Wednesday, May 8, 2013

Berdebar Menanti Kehadiran Orang Baru (^_^)

Alhamdulillah...

Dah masuk 37 minggu kandungan Mimie. Dah semakin sarat mak buyung ni.. Dari cara berjalan memang orang cakap sarat sangat2.. Tapi ramai yang tegur perut kecik sebab dah 9 bulan pun still pakai baju kurung lagi.. Hahaha..

Segala persiapan dah lengkap. Barang2 pun dah stand by dalam kereta Mimie. Jangan masa nak bersalin nanti tersalah naik kereta hubby sudah. Mother in law pun dah datang sini. Tapi esok MIL nak ke Cameron Highland dulu. Mama dan Abah Mimie pulak nak ke Vietnam 23 Mei ni. Adoii... Dah nak bersalin ni macam2 program family Mimie. Tapi Mimie tak dapat la join. Tunggu lepas pantang la yer.. Cuti panjang 3 bulan... Heaven nyerrr.....

Hari Sabtu ni MIL balik dari Cameron. So MIL ajak shopping baju raya. Hurmm.. Kalau tak bersalin lagi boleh la nak menapak survey baju raya. Nak hantar tempah kena lah lepas pantang. Nak figure up balik badan ni. Nanti boleh melaram masa raya. Hahaha.. Raya tahun ni belah suami di Dungun.. Nanti raya kedua kot baru balik rumah family Mimie di Kuantan. Tahun ni beraya berempat.. Seronok betul.. Tak sabar rasanya..

Alhamdulillah.. Kehidupan sekarang bertambah tenang dan bahagia. Hanya Allah sahaja yang tahu. Perjalanan hidup sebagai isteri, mama, anak dan menantu yang Allah pinjamkan ni membuatkan kehidupan kami suami isteri bertambah indah. Tak sabarnyer nak tunggu orang baru. Nak jaga baby.. Bau baby wangi. Yang paling rindu masa pandang mata baby waktu menyusu.. Nampak kejernihan mata bayi yang bersih dan suci.

Selain tu rindu waktu hubby jaga Mimie dalam pantang. Serius sangat2 dihargai. Pagi2 lagi hubby dah bangun untuk panaskan air mandian Mimie. Kemudian mandikan Mimie. Lepas tu temankan Mimie makan sebelum ke tempat kerja. Setiap pagi sepanjang Mimie pantang itu la rutin Hubby. Bila hari cuti Hubby akan sapukan param dan pakaikan Mimie bengkung. Memang bersyukur sangat.. Hubby pun dah cakap akan buat yang lebih baik lagi untuk kali ni. Yang penting Hubby kena ada waktu Mimie bertarung untuk melahirkan zuriat untuknya. Sentiasa di sisi bagi kata-kata semangat macam Mimie lahirkan Batrisyia dulu. In Shaa Allah..

Ok.. Lunch time.. Nak pi makan dulu.. Nurse asyik bising berat tak naik.. (^_^)

3 comments:

  1. xlama dah tu. untung ada hubby yg take care..

    ReplyDelete
  2. bestnya nak dapat baby...
    nanti boleh bercuti2 bawak baby sekali...

    ReplyDelete
  3. wah... bgusnya hubby u mimi....

    syukurkan. hubby kita sama2 membantu masa dalam pantang.
    lin pun tak sabar nak menyusukan baby nanti...

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG