Monday, June 3, 2013

Pengalaman Bersalin 2nd Baby

Alhamdulillah..

Hari ni dah hari kelima berpantang. Mimie nak kongsi pengalaman bersalin anak kedua. Pengalaman anak pertama dengan anak kedua ni memang tersangat la beza.

Masa bersalin kakak Batrisyia pada 39w 3d sekali je pergi hospital pkl 5 pagi. Pkl 7 masuk labour room. Pkl 0958pg dah bersalin secara normal.

2nd baby pulak asyik sakit2 sekejap lepas tu hilang. 2 kali pergi hospital kena reject sebab jalan baru buka 2cm.
Masa 40w 1d Mimie dah siap2 nak pergi kerja. Mr. Hubby pn sama. Mr. Hubby cakap die nak hantar pergi kerja. Masa tu pukul 7 pagi. Perut sakit2 time ni. Masa ni fikir kalau pergi kena reject tak tau la. Tapi tawakal je la. Kami terus ke hospital Putrajaya. Tak jadi pergi kerja. Haha

Sampai hospital memang dah sakit sangat2 tak tahan. Doctor check rupanya dah buka 5cm. Mak aii.. Nasib baik tak pi kojer. Kalau tak beranak kat opis la jawabnyer.

Pukul 8.25 masuk labour room. Nurse tengah prepared alas2 ape yang patut kat katil. Nurse tengok muka Mimie dah tak tahan sangat nurse tanye sakit sangat ke? Mimie pun jawab sakit macam nak berak dah ni. Nurse cakap sekejap saya check laluan. Nurse suruh teran sikit untuk tengok laluan. Sekali kepala baby dah terkeluar. Menjerit nurse mintak bantuan coz die sorang. Nurse cakap tahan jangan push lagi. Mimie pulak boleh tanya husband saya mana? Masa tu Mr. Hubby terus muncul. Alhamdulillah. Sempat Mr. Hubby tengok Mimie bertarung nyawa melahirkan zuriat untuknya.

Tepat jam 0837pagi baby girl kami keluar. Automatik Mr. Hubby kiss dahi Mimie dan ucapkan terima kasih pada Mimie. Terharu sungguh..

Lepas bersihkan lendir dalam mulut baby nurse terus letak atas badan Mimie. Masa ni Mr. Hubby terus azankan baby. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan bersalin Mimie secara normal. Doakan baby dan Mimie sentiasa sihat sejahtera.

Mimie nak ucapkan terima kasih kepada semua staff hospital yang memberi layanan baik sepanjang bersalin kali ni. Alhamdulillah terima kasih kepada Allah atas pengalaman bersalin anak kedua ni. Allahuakbar!

8 comments:

  1. Allah hu robbi... gembiranya kakak Mimie. Tahniah! Tahniah!! Tahniah!!!
    Syukurlah mudah bersalin kan. Kelak yg no. 3 laaagi cepat tau ingat-ingat. Nasib baik tak pergi kerja kan.

    Jaga diri dlm masa pantang ni. Nak juga kakak tengok gambar baby dan nama pun tak tahu lagi:)

    ReplyDelete
  2. Alhmdlh.... d permudahkan lahir puteri kedua kalian.... tahniah, mimie & mr tajul...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...rezeki kan...senang je bersalin.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...
    Allah pmudahkn urusan..
    tahniah ya ats kehadiran baby baru..:)

    ReplyDelete
  5. mudah sgt mimie oii..alhamdulillah..

    nk bersalin mudah mcm ni jgk nnt..hehe
    insyaallah

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah... dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.. dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah, dipermudahkan segalanya :)

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG