Thursday, May 30, 2013

I'm Girl...!

Alhamdulillah.

Mimie selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat dan comel pada 30 Mei 2013 @ 0837 pagi di Hospital Putrajaya secara normal dengan bertemankan suami di sisi.

Next entry Mimie cerita pengalaman bersalin anak kedua ni yer.. Nak rehat dulu.. Harap2 esok dah boleh discharge. Rindu kat kakak Batrisyia and Mr. Hubby.

Friday, May 24, 2013

Festival Belia 2013

Hurmm.. acara setiap tahun yang Mimie tak pernah ketinggalan. Mesti datang punyer sebab Mr. Hubby kojer kat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hehe..

Hari ni Mimie preggy 39w 2d. Aiyokk.. Tak bersalin lagi. Mr. Hubby pulak busy dgn festival belia ni. Dan mak buyung ni ade hati lagi nak berjalan ke festival belia ni.. huhu

Sekarang ade kat rumah kakak Mimie. Mr. Hubby drop Mimie kat umah kakak sebelum ke KBS. Rancangan nak pergi festival belia petang ni dengan kakak Mimie coz hubby dah bertugas sepanjang festival ni. Boleh ker..? Uishh.. Risau pulak nanti terbersalin tengah2 orang ramai.. berani ke nak tanggung risiko ni.. Adoiiii...

Thursday, May 23, 2013

39w 1d

Check up di klinik Putrajaya pagi tadi.. Alhamdulillah. Baby dah turun ke bawah sangat masa nurse check. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah SWT.

Baby.. Cepat la keluar sayang.. Mama, Ayah dan kakak Batrisyia tak sabar nak jumpa ni.. (^_^)

Tuesday, May 21, 2013

Wiladah dan Nifas

Esok genap 39 minggu mengandung.. Berdebar-debar menanti kehadiran orang baru.. Hari ni Mimie nak update sikit la berkenaan dengan darah wiladah dan darah nifas.. Hurmm.. Mood nak dekat2 bersalin ni.. So Mimie update berkenaan dengan perkara yang setiap ibu-ibu kena buat selepas melahirkan anak yer..

Apa itu darah wiladah....???
Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin. Mandi wiladah juga adalah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak.

Niat mandi wiladah : "Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala"

Apa itu darah nifas....???
Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.

Niat mandi nifas : Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala

Okay mommy semua.. Selamat beramal.. (^_____^)




Monday, May 20, 2013

Awesome Weekand

Hari ni genap 38 minggu 5 hari.. Baby nak keluar sama dengan kakak Batrisyia dulu kot.. Nak tunggu 39 minggu baru nak keluar.. Huhuhu.. Kakak Batrisyia dah tak sabar nak jumpa dengan adik..

Hujung minggu baru2 ni memang penat sangat2.. Pertama sekali kami suami isteri kemas rumah dan keluarkan baby stuff untuk dijemur sebelum nak bersalin ni. Fuhh..!!! Penat betul. Lepas tu hari Sabtu kami ke MPH Alamanda Putrajaya untuk beli bahan bacaan. Yang paling banyak buku adalah untuk si kakak Batrisyia. Seronok betul dengan buku2.. Semoga menjadi anak yang cerdik pintar ye sayang.. Untuk Mimie pulak ayah belikan satu tafsir Al-Quran dengan bacaan tajwid. Alhamdulillah. Tambah satu lagi Al-Quran tajwid untuk kami sama2 merujuk dan baca bersama.

Si cilik dengan bukunya (^_^)
Balik dari Alamanda kami ke Serdang untuk tempahan baju melayu Mr. Tajul untuk Hari Raya nanti. Tempah awal supaya takde la rushing last minute nak tempah. Hujung bulan 6 ni siap la baju raya Mr. Hubby ni.. Hehe.. Mimie dengan anak-anak je la takde baju raya lagi. Tunggu lepas pantang baru nak tempah. Kain pun tak beli lagi.. Hehehe.. On the way balik tu Mr. Tajul singgah belikan Cendol Bakar. Time ni kami order bawa balik coz meja penuh dan ramai orang. Tambahan pulak Batrisyia dah tido kepenatan. Mimie ambil Cendol Durian. Mr. Tajul pulak dengan Cendol Pulut Durian.




Hari Ahad tu kami ke Bangi.. Ingat nak beli herba untuk Mimie bersauna dalam pantang. Rupa-rupanya kedai tu tutup hari Ahad. So tak dapat la beli herba untuk bersauna. Tengok la waktu lunch hour ni kalau rajin boleh la keluar sekejap beli herba untuk sauna ni. Lepas tu kami menuju ke Nilai 3. Ingat nak tengok-tengok kain dan Mr. Tajul dah janji nak belikan Batrisyia basikal. So kami pun ke Nilai 3. Last2 dapat juga basikal si cilik Batrisyia. Bukan setakat anak je dapat basikal. Mr. Tajul pun sama.. Menyempat je rembat basikal Oscar yer.. Seronok betul dua beranak ni. Mimie yang sarat ni duduk je tengok sesi shopping anak dan ayah.. Hahaha.. So ayah dengan anak ada hobby baru la lepas ni.. Mengayuh basikal.. Hehe.. Mimie tengok je la anak dengan ayah ni..

Batrisyia dengan basikalnyer.. (^_^)

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru Mimie ucapkan buat semua guru2 yang pernah mendidik Mimie sehingga berjaya di kedudukan Mimie kini. Jasa dan pengorbanan serta ilmu yang diberikan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Selamat Hari Guru jugak kepada kawan2, saudara mara yang menceburi bidang perguruan. Juga Selamat Hari Guru buat adik lelaki Mimie yang berada di tahun akhir bidang perguruan.

Dengar Hot Chat pagi ni berkaitan hari guru membuatkan Mimie ketawa sorang2 drive dari Putrajaya ke Jalan Duta coz menghadiri kursus di hari terakhir ni. Pengalaman yang Mimie tak lupakan masa tingkatan 3.

Masa tingkatan 3 sebelum menghadapi PMR Mimie pernah failed subjek matematik. Serius matematik bukan favourite subjek haha. Tapi dek kerana satu insiden di mana dalam kelas Mimie adalah pengawas dan seorang je perempuan yg failed matematik membuatkan Mimie bertekad nak lulus math ni. Tambahan pulak teringat jelingan mata cikgu math menyerahkan kertas Mimie yang failed tu. Hahaha..

Akhirnya ade seorang kawan Mimie ajak pergi satu tempat tuisyen. Serius cikgu yang mengajar ni tersangat la tua. Masa tu umur die dalam 50an. Kelas die tak ramai. Ade 12 orang je. Setiap satu malam kami kena buat lebih 50 soalan dan kena siapkan. Cikgu akan round table untuk pastikan pelajar faham setiap latihan. Berkat tunjuk ajar cikgu tuisyen ni Mimie dapat matematik A dalan PMR. Dan matematik terus menjadi subjek kegemaran Mimie. Yang proud sekali masa SPM pun dapat A1 dalam matematik dan kredit 5C dalan Add Math.

Terima kasih cikgu atas pengorbanan selama ini menjadikan Mimie insan yang berjaya. Jasamu sentiasa terpahat di hati..

Tuesday, May 14, 2013

Kursus Oh Kursus!!!

Hari ni mula kursus sampai hari Khamis. Harap2 sempat la abiskan kursus ni sebelum bersalin. Risau jugak sebab dah masuk 38 minggu. Takut terbersalin minggu ni jer.. huhu

Nak travel dari rumah di Bandar Baru Salak Tinggi ke Putrajaya kemudian ke Jalan Duta sepanjang kursus ni.. Adoii.. Yang paling azab nak menghadap jem pepagi setiap hari untuk ke kursus. Tapi demi mencukupkan 7 hari berkursus untuk kakitangan kerajaan kena la hadap semua ni..

Complete kursus ni maknanya cukup sudah 7 hari berkursus.. huhuhu.. Lega nak bersalin nanti. Lepas cuti bersalin ni tak payah pikir2 pasal kursus dah.. hihihi...

Friday, May 10, 2013

Mother's Day Present (^_^)

Terima kasih suamiku tercinta atas hadiah ini.. cayang abang dunia akhirat.. Muuuaaahhhh....!!!

Thursday, May 9, 2013

Bertuah Badan (^_^)

Apa yang bertuah tu...????

Bertuah sebab sekarang Mr. Hubby datang hantar makanan waktu lunch hour.. Alaa.. Orang lain hari2 lunch dengan hubby dieorang tapi tak heran pun.. Huhu..

Yang hari2 tu lain cerita. Mimie dengan Hubby bukan satu tempat kerja. Masing-masing busy dengan keje masing-masing. Nama je kerja satu Putrajaya tapi kalau lunch masing2 sendiri la. Tapi kali ni sebab Mimie dah sarat nak berjalan. Nak turun cafe pun malas. Jalan terhegeh-hegeh menyebabkan malas nak turun beli makanan. So Mr. Hubby ni dengan baik hati drive datang office hantar makanan.. Kekeke...

Bertuah badan.. Terima kasih yer sayang... Jemput makan semua... (^_^)

Nasi Ayam.. Yum.. Yum..

Wednesday, May 8, 2013

Berdebar Menanti Kehadiran Orang Baru (^_^)

Alhamdulillah...

Dah masuk 37 minggu kandungan Mimie. Dah semakin sarat mak buyung ni.. Dari cara berjalan memang orang cakap sarat sangat2.. Tapi ramai yang tegur perut kecik sebab dah 9 bulan pun still pakai baju kurung lagi.. Hahaha..

Segala persiapan dah lengkap. Barang2 pun dah stand by dalam kereta Mimie. Jangan masa nak bersalin nanti tersalah naik kereta hubby sudah. Mother in law pun dah datang sini. Tapi esok MIL nak ke Cameron Highland dulu. Mama dan Abah Mimie pulak nak ke Vietnam 23 Mei ni. Adoii... Dah nak bersalin ni macam2 program family Mimie. Tapi Mimie tak dapat la join. Tunggu lepas pantang la yer.. Cuti panjang 3 bulan... Heaven nyerrr.....

Hari Sabtu ni MIL balik dari Cameron. So MIL ajak shopping baju raya. Hurmm.. Kalau tak bersalin lagi boleh la nak menapak survey baju raya. Nak hantar tempah kena lah lepas pantang. Nak figure up balik badan ni. Nanti boleh melaram masa raya. Hahaha.. Raya tahun ni belah suami di Dungun.. Nanti raya kedua kot baru balik rumah family Mimie di Kuantan. Tahun ni beraya berempat.. Seronok betul.. Tak sabar rasanya..

Alhamdulillah.. Kehidupan sekarang bertambah tenang dan bahagia. Hanya Allah sahaja yang tahu. Perjalanan hidup sebagai isteri, mama, anak dan menantu yang Allah pinjamkan ni membuatkan kehidupan kami suami isteri bertambah indah. Tak sabarnyer nak tunggu orang baru. Nak jaga baby.. Bau baby wangi. Yang paling rindu masa pandang mata baby waktu menyusu.. Nampak kejernihan mata bayi yang bersih dan suci.

Selain tu rindu waktu hubby jaga Mimie dalam pantang. Serius sangat2 dihargai. Pagi2 lagi hubby dah bangun untuk panaskan air mandian Mimie. Kemudian mandikan Mimie. Lepas tu temankan Mimie makan sebelum ke tempat kerja. Setiap pagi sepanjang Mimie pantang itu la rutin Hubby. Bila hari cuti Hubby akan sapukan param dan pakaikan Mimie bengkung. Memang bersyukur sangat.. Hubby pun dah cakap akan buat yang lebih baik lagi untuk kali ni. Yang penting Hubby kena ada waktu Mimie bertarung untuk melahirkan zuriat untuknya. Sentiasa di sisi bagi kata-kata semangat macam Mimie lahirkan Batrisyia dulu. In Shaa Allah..

Ok.. Lunch time.. Nak pi makan dulu.. Nurse asyik bising berat tak naik.. (^_^)

Sunday, May 5, 2013

Menanti keputusan PRU 13

Alhamdulillah.. Kami suami isteri telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Berdebar menanti keputusan PRU 13 malam ini. Tahun ni pilihanraya sangat2 sengit. Semoga negara kita bertambah makmur dan sejahtera.
Saluran Mimie
Jari Mimie
Jari hubby

Selamat mengundi semua

Salam Malaysia..

Hari ni hari mengundi.. Selamat menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.

Mimie dan suami dah balik dan bercuti sejak 1 Mei sehingga hari Isnin ni. Alhamdulillah dapat elak jem giler.

1st sekali balik Dungun rumah mother in law. Hari Jumaat baru Mimie dan anak2 balik Kuantan sebab suami mengundi di Dungun tapi Mimie di Kuantan. Sedihnyer berpisah sementara dengan suami demi menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Pagi2 lagi hubby dah call. In Shaa Allah hubby akan mengundi pagi ni dan lepas mengundi terus datang Kuantan. Happy! Happy! Happy! Mimie nak pergi mengundi petang. Tak mau la pergi pagi. Confirm ramai orang pagi2 ni. Mimie pergi mengundi dengan abah dan mama Mimie. Mengundi sama tempat hehe..

Okay reader.. Selamat Mengundi!

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG