Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru Mimie ucapkan buat semua guru2 yang pernah mendidik Mimie sehingga berjaya di kedudukan Mimie kini. Jasa dan pengorbanan serta ilmu yang diberikan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Selamat Hari Guru jugak kepada kawan2, saudara mara yang menceburi bidang perguruan. Juga Selamat Hari Guru buat adik lelaki Mimie yang berada di tahun akhir bidang perguruan.

Dengar Hot Chat pagi ni berkaitan hari guru membuatkan Mimie ketawa sorang2 drive dari Putrajaya ke Jalan Duta coz menghadiri kursus di hari terakhir ni. Pengalaman yang Mimie tak lupakan masa tingkatan 3.

Masa tingkatan 3 sebelum menghadapi PMR Mimie pernah failed subjek matematik. Serius matematik bukan favourite subjek haha. Tapi dek kerana satu insiden di mana dalam kelas Mimie adalah pengawas dan seorang je perempuan yg failed matematik membuatkan Mimie bertekad nak lulus math ni. Tambahan pulak teringat jelingan mata cikgu math menyerahkan kertas Mimie yang failed tu. Hahaha..

Akhirnya ade seorang kawan Mimie ajak pergi satu tempat tuisyen. Serius cikgu yang mengajar ni tersangat la tua. Masa tu umur die dalam 50an. Kelas die tak ramai. Ade 12 orang je. Setiap satu malam kami kena buat lebih 50 soalan dan kena siapkan. Cikgu akan round table untuk pastikan pelajar faham setiap latihan. Berkat tunjuk ajar cikgu tuisyen ni Mimie dapat matematik A dalan PMR. Dan matematik terus menjadi subjek kegemaran Mimie. Yang proud sekali masa SPM pun dapat A1 dalam matematik dan kredit 5C dalan Add Math.

Terima kasih cikgu atas pengorbanan selama ini menjadikan Mimie insan yang berjaya. Jasamu sentiasa terpahat di hati..

2 comments:

  1. bgusnya mimi... A1 math... lin memang kesudah hancur math...

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG