimie beli secara online. Harga pasaran RM360. Tapi Mimie beli secara online dapat harga RM300 dan beberapa barang Free Gift seperti pilis, param, minyak telon bayi, barut bayi, losyen pati halia dan sabun susu beras. Oleh sebab set ni takde mandian rempah selepas bersalin Mimie beli kat kedai jamu area Tesco Nilai. Satu paket rempah Jamu Mak Dara 200gram harga RM19.00. Kalau online jual RM30 satu. So Mimie terus beli kat kedai jamu tu.. Hehehe.. Ni kelengkapan bersalin untuk Mimie. 

Set Bersalin NR
Set Bersalin NR
Rempah Mandi Jamu Mak Dara
Free Gift Pilis
Free Gift Losyen Pati halia
Free Gift Barut Bayi
Free Gift Minyak Telon Bayi
Free Gift Sabun Susu Beras
Free Gift Param
Tak sabar menunggu kehadiran ahli baru dalam keluarga kami.. Semoga semuanya dalam lindungan Allah SWT.. (^_____^)

Saturday, April 27, 2013

Wallpaper Handset Hubby

Hubby tukar wallpaper baru.. Sebelum ni wallpaper Save Gaza. Terkejut dan happy tengok wallpaper handset Hubby. Mengimbau nostalgia masa di hari perkahwinan kami dulu.. hihihihi

Friday, April 26, 2013

Insiden Terkunci Dalam Kereta

Semalam Mimie balik lewat dari office. So minta tolong Mr. Hubby ambilkan Batrisyia di nursery. Seronok bukan main anak dara sorang ni bila ayah ambil dari nursery terus ke playground dekat rumah.

Lebih kurang jam 7 malam dapat msj dari Mr. Hubby cakap anak terlock dalam kereta. Menggigil Mimie masa tu. Terus mintak balik awal dan pecut 140km/j. Alhamdulillah kereta baru lepas service, tukar minyak gear dan break pad. Tak pernah hayat nak pecut 140km/j dengan kereta kesayangan Mimie ni. Tapi demi anakanda.

Macam mana boleh terlock tu..??? Mr. Hubby nak buka gate rumah untuk park kereta. Ntah macam mana anak dara ni pergi lock pintu kereta tu. Mr. Hubby dah suruh Batrisyia bukakan tingkap. Memang si kecil ni pandai buka tutup tingkap. Tapi ntah kenapa hari tu Batrisyia tak dapat buka tingkap. Kunci rumah dalam kereta lagi masa ni. Kunci spare kereta of coz dalam rumah. Masa Mimie terima mesej cakap anak terlock rupanya dah 15 minit terkkunci dalam kerata. Adoi.. Ayah.. Ayah.. Kenapa la tak cakap terus pada Mama masa tu. Mr. Hubby cakap dia berharap anak dapat buka kunci sendiri masa tu. Rupa-rupanya memang tak boleh sebab maybe panik. Batrisyia bertambah panik bila jiran-jiran keluar menghulurkan bantuan. Last choice memang nak pecahkan cermin kereta masa tu. Mimie suruhy hold tunggu Mimie balik secepat mungkin.

Sampai2 je depan rumah, ramai jiran yang kerumun kereta Mr. Hubby.. Batrisyia nampak je Mimie terus nangis beria-iaa.. Adoi.. Runtun hati ibu melihat anak menangis sorang2 dalam kereta. Siap cakap Mama.. Jangan tinggal Isya.. Alahai anakanda mama.. Sabar ye.. Ayah tengah ambil kunci.. Mimie pujuk masa tu. Dapat je buka pintu terus meluru peluk anak. Ayah pun sama.. Memang lepas ni jadi pengajaran.. Jangan tutup pintu rapat or buka tingkap walaupun nak buka pagar rumah jer..

Malam tu pujuk Batrisyia. Bawa jalan2 kat Mall.. Alhamdulillah.. Batrisyia dah ok.. Semangat kental anak mama ni.. Hehehe.. To Ayah yang baca blog Mama ni.. Jangan ulangi lagi tau.. Nanti Mama gigit.. Huhuhu

Ni masa kat palyground sebelum kejadian

Monday, April 22, 2013

No Pampers Untuk Batrisyia (^_^)

Weekand yang sangat busy.. Hari Sabtu duty di bilik gerakan operasi PRU-13. Hurmm.. Dah sarat mengandung pun still on duty.. Nak buat macam mana.. Saya Yang Menurut Perintah kan...

Balik dari duty tengok rumah seronok sangat.. Mr. Hubby dah tolong kemaskan rumah. Siap 3X mop lantai. Mr. Hubby ni memang ringan tangan sangat2 dalam membantu Mimie menguruskan rumah. Since awal perkahwinan sehingga sekarang memang tak lokek bantu Mimie menguruskan rumah. Tak payah disuruh laju je buat. Bertuah badan. Tambah2 tengah sarat sekarang. Terima kasih ye cayang..

Case 3X mop lantai ada sebab die. Selalunye sekali seminggu. Sebab sekarang tengah ajar Batrisyia tak menggunakan pampers. Masa umur Batrisyia tak sampai 2 tahun, Mimie dan suami dah ajar Batrisyia poo poo kat tandas. Beli potty pot 3 in 1 yang boleh travel dan guna di tandas juga. So far Alhamdulillah Batrisyia dah poo poo kat toilet sebelum umur 2 tahun. Bila nak poo poo Batrisyia akan cakap "Mama... Ayah.. Isya nak uk uk.." Hehehe. Bagus anak Mama dan Ayah ni.

Sekarang Batrisyia dah 2 tahun 5 bulan.. Sebelum Batrisyia umur 3 tahun nak pastikan supaya Batrisyia tak pakai pampers lagi. Tapi sekarang Batrisyia tak pandai lagi nak bagitau nak kencing. Hubby cerita Batrisyia mintak pakai pampers sebab rasa bersalah kencing atas lantai baru-baru ni masa tak pakai pampers. Maybe kesian tengok ayah mop lantai berkali-kali kot.. Hahaha.. Apa2 pun kena sabar dan perlahan-lahan ajar Batrisyia. In Shaa Allah...

Anak dara Mama yang comel (^__^)

Friday, April 19, 2013

Al-Fatihah buat Adik Azri Irfan

Asssalamualaikum...
Baru terima berita anak kawan baik suami meninggal dunia tengah hari tadi.. Sebelum ni Mimie ada post berkenaan adik Azri Irfan ni. Yang tak sempat nak membaca boleh baca di sini.. "Doakan Adik Azri Irfan Cepat Sembuh"
Semoga adik Azri Irfan di tempatkan dalam golongan orang yang beriman.. Semoga keluarga tabah menghadapi dugaan ini. Aminnn....

Monday, April 15, 2013

Jom Balik Mengundi

Dah check mengundi kat mana? Mimie mengundi di Kuantan, Pahang. Manakala husband tercinta di Dungun, Terengganu.

Actually this is 2nd time Mimie mengundi tau. 1st time tahun 2008. Masa 2008 umur Mimie baru 23 tahun. Huhu.. So pengalaman mengundi dah ade. Walaupun dah sarat mengandung still nak mengundi jugak. Tapi kena stand by coz minggu mengundi tu Mimie dah 36 minggu preggy. Anytime je baby boleh keluar.

Cuti hari pekerja sambung terus cuti mengundi. So jom jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.

Monday, April 8, 2013

Selamat Sampai

Tak menyempat mencoret catatan di ruangan blog kesayangan ni. Baru sampai rumah dari pantai timur.

Hari khamis baru2 ni Mimie dan keluarga ke Terengganu sampai hari sabtu. Seronoknye ke pantai timur. Balik rumah family in law. Selain tu Mimie ambil stok batik baru. Alhamdulillah perniagaan batik semakin rancak sekarang. Dah supply ke sekolah2. Ramai cikgu2 berminat dengan batik terengganu.

Hari ahad pulak kami ke pahang. Balik umah family Mimie di kuantan. Ni baru sampai umah. Memang kepenatan yang amat tapi seronok coz dapat jumpa family kami. Okay la. Next time citer lagi. Nak rehat dulu.. papai..

Wednesday, April 3, 2013

Kuih Gulung Ummie

Alhamdulillah.. Terima kasih MIL my ummie sediakan juadah minum petang kuih gulung aka ketayap. Mimie MC hr ni coz muntah2 n perut memulas2.. tak tau la salah makan apa. Ok.Nak mamam dulu..

Tuesday, April 2, 2013

Ramadhan Bakal Tiba



Sebenarnya sudah tinggal 99 hari.. Picture ni diterima dari Facebook Mimie. Kiriman dari suami tercinta buat peringatan kepada isterinya.. Huhuhu.. InsyaAllah.. Akan diusahakan sebelum bersalin dan sebelum Ramadhan tiba.. Mesti complete sebelum pertengahan bulan ni. In Shaa Allah minggu depan settle ganti puasa...!!!! Terima kasih atas ingatan ini yer sayang >> Mr. Tajul Ariffin (^___^)

Monday, April 1, 2013

Hasad Dengki......???

Perasaan dengki membawa si pendengki melakukan perkara jahat seperti memfitnah, menghasut dan memutuskan hubungan orang lain. Perbuatan itu hakikatnya hanya merugikan si pendengki. 

Dengki adalah beban yang berat kerana hati sentiasa dipukul kegelisahan setiap kali melihat orang lain berjaya atau bahagia. Lidah akan menuturkan kata-kata berupa fitnah, cacian dan memperlekeh.

Oleh itu, bersyukur la dengan kehidupan yang ada sekarang. Sekiranya orang lain mempunyai kemewahan yang diberikan Allah tak perlulah nak perlekehkan. Itu adalah rezekinya. Jika orag lain mempunyai suami/isteri yang romantik dan bahagia itu adalah kurniaan Allah kepadanya jugak Jadi janganlah bersifat hasad dengki dengan kelebihan yang dimiliki orang lain. Bersyukur la dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita sekarang. Wallahualam...

Notakakitangan: Alhamdulillah dengan kebahagiaan dan rezeki yang dilimpahkan Allah untuk kami sekeluarga. Ammiiinn... Tak sabar nak tunggu our 2nd baby.. Lagi sebulan.. (^________^)


Cinta Hati Mimie (^_^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG