Friday, April 26, 2013

Insiden Terkunci Dalam Kereta

Semalam Mimie balik lewat dari office. So minta tolong Mr. Hubby ambilkan Batrisyia di nursery. Seronok bukan main anak dara sorang ni bila ayah ambil dari nursery terus ke playground dekat rumah.

Lebih kurang jam 7 malam dapat msj dari Mr. Hubby cakap anak terlock dalam kereta. Menggigil Mimie masa tu. Terus mintak balik awal dan pecut 140km/j. Alhamdulillah kereta baru lepas service, tukar minyak gear dan break pad. Tak pernah hayat nak pecut 140km/j dengan kereta kesayangan Mimie ni. Tapi demi anakanda.

Macam mana boleh terlock tu..??? Mr. Hubby nak buka gate rumah untuk park kereta. Ntah macam mana anak dara ni pergi lock pintu kereta tu. Mr. Hubby dah suruh Batrisyia bukakan tingkap. Memang si kecil ni pandai buka tutup tingkap. Tapi ntah kenapa hari tu Batrisyia tak dapat buka tingkap. Kunci rumah dalam kereta lagi masa ni. Kunci spare kereta of coz dalam rumah. Masa Mimie terima mesej cakap anak terlock rupanya dah 15 minit terkkunci dalam kerata. Adoi.. Ayah.. Ayah.. Kenapa la tak cakap terus pada Mama masa tu. Mr. Hubby cakap dia berharap anak dapat buka kunci sendiri masa tu. Rupa-rupanya memang tak boleh sebab maybe panik. Batrisyia bertambah panik bila jiran-jiran keluar menghulurkan bantuan. Last choice memang nak pecahkan cermin kereta masa tu. Mimie suruhy hold tunggu Mimie balik secepat mungkin.

Sampai2 je depan rumah, ramai jiran yang kerumun kereta Mr. Hubby.. Batrisyia nampak je Mimie terus nangis beria-iaa.. Adoi.. Runtun hati ibu melihat anak menangis sorang2 dalam kereta. Siap cakap Mama.. Jangan tinggal Isya.. Alahai anakanda mama.. Sabar ye.. Ayah tengah ambil kunci.. Mimie pujuk masa tu. Dapat je buka pintu terus meluru peluk anak. Ayah pun sama.. Memang lepas ni jadi pengajaran.. Jangan tutup pintu rapat or buka tingkap walaupun nak buka pagar rumah jer..

Malam tu pujuk Batrisyia. Bawa jalan2 kat Mall.. Alhamdulillah.. Batrisyia dah ok.. Semangat kental anak mama ni.. Hehehe.. To Ayah yang baca blog Mama ni.. Jangan ulangi lagi tau.. Nanti Mama gigit.. Huhuhu

Ni masa kat palyground sebelum kejadian

7 comments:

  1. ala kecian nya anak dara tu... benda nak jadi mimi... jgn la mrh ayah.. uhuhu nnt ayah tak nak amik ank kat nursery lagi... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak marah pun lin..
      sebab ayah dah rasa bersalah..
      cuma sebagai peringatan di masa akan datang..
      hehe

      Delete
  2. Kakak dapat bayangkan perasan Mimie terus melayang masa itu kan.. Kadang kalau nak kena uji macam-macam benda tak diduga terjadi. Mujur juga Isya comel tu tak apa-apa. Lagipun cepat bertindak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak zie.
      benda nak jadi tak diduga..
      In Shaa Allah berhati2 lagi di masa akan datang..

      Delete
  3. alala ciannya dia...pernah terjadi kat anak jiran, jenuh lah kopek pintu nak bagi terbuka...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Nory..
      ramai yg tolong..
      ramai jugak yg offer nk pecahkan cermin tingkap kereta masa tu..

      Delete
  4. kita yg baca rasa berdebar2. mmg panik kalo terkena situasi mcm tu.

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG