Friday, June 28, 2013

Stok Susu untuk Aqilah

Seronok aktiviti memerah susu waktu pagi. Alhamdulillah. Seronok melihat stok susu Aqilah semakin banyak.

Tak sia2 beli pam susu letrik spectra 3 masa lahirkan Batrisyia dulu. Sampai adik2 boleh guna.

Thursday, June 27, 2013

Check up Aqilah sebulan

Hari ni Aqilah genap 29 hari. Hari ni Mama dan kakak Batrisyia temankan Mimie ke Klinik di Kuantan untuk check up dan cucuk Aqilah sebulan..

Berat Aqilah dah naik. 4.1kg. Panjang Aqilah 54cm. Wahh.. membesar anak Mama dan Ayah dengan sihat. Susu badan sepenuhnya tu.. Alhamdulillah.

Masa Aqilah kena cucuk dengan nurse bukan main kuat suara menangis sampai merah padam muka. Kesian anak mama. Kakak Batrisyia pulak pujuk adik dan marahkan nurse yang cucuk adiknya. Siap tanya dengan nada marah lagi kenapa cucuk adik isya.. hehe.. Anak mama ni penyayang betul dengan adiknya. Alhamdulillah.

ok la.. Mimie nak rehat dengan anak2. Anak2 dah tido tu. Mama pun nak join sekali. Mengantuk berjaga malam menyusu Aqilah. Seronoknya saat menyusu bangun malam. Teringat masa menyusu Batrisyia dulu. Kalau ade hubby mesti bangun jugak teman Mimie susukan anak. Bertuah badan.. (^_^)

Wednesday, June 26, 2013

Terseliuh la pulak

Orang pantang terseliuh kaki. Kejadian pagi tadi. Tangga rumah abah mama pada mata akhir tak nampak. Ingat dah sampai dah. Rupanya ade satu tangga lagi. Dah terseliuh.

Alhamdulillah ade makcik Tie bidan dekat umah abah mama ni. Terus datang berurut pagi ni. Malam ni berurut sekali lagi. Alhamdulillah semuanya xde apa2. En. Suami jangan risau ye. Bidan kata ok. Doakan cepat sembuh. (^_^) ♥♥♥

Puteri-Puteri yang Comel

Alhamdulillah.
Allah kurniakan kami cahaya mata yang sihat dan comel. Ramai tanya baby boy ke girl? Bila cakap girl ramai yang tanya yang sulung boy ke girl? So kami pun cakap girl. Ohh.. Dah dua girl la ni yer.. iye friends.. Kami dah ada dua orang anak dara.

Masa scan 4D hari tu kami seronok melihat perkembangan bayi yang sihat dan sempurna dalam perut Mimie. Especially Mr. Hubby dan Batrisyia. Bila tahu girl Batrisyia seronok bukan main. Mana taknye. Ada kawan nak main bersama. Hehe.. Mr. Tajul pun seronok melihat anaknya dalam perut Mimie. Tiap2 malam mengaji untuk Mimie dan anak2 sepanjang mengandung. Sama2 mengaji Al-Quran dan bacakan hadis untuk Mimie dan anak2.

Tak kisah la girl atau boy yang penting baby yang Allah kurniakan kepada kami sihat dan sempurna. Lagipun family Mimie dan husband memang anak pertama dan kedua perempuan. Yang ketiga baru la lelaki. In Shaa Allah nak mewarisi susunan keluarga agaknya.. haha..

Mimie anak kedua perempuan dalam keluarga. Husband pulak anak ketiga sulung lelaki. In Shaa Allah perancangan Allah kan Maha Hebat. Lagipun bersalin normal ni nak lahir anak ramai mana pun takpe. Kalau c-zer confirm ade limit anak. Kalau tak salah 3 orang je doktor advice. Lepas tu xboleh beranak lagi. Mimie nak 5 orang anak. Haha..

Ramai yang cakap baby macam muka Mimie. Mr. Hubby senyum je. Jeles la tu. Haha. Of coz la ikut muka Mimie dan muka hubby. Dah baka dari kami. Takkan ikut muka orang lain kan.. haha..
Terima kasih Ya Allah. Urusan bersalin dan sepanjang mengandung dipermudahkan Allah. Berkat doa kedua orang tua kami dan doa dari suami. Doa ibu bapa dari kedua keluarga lebih berkat buat anak menantunya. Terima kasih Ya Allah.

Monday, June 24, 2013

Miss Him So Much

Hurmm...

Malam2 macam ni touching la pulak. Really miss him. Baru petang tadi hubby balik KL. Malam ni dah rindu. Adoii.. 2 minggu hubby takde memang rasa kekok. Mana taknye. Selalu tiap2 malam memang hubby sentiasa jadi peneman. My pillow and blanket.

Malam ni anak2 jadi peneman Mama. Ayah tido sorang2 la kat KL. Kesian kat ayah. Baru lepas video call. Baru lepas wass app. Baru lepas line chat. Anak2 pun dah dibuai mimpi.

Mama tahu ayah baca blog Mama ni. Jaga diri, jaga makan, jaga kesihatan. Jangan lupa pakai mask. Musim jerebu sekarang. Sentiasa doakan yang terbaik buat keluarga kita ye sayang. Pesanan abang takkan sayang lupakan. Sayang tahu abang selalu di sisi sayang. Beruntung ada suami penyayang macam abang..

Sunday, June 23, 2013

Jerebu Oh Jerebu

Alhamdulillah. Semalam selamat sampai  di Kuantan. Nak abiskan masa berpantang di sini. Tinggal lagi 19 hari nak complete 44 hari berpantang.

Kuantan jerebu teruk. Mimie dan anak2 duk dalam umah je. Al maklum la tengah pantangkan. Batrisyia pun Mimie tak bagi main di luar umah. Hope hujan la selalu. Boleh redakan jerebu.

Esok Mr. Hubby dah nak balik ke KL. Tinggal la Mimie dan anak2 di rumah Mama dan Abah Mimie. Sabar la.. 2 minggu sahaja. Lepas tu hubby datang balik menyambut Ramadhan bersama. Lepas tu dah boleh balik umah kami. Pantang pun dah lepas. Huhuhu..

Ok la.. nak susukan baby dan buat stok susu baby banyak2. Tengah usahakan untuk fully breastfeeding baby. Alhamdulillah masih dapat mengumpul stok dan susukan Aqilah sepenuhnya buat masa sekarang.

Wednesday, June 19, 2013

Kunjugan dari ofismate

Terima kasih kwn2 ofis yg dtg melawat Mimie dan ahli baru dalam keluarga kami.

Kita jumpa bulan September 2013 nanti yer.. Mimie nak rehat panjang sebelum memulakan tugas kembali.

Bestnye jadi suri rumah sepenuh masa untuk 3 bulan ni. Hehe..

Notakakitangan: Terima kasih atas hadiah yang diberikan untuk Nur Aqilah Humaira binti Tajul Ariffin. Nur Batrisyia Zahra binti Tajul Ariffin pun tumpang sekaki jugak. (0_o)

Sunday, June 16, 2013

Selamat Hari Ayah!

Selamat Hari Ayah buat suami tercinta. Semoga Allah melimpahkan kasih sayang dan rahmat buat kita sekeluarga.

Dari Mama, Batrisyia dan Aqilah.
Sayang kamu ketat2!

Friday, June 14, 2013

Saya Dah Botak!

Wah.. Anak mama dah botak. Ayah, Tok Mama dan Nenek yang botakkan saya.. kakak Batrisyia cakap adik dah takde rambut la mama.. huhu..

Walaupun tak dapat cukur hari ke tujuh seperti Batrisyia dulu tapi Alhamdulillah semuanya telah selesai. Abis pantang ni boleh prepared untuk aqiqah baby Aqilah pulak ye..

Thursday, June 13, 2013

Makanan Berpantang

Breakfast pagi ni adalah susu anmam lacta, roti butterscotch, biskut dan madu tualang.

Lunch untuk hari ni nasi putih, ikan kembung bakar dan sawi bunga masak air.

44 hari ni la menunya. Masa 2 minggu pertama makan nasi dan ikan haruan. Alhamdulillah luka jahitan dah baik. Ikan haruan dah abis. Hujung minggu ni Mr. Hubby cari ikan haruan lagi. So ganti dengan ikan kembung dulu.

Jaga makan dan jaga pantang untuk kesihatan diri di hari tua. Bak kata mak bidan... Kita orang perempuan ni kena jaga pantang betul2 sebab nak 'pakai' lama. Huhuhu..

Wednesday, June 12, 2013

Seronoknye berpantang (^_^)

Hari ni genap 14 hari berpantang dan bersalin. Tinggal lagi 30 hari untuk complete pantang 44 hari.

Kenapa seronok berpantang? Ye la.. Mesti la seronok sebab diri ni diuruskan oleh suami dan mama Mimie setiap hari. Makan hubby hidangkan. Perut mama barutkan. Mandi hubby tolong mandikan. Tempat tidur hubby sediakan. Kerja Mimie menyusu anak je. Memang heaven betul.

In Shaa Allah akan usahakan berpantang sebaik mungkin. Terima kasih hubby dan mama. Hujung minggu ni ummie MIL pulak datang jaga Mimie sehingga hujung bulan. Lepas tu balik Kuantan sampai Ramadhan. Syoknyer cuti 3 bulan.  Huhuhu...

Wednesday, June 5, 2013

Hari ke 7

Alhamdulillah.

Hari ni hari ke 7 berpantang. Hari ke 7 ni kami suami isteri akan menamakan baby kami dengan doa..

Nama puteri kami NUR AQILAH HUMAIRA BINTI TAJUL ARIFFIN. Masa kakak Batrisyia dulu kami namakan pada hari ke 7 juga berserta dengan cukur rambut sehingga botak.

Baby Aqilah tak dapat cukur lagi sebab masih di wad dgn Mimie. In Shaa Allah lepas keluar wad ni terus cukur rambut sampai botak.

Tengok la saya yang bam bam ni.. hehe..

Monday, June 3, 2013

Pengalaman Bersalin 2nd Baby

Alhamdulillah..

Hari ni dah hari kelima berpantang. Mimie nak kongsi pengalaman bersalin anak kedua. Pengalaman anak pertama dengan anak kedua ni memang tersangat la beza.

Masa bersalin kakak Batrisyia pada 39w 3d sekali je pergi hospital pkl 5 pagi. Pkl 7 masuk labour room. Pkl 0958pg dah bersalin secara normal.

2nd baby pulak asyik sakit2 sekejap lepas tu hilang. 2 kali pergi hospital kena reject sebab jalan baru buka 2cm.
Masa 40w 1d Mimie dah siap2 nak pergi kerja. Mr. Hubby pn sama. Mr. Hubby cakap die nak hantar pergi kerja. Masa tu pukul 7 pagi. Perut sakit2 time ni. Masa ni fikir kalau pergi kena reject tak tau la. Tapi tawakal je la. Kami terus ke hospital Putrajaya. Tak jadi pergi kerja. Haha

Sampai hospital memang dah sakit sangat2 tak tahan. Doctor check rupanya dah buka 5cm. Mak aii.. Nasib baik tak pi kojer. Kalau tak beranak kat opis la jawabnyer.

Pukul 8.25 masuk labour room. Nurse tengah prepared alas2 ape yang patut kat katil. Nurse tengok muka Mimie dah tak tahan sangat nurse tanye sakit sangat ke? Mimie pun jawab sakit macam nak berak dah ni. Nurse cakap sekejap saya check laluan. Nurse suruh teran sikit untuk tengok laluan. Sekali kepala baby dah terkeluar. Menjerit nurse mintak bantuan coz die sorang. Nurse cakap tahan jangan push lagi. Mimie pulak boleh tanya husband saya mana? Masa tu Mr. Hubby terus muncul. Alhamdulillah. Sempat Mr. Hubby tengok Mimie bertarung nyawa melahirkan zuriat untuknya.

Tepat jam 0837pagi baby girl kami keluar. Automatik Mr. Hubby kiss dahi Mimie dan ucapkan terima kasih pada Mimie. Terharu sungguh..

Lepas bersihkan lendir dalam mulut baby nurse terus letak atas badan Mimie. Masa ni Mr. Hubby terus azankan baby. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan bersalin Mimie secara normal. Doakan baby dan Mimie sentiasa sihat sejahtera.

Mimie nak ucapkan terima kasih kepada semua staff hospital yang memberi layanan baik sepanjang bersalin kali ni. Alhamdulillah terima kasih kepada Allah atas pengalaman bersalin anak kedua ni. Allahuakbar!

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG