Monday, May 20, 2013

Awesome Weekand

Hari ni genap 38 minggu 5 hari.. Baby nak keluar sama dengan kakak Batrisyia dulu kot.. Nak tunggu 39 minggu baru nak keluar.. Huhuhu.. Kakak Batrisyia dah tak sabar nak jumpa dengan adik..

Hujung minggu baru2 ni memang penat sangat2.. Pertama sekali kami suami isteri kemas rumah dan keluarkan baby stuff untuk dijemur sebelum nak bersalin ni. Fuhh..!!! Penat betul. Lepas tu hari Sabtu kami ke MPH Alamanda Putrajaya untuk beli bahan bacaan. Yang paling banyak buku adalah untuk si kakak Batrisyia. Seronok betul dengan buku2.. Semoga menjadi anak yang cerdik pintar ye sayang.. Untuk Mimie pulak ayah belikan satu tafsir Al-Quran dengan bacaan tajwid. Alhamdulillah. Tambah satu lagi Al-Quran tajwid untuk kami sama2 merujuk dan baca bersama.

Si cilik dengan bukunya (^_^)
Balik dari Alamanda kami ke Serdang untuk tempahan baju melayu Mr. Tajul untuk Hari Raya nanti. Tempah awal supaya takde la rushing last minute nak tempah. Hujung bulan 6 ni siap la baju raya Mr. Hubby ni.. Hehe.. Mimie dengan anak-anak je la takde baju raya lagi. Tunggu lepas pantang baru nak tempah. Kain pun tak beli lagi.. Hehehe.. On the way balik tu Mr. Tajul singgah belikan Cendol Bakar. Time ni kami order bawa balik coz meja penuh dan ramai orang. Tambahan pulak Batrisyia dah tido kepenatan. Mimie ambil Cendol Durian. Mr. Tajul pulak dengan Cendol Pulut Durian.




Hari Ahad tu kami ke Bangi.. Ingat nak beli herba untuk Mimie bersauna dalam pantang. Rupa-rupanya kedai tu tutup hari Ahad. So tak dapat la beli herba untuk bersauna. Tengok la waktu lunch hour ni kalau rajin boleh la keluar sekejap beli herba untuk sauna ni. Lepas tu kami menuju ke Nilai 3. Ingat nak tengok-tengok kain dan Mr. Tajul dah janji nak belikan Batrisyia basikal. So kami pun ke Nilai 3. Last2 dapat juga basikal si cilik Batrisyia. Bukan setakat anak je dapat basikal. Mr. Tajul pun sama.. Menyempat je rembat basikal Oscar yer.. Seronok betul dua beranak ni. Mimie yang sarat ni duduk je tengok sesi shopping anak dan ayah.. Hahaha.. So ayah dengan anak ada hobby baru la lepas ni.. Mengayuh basikal.. Hehe.. Mimie tengok je la anak dengan ayah ni..

Batrisyia dengan basikalnyer.. (^_^)

12 comments:

  1. dah dekat nak due yer..semoga semua dipermudahkan yer..seronok kakak dapat buku dan basikal baru =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..
      Tq mama ila..
      memang seronok sangat kakak dapat buku dan basikal..

      Delete
  2. seronoknya jalan2 before deliver ye... tak pe, nanti senang nak bersalin... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lin..
      nak bagi cepat bersalin..
      haha

      Delete
  3. beskal abg tajul sama ngan beskal aku..
    batrisyia jom lumba ngan afiqah.
    lepas habis pantang leh la kayuh beskal nak slimkan balik badan.
    aku tak berjaya lagi nak mengayuh beskal sb balik umah je banyak benda lain nak buat.
    sebelum ni berkobar nak mengayuh atleast 10minit sehari.
    sekali seminggu pon tak dapat lagikan 10minit sehari.
    dalam mimpi boleh la...huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batrisyia masih belajar mengayuh lagi ni..
      in shaa Allah lama2 nanti expert la.. hehe
      aku cakap kat abg tajul hope berbaloi la beli basikal tu..
      jangan kejap je kayuh haha..
      abg tajul siap cakap nak gi kedai dan masjid sekarang dengan basikal jer..
      Tergelak aku.. hahaha

      Delete
  4. Kalau kakak pandai kayuh basikal kakak pun suka mimie. Satu cara nak beriadah ni tau. Bagus... Lepas pantang Mimie pulak beli basikal boleh kayuh sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie..
      in shaa Allah lepas pantang boleh beli lagi satu untuk kayuh dengan suami dan anak-anak..
      hehe

      Delete
  5. wow!! cendol bakar dah ada kt dengkil..buleh la pegi.

    ReplyDelete
  6. salam kenal...

    teringin nak makan cendol bakar tu..
    jauhle x dpt2..hehe

    ReplyDelete
  7. saya pun pernah makan cendol bakar kuala selangor ni..sedap :)

    ReplyDelete
  8. akak tak pernah makan cendol bakar..teringin jugak nak makan...tapi jauhhhh....

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG