Thursday, June 27, 2013

Check up Aqilah sebulan

Hari ni Aqilah genap 29 hari. Hari ni Mama dan kakak Batrisyia temankan Mimie ke Klinik di Kuantan untuk check up dan cucuk Aqilah sebulan..

Berat Aqilah dah naik. 4.1kg. Panjang Aqilah 54cm. Wahh.. membesar anak Mama dan Ayah dengan sihat. Susu badan sepenuhnya tu.. Alhamdulillah.

Masa Aqilah kena cucuk dengan nurse bukan main kuat suara menangis sampai merah padam muka. Kesian anak mama. Kakak Batrisyia pulak pujuk adik dan marahkan nurse yang cucuk adiknya. Siap tanya dengan nada marah lagi kenapa cucuk adik isya.. hehe.. Anak mama ni penyayang betul dengan adiknya. Alhamdulillah.

ok la.. Mimie nak rehat dengan anak2. Anak2 dah tido tu. Mama pun nak join sekali. Mengantuk berjaga malam menyusu Aqilah. Seronoknya saat menyusu bangun malam. Teringat masa menyusu Batrisyia dulu. Kalau ade hubby mesti bangun jugak teman Mimie susukan anak. Bertuah badan.. (^_^)

No comments:

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG